Seiring dengan perancangan ramai rakyat Malaysia untuk bercuti di dalam negara pada waktu ini, jenama pakaian sopan (modest wear) LILIT. telah memperkenalkan satu lagi koleksi istimewa hasil kolaborasi bersama pereka fesyen tempatan terkenal, Nurita Harith.
Koleksi yang bertemakan ‘Slightly Sentimental’ ini telah memetik inspirasi daripada pengalaman percutian Nurita sendiri sewaktu beliau berada di Cape Town, Afrika Selatan.
Dengan kekayaan nilai alam semulajadi seperti kawasan pantainya, laut yang membiru serta rona langit pelbagai warna yang menjadi latar indah pada waktu senja, koleksi yang boleh dijadikan sebagai persalinan bercuti ataupun Pra-Aidilftri korang ini lengkap dengan pilihan blaus, seluar, gaun, hijab dan juga aksesori bucket bag dalam enam pilihan warna.
Ads
Kata Nurita sewaktu ditemui pada majlis pelancaran koleksi LILIT. X Nurita Harith baru-baru ini, beliau merasakan dirinya merasa bebas dan paling gembira sewaktu berada di sana. Keindahan alam semulajadinya membuatkan hati meronta ingin kembali semula ke sana bagi menggamit memori baharu bersama yang tersayang.
Menerusi peluang mencipta koleksi ini, dia berharap imej tersebut dapat disampaikan dengan penggunaan warna lembut, menenangkan dan mudah disuai padan mengikut keperluan acara.
Ads
Jom lihat beberapa ‘look’ yang REMAJA gemari.
Ads
Harapnya, korang masih boleh mendapatkannya di stor atas talian LILIT. atau di aplikasi LILIT. yang baru saja dilancarkan. Muat turun di Apple & Google Play Store sekiranya korang tidak berkesempatan untuk mengunjungi mana-mana lima stor fizikal LILIT. di sekitar Lembah Klang untuk mendapatkannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah jerawat bukan hanya tumbuh di bahagian wajah, malah terdapat banyak lagi tempat lain yang boleh dipenuhi jerawat asalkan mempunyai folikel rambut seperti di dada, leher, bahu, lengan, pinggul dan belakang badan.
Kali ini, kami ingin mengulas tentang jerawat badan yang lazimnya ‘menyerang’ gadis usia belasan tahun dan awal 20-an. Ada banyak faktor yang menyebabkan masalah ini antaranya faktor hormon, ubat-ubatan, genetik, diet dan banyak lagi.
Ada juga beberapa petua yang korang boleh lakukan mengikut pakar dermatologi.
• Mandi dua kali sehari, atau selepas berpeluh
• Gunakan pakaian yang sesuai. Pakaian yang longgar dan mempunyai peredaran angin yang baik ketika bersenam atau keluar rumah
• Gunakan produk yang lembut pada kulit. Elakkan daripada menggunakan produk yang merengsakan kulit, termasuklah astringen, toner dan bahan pengelupasan kulit
• Biarkan kulit sembuh secara semula jadi. Sekiranya korang ingin memicit jerawat badan, ingatlah bahawa kulit korang akan mengambil masa lebih lama untuk sembuh dan ini akan meningkatkan risiko untuk mendapat parut
Jika korang mencari produk penjagaan kulit yang boleh merawat jerawat badan, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Farah Farzana telah pun berkongsi beberapa produk yang boleh korang beli secara online.
Berfungsi membersihkan kulit daripada minyak berlebihan dengan menggunakan salicylic acid. Korang juga boleh semak dahulu kelebihan salicylic acid (BHA). Harga produk ni agak kayangan sikit, RM124 untuk 250ml. Tapi kalau berkesan apa salahnya kan.
Paling best, ada BHA untuk exfoliate kulit serta melembutkan. Produk ini frangrance-free ya. Harga paling murah boleh dapat dalam RM103 untuk 237ml
Sekiranya keadaan jerawat badan korang masih teruk dan tidak sembuh, sebaiknya terus berjumpa dengan pakar dermatologi untuk mendapatkan rawatan seterusnya.
