Bagi memulakan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026 pada 3 Januari tahun hadapan, kerajaan sedang merangka sebuah acara perarakan besar-besaran di Bukit Bintang sebagai salah satu aktiviti projek ‘I Lite U Bukit Bintang’.
Tambah menarik, acara yang diadakan buat julung kalinya di tengah kota itu akan memperagakan kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia sepanjang laluan Bukit Bintang.
Perarakan Bukit Bintang Setanding Persembahan Disneyland
Ketika ditemui pada acara sidang media Tahun Melawat Malaysia 2026 hari ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, perarakan kali ini akan dilakukan agar setanding dengan persembahan di Disneyland yang sering mencuri perhatian pelancong dari seluruh dunia.
Cuba bayangkan, kawasan Bukit Bintang akan disinari inisiatif pencahayaan bandar bagi memperindahkan lagi kawasan segi tiga emas popular berkenaan. Projek ‘I Lite U Bukit Bintang’ bakal menjadikan kawasan ini lebih hidup, penuh warna dan menjadi tarikan utama pelancong antarabangsa.
Ads
Peruntukan RM4 Juta !
Kor Ming turut mengumumkan peruntukan bernilai RM2 juta oleh KPKT dan satu lagi peruntukan bernilai RM2 juta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menjayakan projek I Lite U Bukit Bintang. Jumlah ini mencerminkan kesungguhan negara dalam memastikan kejayaan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Peruntukan berskala mega ini dijangka membawa impak positif terhadap imej pelancongan negara, sekali gus menjadikan Bukit Bintang sebagai mercu tanda utama untuk pelancong menikmati keindahan malam kota Kuala Lumpur.
Ads
Malaysia Terus Mendapat Perhatian Dunia
Tambahan pula, Malaysia baru sahaja mendapat liputan positif dari media antarabangsa berikutan kejayaan sidang kemuncak ASEAN yang baru-baru ini dilangsungkan. Perarakan Bukit Bintang yang setanding persembahan Disneyland ini dijangka akan memperkukuh lagi reputasi Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama Asia.
Untuk pengetahuan, pemilihan tarikh 3 Januari sebagai pelancaran rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat bagi mengelakkan kesesakan di kawasan Bukit Bintang sempena perayaan Hari Natal dan sambutan Tahun Baru.
Ads
Jalan-jalan di sekitar kawasan Bukit Bintang dijangka akan ditutup oleh Polis Diraja Malaysia. Orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti MRT, LRT, atau monorel untuk memudahkan perjalanan ke lokasi acara bersejarah ini.
Dengan tema perarakan yang setanding dengan persembahan di Disneyland, acara ini dijangka akan menarik ribuan pengunjung tempatan dan antarabangsa sekaligus memberi permulaan yang luar biasa kepada Tahun Melawat Malaysia 2026.
Cuaca panas yang melanda negara mencatatkan sebanyak 10 kawasan di Semenanjung Malaysia berada dalam gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga.
Menurut MetMalaysia, kawasan terbabit melibatkan empat daerah di Perak iaitu Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang dan Hilir Perak, manakala tiga di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang. Ia turut berlaku di Tampin, Negeri Sembilan serta Tangkak dan Kluang, Johor.
Tahap kuning bermaksud suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut. Sementara itu, seluruh kawasan di Sabah dan Sarawak merekodkan suhu maksimum harian kurang 35 darjah Celsius bagi tempoh sama.
Gambar hiasan
Walau bagaimanapun, MetMalaysia tidak menjangkakan keadaan cuaca panas luar biasa berlaku pada tahun ini, namun masyarakat dinasihatkan untuk lebih berjaga-jaga terutamanya untuk mengelak daripada berlakunya strok haba.
Strok haba boleh berlaku jika korang mengalami keletihan haba pada waktu yang panjang. Sekiranya korang mengalami gejala keletihan haba, pastikan korang mencegahnya daripada menjadi strok haba.
Gambar hiasan
Apakah gejala strok haba?
• Peningkatan suhu badan secara mendadak (41 darjah Celsius)
• Denyutan jantung menjadi cepat
• Pernafasan cepat dan pendek
• Tekanan darah menurun
• Badan kering dan panas
• Tidak selesa, keliru dan mungkin menjadi tidak sedar
• Rasa kepala berpusing
• Pening
• Rasa mual
• Sawan atau pengsan
Sekiranya berlaku, apa yang perlu korang buat?
• Bawa ke tempat sejuk berhawa dingin
• Minum air jika sedar
• Mandi air sejuk
• Lapkan badan dengan tuala sejuk
Gambar hiasan
Lebih baik lagi, kurangkan melakukan aktiviti luar seperti bersenam, berjogging atau bersukan. Jangan keluar dari rumah atau bangunan jika tidak mempunyai urusan penting.
Setiap kali tibanya bulan Ramadan tidak dinafikan ramai yang berebut-rebut untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT namun tidak kurang juga yang berlumba-lumba berkongsi kebaikan yang dilakukan di media sosial.
Antara rutin kebanyakkan dari kita ialah berkongsi foto menu berbuka di media sosial. Ramai yang mengeluarkan pendapat sendiri berkenaan kewajaran perbuatan tersebut. Ia mungkin berkongsi bakat memasak yang terpendam tapi mungkin juga boleh menimbulkan rasa terliur bagi mereka yang tidak berkemampuan untuk membelinya. Malah, ada juga yang bersetuju bahawa, jika makanan yang dihidu oleh jiran itu wajib untuk mengongsikannya, apatah lagi gambar makanan yang ditularkan.
Apa Kata Mufti Mengenainya
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menasihati umat Islam agar tidak memuat naik juadah ke media sosial.
WAN SALIM WAN MOHD. NOOR
Menurut beliau, tindakan berkongsi gambar makanan itu sendiri tidak membatalkan puasa namun perbuatan itu boleh menggalakan orang lain untuk tinggal puasa mereka.
Oleh yang demikian, orang yang berkongsi gambar makanan dan minuman boleh jatuh hukum berdosa kerana mereka seolah-olah mendorong orang lain untuk meninggalkan puasa. Ibadah ini tidak boleh dipandang ringan memandangkan puasa merupakan salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan.
Justeru itu, beliau menasihati umat Islam untuk berhenti menggalakkan orang lain berbuat dosa dengan berkongsi gambar-gambar makanan ke dalam media sosial sebelum waktu berbuka.
Selain itu, beliau turut menggesa pihak penguatkuasa agama Islam negeri-negeri untuk memantau restoran-restoran. Tindakan tegas perlu dikenakan ke atas premis perniagaan yang menyediakan makanan atau minuman kepada orang Islam yang tidak berpuasa.
Jadi hati-hati ye nak berkongsi sesuatu ke media sosial korang!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Puteri sulung Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan telah berkenan menjadi Penaung Diraja Gabungan Kebangsaan untuk Kesejahteraan Mental (NCMW) di Malaysia.
Gabungan Kebangsaan untuk Kesejahteraan Mental ini dimulakan dek keperluan yang semakin meningkat bagi membantu rakyat Malaysia yang menderita pelbagai masalah berkaitan mental khususnya ketika pandemik Covid-19 yang melanda negara.
Gabungan yang dimulakan oleh Rotary District 3300 Action Group on Mental Health Initiative ini dilihat sebagai satu cara untuk membantu rakyat dan individu yang terkesan kerana kesihatan mental.
Tengku Puteri Iman Afzan menyemat riben hijau ke dada Ayahanda sebagai simbolik sokongan Hari Kesihatan Mental Sedunia pada September lalu.
.
Dalam satu kenyaatan media oleh RID3300, Tengku Puteri Iman Afzan yang bertindak sebagai penaung Diraja akan aktif mempromosikan kesihatan mental sekaligus pimpinan dan kebijaksanaan baginda memainkan peranan yang sangat penting bagi menggalakkan kesihatan mental.
Terdahulu pada September lalu, Tengku Puteri Iman Afzan merupakan penaung antarabangsa bagi Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020 dan pelantikan tersebut diakui oleh Pertubuhuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).