Cuaca panas yang melanda negara mencatatkan sebanyak 10 kawasan di Semenanjung Malaysia berada dalam gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga.
Menurut MetMalaysia, kawasan terbabit melibatkan empat daerah di Perak iaitu Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang dan Hilir Perak, manakala tiga di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang. Ia turut berlaku di Tampin, Negeri Sembilan serta Tangkak dan Kluang, Johor.
Tahap kuning bermaksud suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut. Sementara itu, seluruh kawasan di Sabah dan Sarawak merekodkan suhu maksimum harian kurang 35 darjah Celsius bagi tempoh sama.
Gambar hiasan
Walau bagaimanapun, MetMalaysia tidak menjangkakan keadaan cuaca panas luar biasa berlaku pada tahun ini, namun masyarakat dinasihatkan untuk lebih berjaga-jaga terutamanya untuk mengelak daripada berlakunya strok haba.
Ads
Strok haba boleh berlaku jika korang mengalami keletihan haba pada waktu yang panjang. Sekiranya korang mengalami gejala keletihan haba, pastikan korang mencegahnya daripada menjadi strok haba.
Gambar hiasan
Apakah gejala strok haba?
• Peningkatan suhu badan secara mendadak (41 darjah Celsius)
• Denyutan jantung menjadi cepat
• Pernafasan cepat dan pendek
• Tekanan darah menurun
• Badan kering dan panas
• Tidak selesa, keliru dan mungkin menjadi tidak sedar
• Rasa kepala berpusing
• Pening
• Rasa mual
• Sawan atau pengsan
Ads
Sekiranya berlaku, apa yang perlu korang buat?
• Bawa ke tempat sejuk berhawa dingin
• Minum air jika sedar
• Mandi air sejuk
• Lapkan badan dengan tuala sejuk
Ads
Gambar hiasan
Lebih baik lagi, kurangkan melakukan aktiviti luar seperti bersenam, berjogging atau bersukan. Jangan keluar dari rumah atau bangunan jika tidak mempunyai urusan penting.
Petua air beras ini sebenarnya dah lama digunapakai oleh nenek dan ibu kita dahulu waktu muda. Sememangnya air beras sendiri banyak khasiat, bukan sahaja untuk raut wajah, tetapi juga bagus untuk rambut, dan sebagainya.
Nasi yang sudah semestinya menjadi makanan ruji orang Malaysia kerana tanpanya memang tak lengkaplah santapan pagi, tengahari atau malam kita. Kalau makan lauk, mestilah kena ada nasi kan? Tapi korang tahu tak, daripada korang basuh beras dan buang air dia macam tu saja, lebih baik kalau ‘simpan’ sedikit air tu, dan gunakannya untuk rambut dan kulit korang..
Okay sebenarnya apa yang menyebabkan air beras ni bagus? Jom tengok apa yang terkandung dalam air beras..
Asid Amino
Asid amino ni sebenarnya bagus untuk menjaga kesihatan rambut dan merangsang pertumbuhan rambut baru. Sangat sesuai untuk rambut yang gugur. Tak perlu lah korang cari produk rambut mahal semata untuk elak keguguran rambut, dalam air beras pun dah ada khasiat ni.
2.Vitamin E
Kaya dengan khasiat antioksidan ianya mampu memperbaiki batang rambut yang rosak. Jadi korang yang suka bleach rambut tu, vitamin E ni bagus untuk rambut korang yang rosak atau bercabang.
3. Vitamin B
Baik untuk membekalkan oksigen dan nutrisi ke kulit kepala.
4. Anti-Oksidan
Anti-oksidan ni penting untuk mencegah rambut kering dan kusut juga. Kalau korang sejenis yang sikat rambut lepas tu tersekat pada skala 6 tu, boleh lah cuba.
5. Pelbagai macam jenis mineral
Orang kata produk rambut kan ada bahan kimia dia juga yang tersendiri, sebab itulah tak elok untuk kita syampu kepala secara kerap. Jadi kadang-kadang, bahan yang natural macam ni lah sebenarnya bagus untuk kesihatan rambut kita.
So, macam mana cara nak buat dia? mudah saja, walaupun ada tiga cara berlainan, tapi yang paling mudah untuk dibuat adalah hanya menggunakan air saringan beras yang korang guna waktu nak masak nasi tu..
Korang boleh simpan air beras tu dalam bekas spray saja! Lepas tu guna jelah..
Ini antara cara mudah untuk korang gunakan air beras ini:
Sebagai masker rambut
Guna air beras dengan syampu.
Bilas sampai bersih, dan tuangkan semua air beras itu tadi ke seluruh rambut korang.
Urut sedikit dekat kulit kepala selama beberapa saat.
Biarkan selama 20 minit
Bilas rambut dengan air panas. Tapi janganlah panas sampai terbakar kulit kepala korang.. agak-agak je lah.
2. Guna sebagai conditioner
Campur air beras dengan apa-apa jenis minyak essensial kesukaan korang, rosemary, lavender, atau banyak lagi.
Cuci rambut korang dengan syampu.
Tuangkan air beras ke seluruh rambut.
Biar dekat atas rambut korang selama 5-10 minit.
Bilas rambut dengan bersih.
3. Guna sebagai perawatan kulit kepala
Korang boleh tambah apa-apa bahan lain untuk rambut korang kalau ianya masih kusut.
Campur satu mangkuk air beras dengan 2 sudu masak mustard.
Kacau hingga bahan menjadi likat.
Tambah 1 sudu masak minyak zaitun, kacau dengan rata.
Gunakan pada kulit kepala sahaja.
Biar selama 20 minit, kemudian bilas dan syampu rambut.
Baru-baru ini pun viral di Tiktok dimana ramai menggunakan petua air beras ini untuk rambut yang lebih lembut dan juga lebih sihat. Tapi, menggunakan air beras setiap hari juga mungkin akan membuatkan kulit kepala korang kering, jadi jangan lah guna setiap hari ye!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lamine Yamal Remaja 18 Tahun Jadi Jutawan Bola Sepak Termuda Dunia
Nama Lamine Yamal kini menjadi sebutan seluruh dunia. Dalam usia baru 18 tahun, pemain sayap sensasi Barcelona ini bukan sahaja mencipta sejarah di padang bola, malah telah tersenarai sebagai jutawan bola sepak termuda dunia 2025 satu pencapaian luar biasa yang membuat ramai remaja sebaya kagum dan terinspirasi.
Lamine Yamal
Menurut laporan Forbes, Yamal kini berada dalam 10 pemain bola sepak berpendapatan tertinggi dunia tahun 2025, dengan jumlah pendapatan sekitar AS$43 juta (RM202 juta). Ya, awak tak silap baca 18 tahun dan sudah bergelar jutawan hasil kerja keras, bakat dan disiplin tinggi!
Dari Akademi La Masia ke Pentas Dunia
Lamine Yamal dibesarkan di Barcelona dan mula bermain bola sejak kecil. Bakatnya cepat dikesan oleh jurulatih akademi terkenal La Masia, tempat lahirnya ramai legenda seperti Messi, Iniesta dan Xavi. Pada usia 15 tahun, Yamal sudah berlatih bersama skuad utama Barcelona satu pencapaian yang jarang berlaku.
Sejak itu, dia terus mencipta sejarah demi sejarah. Yamal menjadi pemain termuda menjaringkan gol dalam perlawanan El Clasico, pemain termuda mencipta bantuan jaringan dalam Liga Juara-Juara Eropah, dan pada usia 17 tahun, dia sudah membantu Sepanyol menjuarai Euro 2024.
Musim lalu, Yamal menamatkan saingan dengan 18 gol dan 25 assist, menjadikan dirinya antara pemain paling bernilai dalam Eropah dan mengukuhkan statusnya sebagai jutawan bola sepak termuda dunia 2025.
Lamine Yamal
Dari Bakat ke Jenama Besar
Selain hebat di padang, Lamine Yamal juga bijak membina imej dan kerjayanya. Beliau kini mempunyai penajaan bersama Adidas, Konami, Powerade dan Beats by Dre, menjadikannya remaja paling berpengaruh dalam dunia sukan global.
Malah, Barcelona baru sahaja menandatangani kontrak baharu dengannya hingga tahun 2031, dengan jersi keramat nombor 10 nombor yang pernah disarung oleh Lionel Messi. Itu bukan sekadar nombor, tapi simbol kepercayaan kelab terhadap generasi baharu mereka.
Inspirasi Untuk Generasi Muda
Apa yang menjadikan Lamine Yamal begitu istimewa bukan sekadar bakat luar biasa, tetapi kerendahan diri dan fokusnya. Dalam satu temu bual, Yamal pernah berkata:
“Saya tahu ramai orang membandingkan saya dengan Messi, tapi saya cuma mahu jadi versi terbaik diri sendiri.”
Kata-kata itu membuktikan bahawa kejayaan bukan tentang meniru orang lain, tetapi membina identiti sendiri. Ia menjadikan Yamal contoh terbaik bagi remaja yang ingin berjaya dalam apa jua bidang.
Pelajaran Dari Yamal Untuk Remaja Hari Ini
Percaya Pada Potensi Diri – Bakat hanya jadi besar bila kita berani ke depan dan tunjukkan kemampuan.
Fokus & Disiplin – Yamal menjaga latihan, pemakanan dan masa rehat dengan ketat walaupun masih remaja.
Jangan Takut Bermimpi Besar – Tiada usia terlalu muda untuk berjaya. Apa yang penting ialah usaha yang konsisten.
Bijak Urus Kejayaan – Seawal usia belasan tahun, Yamal sudah faham tentang nilai profesionalisme dan reputasi diri.
Penutup: Lamine Yamal Inspirasi Dunia Remaja
Lamine Yamal kini menjadi simbol remaja yang berani bermimpi besar. Dalam dunia yang penuh cabaran, dia membuktikan bahawa dengan semangat, disiplin dan fokus, seorang anak muda boleh mengubah hidupnya dan menginspirasi dunia.
Untuk semua pembaca Majalah Remaja, kisah jutawan bola sepak termuda dunia 2025 ini adalah bukti bahawa usia bukan halangan untuk berjaya. Yang penting, jangan berhenti berusaha dan sentiasa percaya kejayaan besar bermula dari langkah kecil yang berani.
Sebentar tadi Datuk Chef Wan telah mengumumkan yang ibunya, Noraini Abdullah atau lebih mesra disapa sebagai Che Ani telah meninggal dunia. Allahyarhamah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 12 Januari 2023 jam 6.20 pagi bertempat di Hospital Gleaneagles, Kuala Lumpur.
“Dengan kesedihan yang mendalam ibu tersayang telah meninggal dunia pada jam 6.20 pagi dengan tenang dalam tidurnya di Hospital Gleneagles pagi ini.
“May her soul rest in peace, diampun segala dosa-dosa beliau serta ditempatkan bersama sama orang-orang yang beriman nanti. Jenazahnya akan disemadikan di Masjid Putra Putrajaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cyber 10,” ujar figura berusia 65 tahun itu.
Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail sangat rapat dengan ibunya dan sering berkongsi kepada umum mengenai hubungan ibu dan anak.
Selain itu, cef terkenal antarabangsa itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang selama ini telah banyak mengirim dan memberi ucapan serta doa yang baik untuk arwah ibunya.
Sebelum ini Cef Wan berkongsi di laman Instagram yang ibunya telah dimasukkan ke hospital pada awal tahun kerana demam dan kemudian kesihatan allahyarhamah semakin merosot sehingga memasuki fasa koma.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.