Kes cabul dan perlakuan seksual tanpa rela bukan lagi kes baharu.
Hampir setiap hari, ada saja kes yang melibatkan remaja dicabul terutamanya di kalangan perempuan terjadi di Malaysia.
Apa yang membimbangkan adalah bagaimana emosi mangsa kejadian yang selalunya diketepikan dalam kes sebegini. Tidak kira jika mangsa adalah seorang yang popular ataupun remaja biasa, emosi mereka akan terganggu malah berdepan dengan tempoh trauma.
Terbaru, bintang TikTok popular dari Amerika Syarikat, Loren Gray mengakui dia pernah menjadi mangsa ke cabul.
Loren Gray
Setelah mendiamkan diri selama 5 tahun, Loren yang kini berusia 18 tahun memberanikan diri untuk bercakap mengenai pengalamannya sebagai salah seorang daripada ribuan mangsa cabul dan hubungan seksual tanpa rela.
Dalam sebuah video yang dimuat naik olehnya, Loren memberitahu 43 juta pengikutnya di TikTok bahawa kejadian tersebut berlaku sebelum hari jadinya yang ke-13.
Dan seperti yang dijangka, ia melibatkan seorang yang dipercayai oleh Loren sendiri. Ia membuktikan bahawa 95% kes cabul selalu dilakukan oleh orang yang kita kenali.
Satu persoalan timbul.
Mengapa mangsa cabul dan hubungan seksual tanpa rela seperti Loren Gray tidak menyerahkan saja kes ini kepada pihak polis. Or worse, mengapa mereka enggan mengadu kepada orang terapat seperti ibu bapa dan lebih memilih untuk mendiamkan diri.
Ini merupakan di antara sebab Loren sendiri yang memerlukan 5 tahun sebelum berani berkongsi.
01
Diri Sendiri Keliru
Pada peringkat awal, Loren hanya memberitahu tentang kejadian itu kepada rakan karibnya sahaja Dia bergelut untuk memahami bagaimana kes cabul boleh berlaku kepada dirinya.
Mangsa mungkin pernah membaca mengenai kes cabul di portal dan surat khabar. Mereka tahu apakah yang dimaksudkan dengan cabul, mereka tahu perbuatan apakah yang boleh dikategorikan sebagai cabul.
Namun, fikiran mereka bertukar blank apabila ia terjadi kepada diri sendiri. Lalu, mereka keliru sekiranya perkara seperti ini adalah sesuatu yang boleh dilaporkan.
02
Sendiri Merasa Bersalah
Walaupun mangsa cabul berada di pihak yang benar, selalunya mereka akan diserang rasa takut berbanding si pelaku yang tidak merasa bersalah.
Kata Loren, “I was scared, I felt like it was my fault.”
Mangsa akan merasakan kejadian itu berpunca dari diri sendiri walhal mereka telah mengatakan TIDAK kepada pelaku.
03
Rasa Tidak Pasti
Persoalan ‘Bagaimana Jika (what if) akan mula timbul.
“Bagaimana jika saya buat laporan, adakah polis akan mempercayai saya?”
“Bagaimana jika saya memberitahu ibu bapa, adakah mereka akan memarahi saya kerana memilih teman lelaki seperti itu?”
“Bagaimana jika saya berjumpa kaunselor sekolah, adakah saya akan dipandang serong?”
Terlalu banyak persoalan bermain di minda mangsa pada waktu yang sama, membuatkan mereka bingung apakah tindakan pertama yang perlu diambil. Loren sendiri mengambil masa 2 bulan untuk memberitahu ibu bapanya tentang kejadian cabul tersebut. Berapa bulan pula akan kita ambil jika ia terjadi kepada kita?
04
Rasa Malu Yang Teramat
Sebagai sebahagian daripada masyarakat Asia, kita memegang kuat kepada budaya dan agama. Budaya Timur disanjung, agama pula menjadi tiang kehidupan.
