Seiring dengan perancangan ramai rakyat Malaysia untuk bercuti di dalam negara pada waktu ini, jenama pakaian sopan (modest wear) LILIT. telah memperkenalkan satu lagi koleksi istimewa hasil kolaborasi bersama pereka fesyen tempatan terkenal, Nurita Harith.

Koleksi yang bertemakan ‘Slightly Sentimental’ ini telah memetik inspirasi daripada pengalaman percutian Nurita sendiri sewaktu beliau berada di Cape Town, Afrika Selatan.

Dengan kekayaan nilai alam semulajadi seperti kawasan pantainya, laut yang membiru serta rona langit pelbagai warna yang menjadi latar indah pada waktu senja, koleksi yang boleh dijadikan sebagai persalinan bercuti ataupun Pra-Aidilftri korang ini lengkap dengan pilihan blaus, seluar, gaun, hijab dan juga aksesori bucket bag dalam enam pilihan warna.

Percutian Ke Cape Town, Langit ‘Sunset’ Inspirasi Nurita Harith Untuk Lilit. Memang Sweet!Percutian Ke Cape Town, Langit ‘Sunset’ Inspirasi Nurita Harith Untuk Lilit. Memang Sweet!Percutian Ke Cape Town, Langit ‘Sunset’ Inspirasi Nurita Harith Untuk Lilit. Memang Sweet!

IKLAN

Kata Nurita sewaktu ditemui pada majlis pelancaran koleksi LILIT. X Nurita Harith baru-baru ini, beliau merasakan dirinya merasa bebas dan paling gembira sewaktu berada di sana. Keindahan alam semulajadinya membuatkan hati meronta ingin kembali semula ke sana bagi menggamit memori baharu bersama yang tersayang.

Menerusi peluang mencipta koleksi ini, dia berharap imej tersebut dapat disampaikan dengan penggunaan warna lembut, menenangkan dan mudah disuai padan mengikut keperluan acara.

IKLAN

Jom lihat beberapa ‘look’ yang REMAJA gemari.

Percutian Ke Cape Town, Langit ‘Sunset’ Inspirasi Nurita Harith Untuk Lilit. Memang Sweet!Percutian Ke Cape Town, Langit ‘Sunset’ Inspirasi Nurita Harith Untuk Lilit. Memang Sweet!Percutian Ke Cape Town, Langit ‘Sunset’ Inspirasi Nurita Harith Untuk Lilit. Memang Sweet!

IKLAN

Harapnya, korang masih boleh mendapatkannya di stor atas talian LILIT. atau di aplikasi LILIT. yang baru saja dilancarkan. Muat turun di Apple & Google Play Store sekiranya korang tidak berkesempatan untuk mengunjungi mana-mana lima stor fizikal LILIT. di sekitar Lembah Klang untuk mendapatkannya.

@majalahremaja Bila lagi nak dapat jumpa #VivyYusof kan? 😚😚 #majalahremaja #lilitwoman #fyp ♬ This Is How We Do – Katy Perry

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI