Siapa dapat lupakan ceritera cinta yang dipertontonkan oleh penyanyi, Nabila Razali dan pelakon, Aedy Ashraf sekitar tahun 2017 apabila lagu hit, Pematah Hati diluncurkan.
Momen di mana Nabila, 30 atau Bella merakamkan dirinya sedang menangis sambil memberi nasihat kepada gadis remaja di luar sana agar tidak mudah tertipu dengan janji palsu sang lelaki masih jelas di minda kita semua.
Nabila Razali (kanan) dan Aedy Ashraf pernah mencetuskan sensasi dalam dunia hiburan Malaysia pada tahun 2017 menerusi lakonan dalam video muzik Pematah Hati.
Namun, itu semua akhirnya didedahkan sebagai gimik video muzik Nabila and who can blame her?
Video Pematah Hati di YouTube sehingga ke hari ini berjaya mencatatkan 29 juta tontonan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music dan tidak semua penyanyi memiliki pencapaian sedemikian.
Setelah lima tahun berlalu, kelibat Aedy Ashraf dalam hidup Nabila tiba-tiba dapat kita saksikan semula!
Cumanya kali ini, mereka digandingkan dalam sebuah drama pula berjudul Kerana Cinta Itu Ada. Drama yang mula menemui penonton pada Rabu, 28 Disember 2022 menerusi slot Akasia di saluran TV3 ini.
Ads
From this (2017) ....to this (2022)!
‘Gimik’ awal menerusi adegan manja berkejaran di tepi pantai sambil tangan yang dilihat seperti saling berpegangan telah mencuri perhatian warganet di TikTok pada minggu lalu.
Ada yang suka, ada yang cerca. Nasihat REMAJA, janganlah mudah menghakimi iklan acah drama tersebut secara pramatang. Apa kata kita tonton dulu Kerana Cinta Itu Ada, barulah kita tahu sama ada jalan ceritanya menarik atau tidak.
Ads
Drama yang juga dibintangi oleh Alvin Chong, Puteri Khareeza, Mas Anizan, Safura, Syazuwan Hassan dan lagi pelakon lain ini turut menjadi sebutan dek kerana lagu latarnya yang kini sudahpun diminati ramai.
Lagu berjudul Selagi Ku Ada ini dinyanyikan sendiri oleh Nabila dan Khai Bahar dan tidak mustahil, ia bakal menjadi ‘umpan’ bagi menarik penonton drama Melayu dan peminat novel Kerana Cinta Itu Ada untuk setia menyaksikannya hingga ke akhir.
Terdahulu, Aedy Ashraf berkongsi kepada REMAJA mengenai kisah di sebalik karaktar lakonannya ‘Tongki’ dimatikan dalam drama hit, Budak Tebing musim ketiga yang juga sedang ditayangkan di TV3 bagi slot Lestary.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Diam tak diam, hampir setahun PLUS Malaysia Berhad melaksanan sistem transaksi tol tanpa tunai (100% elektronik) di semua plaza tol PLUS April tahun lepas.
Tapi, walaupun menggunakan sistem bayaran elektronik, kadang ada juga berlaku kesesakan di plaza tol dek kerana masalah teknikal yang berlaku kepada pemandu lain. Lebih-lebih lagi di lorong smart tag.
Untuk tidak berlaku masalah seperti ini lagi, ada beberapa tip yang boleh korang lakukan.
Sebelum memandu
1. Pasti kan baki kad touch n go korang cukup.
2. Pasti kan bateri alat smart tag tersebut mencukupi.
3. Alat smart tag mestilah berfungsi dengan baik.
4. Pasti kan kedudukan alat smart tag berada pada kedudukan yang betul supaya mudah dibaca oleh sensor ketika melalui lorong bayaran tol tersebut.
2. Betulkan kedudukan smart tag supaya mudah dibaca oleh sensor.
3. Undurkan kenderaan perlahan-lahan supaya smart tag dapat dibaca sekali lagi.
4. Jika smart tag masih gagal berfungsi, undur sekali lagi dan rapatkan kenderaan korang di bahagian kanan supaya mesin boleh mengesan kad touch n go sebagai alternatif lain.
5. Buka cermin kereta dan sentuk kad touch n go pada panel sentuh yang terdapat di bahagian kanan plaza dan pandu seperti biasa.
6. Jika gagal juga, tekan button yang terdapat pada panel touch n go dan dapatkan bantuan daripada pekerja tol.
Ambil langkah berjaga-jaga
1. Keluarkan smart tag lebih awal.
2. Jangan sesekali bunyikan hon jika terdapat kenderaan yang mengalami masalah kegagalan smart tag di hadapan.
3. Kurangkan kelajuan apabila menghampiri plaza tol dan masuk ke lorong yang sesuai.
4. Jangan sesekali menukar lorong pada saat-saat akhir.
5. Sentiasa selenggara atau memeriksa bateri smart tag atleast sebulan sekali bagi memastikan smart tag dalam keadaan baik/berfungsi.
Perubahan dunia moden sedikit sebanyak telah memberi ruang kepada lebih ramai penduduk dunia untuk menerima orientasi seksual yang berbeza-beza.
Buktinya dalam dunia hiburan antarabangsa, semakin ramai selebriti yang mengakui mereka kita telah bertukar arah mencintai jantina sejenis sekaligus menjadi sebahagian daripada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender atau LGBTQ+.
Terbaru, hati ribuan peminat wanita penyanyi pop Jepun muda, Shinjiro Atae pula dirobek dengan kekecewaan setelah idola mereka itu mendedahkan dirinya gay secara rasmi.
Atae, 34 membuat pendedahan berani itu di khalayak ramai semasa beliau menjayakan persembahan di hadapan kira-kira 2,000 peminatnya di Tokyo pada 26 Julai lalu.
“Perkara ini telah lama saya pendamkan dan kini saya boleh umumkan bahawa saya gay,” kongsi penyanyi itu.
“Saya sebelum ini tidak boleh berkata sedemikian kepada diri sendiri. Saya gentar sekiranya saya menerima ketentuan perasaan ini, seluruh dunia tidak akan menerima saya sebagai seorang artis.
“Bagaimanapun, saya sedar adalah lebih baik, untuk saya dan juga mereka yang saya kasihi, termasuklah peminat saya, untuk menjalani kehidupan secara jujur dan bukannya menjalani kehidupan di mana saya tidak boleh menerima keperibadian sendiri,” katanya lagi.
“Saya enggan orang lain perlu bergelut seperti saya (untuk menerima orientasi seksual mereka).”
Sementara itu, ibu Atae ketika ditemui pemberita memberitahu bahawa dia menyokong 200 peratus keputusan anaknya itu dan akan sentiasa berada bersamanya.
Untuk pengetahuan, industri hiburan di Jepun masih lagi konservatif sebagaimana di negara-negara Asia lain dan akibatnya, ramai yang perlu menyembunyikan identiti sebenar mereka agar tidak disisihkan.
Bagaimanapun, pendedahan berani mati Atae ini telahpun mendapat sokongan dari majoriti peminat dan masing-masing menzahirkan kata-kata semangat di media sosial buatnya.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah Malaysia membenarkan pawagam seperti Golden Screen Cinemas (GSC) dan Tanjung Golden Village (TGV) kembali beroperasi selepas musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai peminat filem negara yang tak sabar untuk ke pawagam. Tak kurang juga yang sedikit kecewa kerana seleksi filem yang ditayangkan kini tidak bervariasi. Sikit sangat pilihan!
Namun, dengan tayangan filem Disney, Mulan bermula September ini, kita boleh menjangkakan lebih banyak filem yang dinanti-nantikan akan menemui pawagam. Inilah masa yang terbaik untuk korang layan semula filem di skrin layar lebar.
Sambil layan tu, apa kata korang buat pilihan bijak dan berjimat dengan aplikasi Klook.
Semasa tayangan perdana Mulan tempoh hari, REMAJA mendapat tahu bahawa Klook kini juga menyediakan perkhidmatan membeli tiket filem di atas talian (online). Haa, rupanya Klook bukan lagi sekadar platform untuk membeli tiket bercuti saja tau.
Menerusi kategori ‘Movies’ di dalam apps tersebut, peminat wayang boleh menikmati baucar daripada 600 buah pawagam GSC dan TGV di seluruh negara. Baucar tersebut boleh dibeli terlebih dahulu dan terpulang kepada korang bila dan di mana untuk menggunakannya. Kira macam baucar open-dated lah ni. Beli dahulu, gunakan pada bila-bila masa.
Menurut Ketua Pemasaran Klook Malaysia iaitu Emily Tan, filem Mulan menandakan permulaan servis baharu ini di Klook. Apps itu juga komited untuk menyediakan lebih banyak lagi tawaran menarik untuk peminat wayang dalam masa terdekat ini.
Cuba korang lihat perbandingan harga di antara pembelian di Klook dan pembelian di kaunter TGV dan GSC untuk filem Tenet dan Mulan ini.
Bagi peminat Mulan, kini Facebook Klook sedang melangsungkan sebuah peraduan dari sekarang hingga 20 September ini tau. Seramai 5 oang pemenang bertuah akan memenangi merchandise rasmi Mulan daripada Disney. Korang boleh mencuba nasib di SINI.
Jadi selepas ini, korang dah tau kan di mana untuk membeli tiket wayang. Layari saja klook.com dan rebut diskaun yang ada di sana.
Nak tahu pelakon Mulan, Liu Yifei dengan lebih dekat? Ini dia..