back to top
Remaja kini berada di dalam aplikasi   
Remaja kini berada di dalam aplikasi   
Home Hiburan Industri K-pop Berduka, Moonbin ASTRO Ditemukan Tidak Bernyawa Di Rumah

Industri K-pop Berduka, Moonbin ASTRO Ditemukan Tidak Bernyawa Di Rumah

Seorang demi seorang bintang Kpop meninggalkan peminat pada usia yang masih muda.

Terbaru, peminat kumpulan ASTRO dikejutkan dengan laporan pemergiaan salah seorang ahlinya, Moonbin kira-kira jam 8 malam pada hari Rabu, 19 April 2023.

Industri K-pop Berduka, Moonbin ASTRO Ditemukan Tidak Bernyawa Di Rumah

Balai Polis Gangnam Seoul memaklumkan jejaka berusia 25 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak lagi bernyawa di kediamannya yang terletak di daerah Gangnam, Seoul. Pengurus Moonbin yang menemui jasad mendiang segera menghubungi polis.

Berdasarkan siasatan awal, polis mengesyaki Moonbin telah bertindak membunuh diri. Begitupun, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca rasmi kematiannya.

“Kami sedang membincangkan kemungkinan untuk melakukan bedah siasat bagi menentukan punca kematian dengan tepat,” kata wakil pihak berkuasa di sana.

IKLAN
Industri K-pop Berduka, Moonbin ASTRO Ditemukan Tidak Bernyawa Di Rumah
Moobin&Sanha Foto Via NME

REMAJA diifahamkan yang Moonbin dijadualkan membuat persembahan di Dream Concert sebelum pemergiannya.

Persembahan itu merupakan salah satu promosi yang sedang dibuat untuk grup subunit ASTRO bernama Moobin&Sanha.

Sejak 18 Mac lalu, Moobin&Sanha telahpun memulakan acara bersiri Fan Con Tour: (Diffusion) di Seoul, Korea Selatan sebelum ke Manila (Filipina) pada 25 Mac, Bangkok (Thailand), 8 April dan Macau (China) pada 22 April kelak.

Perjalanan Seni

Moonbin atau nama sebenarnya, Moon Bin dilahirkan di Cheongju, Chungbuk. Sejak usia muda, mendiang telahpun memulakan langkah sebagai anak seni menerusi kerjaya sebagai model kanak-kanak pada tahun 2004.

IKLAN

Dia juga pernah muncul dalam video muzik Balloons oleh kumpulan TVXQ pada tahun 2006 diikuti menerusi drama Boys Over Flowers pada tahun 2009.

Moonbin kemudia tampil sebagai salah seorang daripada enam orang anggota kumpulan Astro pada tahun 2016. Dia bagaimanapun membuat keputusan berehat seketika pada tahun 2019 atas faktor kesihatan sebelum kembali aktif setahun kemudian dan menjadi hos bagi program bersiri muzik Korea popular, Show Champion.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Setahun Pemergiannya, Dokumentari Kisah Hidup Sulli Bakal Disiarkan Di Kaca TV

BACA LAGI: Selalu Jadi ‘Target’ Kecaman Netizen Korea, Sulli Pernah Hos Rancangan Buli Siber

IKLAN

REMAJA masih menantikan laporan rasmi berkenaan pengesahan pihak polis dan pengurusannya.

SUMBER: Soompi

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI