Perang Warna! 8 Fesyen Paling ‘Win’ Di Golden Globes 2021

Share

 

Akhirnya, musim anugerah kembali semula untuk tahun 2021 apabila anugerah Golden Globes dilangsungkan pada 1 Mac.

ARTIKEL BERKAITANSedihnya Bila Mendiang ‘Black Panther’ Terima Pelakon Terbaik Golden Globe – REMAJA

Selain daripada momen-momen menarik yang berlaku secara virtual pada tahun ini, para selebriti tidak mengecewakan dalam bab berfesyen apabila banyak busana berwarna menarik yang ditampilkan

.

Cynthia Erivo

Tak semua orang confident untuk menyarungkan busana hijau Valentino Haute Couture terang dengan potongan solid ini seperti Cynthia.

Pelakon dan penyanyi Harriet itu memilih rekaan yang baru saja dipertunjukkan di pentas peragaan Valentino di Paris baru-baru ini.

Apa yang menarik tentangnya adalah inspirasi dunia sukan pada jenis fabrik skuba dan piping

yang mengingatkan penulis kepada bentuk garisan gelanggang sukan. Segalanya begitu sharp dan refreshing.

 

Sarah Hyland

What a new look!

Sarah yang baru-baru mewarnakan rambutnya merah keperangan tidak gentar untuk menyarungkan busana merah terang untuk dipadankan dengan rambutnya itu. Rekaan Monique Lhuillier ini menampilkan sisi Sarah yang lebih matang dengan potongan off-the-shoulder.

 

Lana Condor

Kami seakan dapat melihat refleksi karakternya, Lara Jean daripada filem To All The Boys dalam satu lagi persalinan Monique Lhuillier pada hari ini.

Kami gemarkan betapa fresh paten yang disulam pada busana ini. Dan ia kelihatan cukup sepadan dengan ilustrasi bulan dan bintang pada kukunya!

 

Anya Taylor-Joy

Beth Harmon did not come to play.

Pelakon The Queen’s Gambit ini kelihatan cukup chic dalam persalinan Dior Haute Couture dan perhiasan aksesori berlian Tiffany bernilai USD 1 juta. Whoa!

Anya seakan melakukan tribute kepada karakternya, Beth dengan memilih potongan gaun klasik dari era 1960-an, siap dengan dengan kimono dan tali pinggang berwarna hijau zamrud.

One of our faves, for sure!

 

Awkwafina

Gelaran ratu warna tentunya diberikan kepada pelakon Amerika-Korea ini apabila dia tampil dalam busana sekuin berjalur daripada Gucci sebagai penyampai anugerah.

Gaya tersebut juga memberikan penulis vibe glamor 70-an. Lebih-lebih lagi apabila ia dipadankan dengan aksesori Harry Winston.

 

Celeste

Yass! Kami gemari selebriti yang tidak gentar untuk mengambil risiko dalam pemilihan busana mereka dan jenama apa lagi yang bijak bermain dengan risiko selain Gucci.

Penyanyi, Celeste Waite memilih gaun berfabrik baldu dan sekali lagi, sekuin ditampilkan seperti dalam persalinan Awkwafina. Dia membuat keputusan yang tepat dengan memilih aksesori sarung tangan satin hijau.

 

Elle Fanning

Sekali lagi, biru ais/hijau pudina menjadi pilihan Elle Fanning. Ia mungkin menjadi ‘warna selamat’ buat pelakon ini. Namun jika warna tersebut memang ‘kena’ dengan dirinya, why not

dia memilihnya, bukan?

Kali ini, Elle memilih rekaan satin Gucci yang sedikit berlainan daripada potongan gaun yang pernah digayakannya sebelum ini. Macam Elsa daripada filem Frozen pun ada juga! Hehe..

 

Dan Levy

Sebagai satu-satunya lelaki dalam senarai ini, Dan Levy tidak mengecewakan kami. Guys, inilah caranya untuk korang memakai warna terang seperti chartreuse.

Suit Valentino rekaan Pier Paolo ini merupakan sentuhan terbaik untuk lelaki apabila ia menggabungkan mateial berbeza. Malah, potongannya juga lebih kasual untuk dipadankan dengan sneakers berkilau.

IKLAN