Apabila terpalit dengan kes cabul, mangsa secara automatik akan mula merasa malu, malah jijik dengan diri sendiri. Dia memikirkan dirinya bukan lagi perempuan yang innocent di mata masyarakat. Lebih teruk sekiranya masyarakat mulai melemparkan pandangan serong terhadapnya.
“It takes two to tango” – kata mereka. Jika perempuan tidak menyahut, masakan lelaki akan memulakan.
Ini merupakan di antara dilema paling biasa yang dirasai mangsa lalu mereka memilih untuk berdiam diri.
*
Loren bertuah kerana sebaik saja dia memuat naik confession video tersebut, peminatnya terus membalas dengan komen-komen positif.
“Saya menangis bila menonton video ini.”
“Kita tidak tahu apa yang orang lain sedang hadapi, awak sangat kuat.”
“Awak adalah role model saya, ini bukan kesalahan awak.”
Tetapi itu Loren.
Bagaimana pula jika kes cabul dan hubungan seksual tanpa rela berlaku kepada kita yang tidak sepopular Loren? Adakah kita akan berdiam diri ataupun bertindak?
“Saya terharu dengan sokongan kamu. Tetapi saya juga risau kerana kes cabul berlaku dengan kerap sekali sekarang. Saya berharap kita akan lebih terbuka untuk bersuara,” katanya.
Jika korang mengenali sesiapa yang menjadi mangsa kes cabul dan hubungan seksual tanpa rela – ataupun kamu sendiri adalah salah seorang daripada mangsanya, hubungi WhatsApp Talian Kasih 019-2615999 yang beroperasi 24 jam sehari.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemilik baharu organisasi Miss Universe (MUO), Anne Jakkaphong Jakrajutatip nampaknya tidak bercakap kosong apabila berjanji akan mengembalikan era glamor terhadap pertandingan ratu cantik itu.
Belum sampai dua bulan sebelum pentas akhir Miss Universe dilangsungkan di New Orleans, Amerika Syarikat pada 14 Januari kelak, Anne yang baharu sahaja memiliki hak ke atas organisasi itu dengan nilai USD200 juta (atau kira-kira RM947.9 juta) telahpun menjemput lima bekas pemenang Miss Universe terlebih dahulu ke negaranya, Thailand.
Ia bersempena acara Miss Universe Extravaganza yang diadakan buat julung-julung kalinya pada malam ini hasil idea bilionaire dan pengacara televisyen berdarah Thai itu.
Mereka terdiri daripada juara dari Kanada, Natalie Glebova daripada Miss Universe 2005; Leila Lopes (Angola, 2011); Catriona Gray (Filipina, 2018); Andrea Meza (Mexico, 2020) dan Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu dari India.
Miss Universe 2011, Leila Lopes dari Angola.Miss Universe 2020, Andrea Meza dari Mexico dan Miss Universe 2005, Natalie Glebova dari Kanada.Miss Universe 2018, Catriona Gray dari Filipina.Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu dari India.
Wow! Bukan mudah untuk mengumpulkan lima orang juara Miss Universe seperti ini. Kebiasaannya, ia hanya dapat disaksikan sewaktu pertandingan Miss Universe peringkat kebangsaan atau antarabangsa sahaja.
Anne turut tidak lupa menjemput Presiden MUO, Paula Shugart dan CEO, Amy Emmerich.
Demi memeriahkan lagi acara Miss Universe Extravaganza pada malam ini, khabarnya syarikat kendalian Anne iaitu JKN Global Group PCL juga menawarkan hadiah bernilai sehingga 7 juta Baht kepada peminat yang hadir ke lokasi di Paragon Cineplex, Bangkok bagi menyaksikan acara itu.
‘Berkepuk’ betul ya duit Anne dan syarikatnya itu. Tak sabar pula untuk melihat apa lagi idea kreatif yang akan dilakukan oleh Anne sepanjang akhir tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!