Bagi golongan remaja yang gemar mendengar lagu-lagu 90-an, pasti kenal benar dengan dengan kumpulan Screen yang popular dengan Bila Cinta Didusta dan Tak Suka Tak Apa.
Khabar duka yang tular pagi ini adalah berita mengenai pemergian vokalis kumpulan ini, Gmie atau nama sebenar Hajmi bin Haji Ibrahim.
Menurut laporan Astro Awani, Gmie telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada jam 2.30 pagi tadi akibat penyakit buah pingang berlubang.
Pengurus peribadinya, Fuad Syahrin Misbah berkongsi yang Allahyarham menghidap penyakit tersebut selama hampir dua tahun dan sepanjang tempoh itu dia lebih senang untuk tidak menghebahkan keadaan dirinya kepada umum.
Sekadar informasi, Allahyarham Gmie pernah menyertai pertandingan realiti Gegar Vaganza musim ke-3 pada tahun 2016. Dia berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dan berada di kedudukan keenam secara keseluruhan yang mana menyaksikan Azharina Azhar diangkat sebagai juara.
Sumber: Astro Awani
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Jadi Translator Di Konsert Bintang Popular Kpop
Rasanya setiap peminat selebriti Kpop menyimpan impian untuk menjadi salah satu daripada crew yang terlibat dalam setiap persembahan artis pujaan mereka.
Kalau kami kongsikan kisah seorang pemuda di twitter ini, mesti ramai yang makan hati. Hiks!
Shah bekerja sebagai seorang translator/interpreter untuk artis-artis Kpop seperti Blackpink, Winner, Ikon dan banyak lagi.
Bagi korang yang mungkin tertanya-tanya macam mana agaknya kerja translator ni, basically job scope mereka adalah sebagai orang tengah kepada korean team dan local team. Contohnya, nak pasang stage, control lighting, VCR, sound check dan special effects. So, Shah kira macam translator antara Malaysian broadcasting company dengan team dari Korea.
Pergh, bukan biasa-biasa ni. Hehe!
Jom kita baca pengalaman dan bagaimana lelaki ini boleh terlibat dalam produksi Korea tersebut.
SPM gagal
Berkerja dengan NGO Korea
Terlibat dalam konsert Kpop
Selain daripada menjadi antara crew yang terlibat dalam konsert-konsert besar bintang Kpop, Shah juga pernah bekerjasama untuk small concerts dan fan meets.
Beginilah kehidupan anak muda ini sekarang. Dia terpaksa ulang alik ke Korea untuk turut menjadi sebahagian daripada tenaga pekerja dalam konsert yang dianjurkan di sana.
Wah, confirm ramai yang bercita-cita nak kerja macam Shah juga kan?
Apa pun guys, selagi korang berusaha dan tawakal, insyaAllah tidak ada apa yang mustahil. Kalau dah memang minat, mungkin boleh jadi kerjaya korang nanti juga kan?
Good luck!
Sumber: twitter.com.my/asoshiation
Bagaimana Penduduk Dunia Sambut Hari Wanita Pada Bulan Mac
Who runs the world? Girls!
Tak terlambat rasanya untuk kami ucapkan Selamat Hari Wanita sedunia kepada semua followers dan pembaca ‘wanita’ kami.
Tak kiralah korang baru di sekolah menengah ke, sudah ke universiti, sedang bekerja mahupun yang menjaga anak pada usia muda, semua wanita harus diraikan atas jasa, keringat, susah payah dan pencapaian mereka.
Bukan hanya untuk satu hari tertentu saja, wanita adalah tunjang masyarakat dunia yang sama tarafnya, sama kelayakannya dan sama penting bersebelahan dengan lelaki.
Kami kumpulkan SEMBILAN cara wanita mengambil bahagian untuk menyambut Hari Wanita Sedunia pada tahun lalu. Jangan terkejut, ada di antara mereka yang memilih untuk bermain bola sepak di tengah padang bersalji!
Pakistan
Sambil dikawal ketat orang para sekuriti, beratus-ratus wanita beragama Muslim dan Kristian berarak sebagai tanda hormat kepada wanita yang menjadi mangsa serangan asid. Golongan mangsa di sana selalunya mengelak daripada berada di tempat awam. Malang juga kerana mereka selalunya perlu mengharapkan kepada bantuan kewangan badan bukan berkebajikan (NGO) bagi menanggung kos rawatan. Bukannya subsidi atau bantuan daripada kerajaan Pakistan.
California
Di Lynwood California, sebuah cawangan restoran makanan segera McDonald’s telah menerbalikkan logo ‘M’ mereka untuk menyatakan sokongan kepada sambutan Hari Wanita. Menurut mereka, ini adalah kali pertama ia dilakukan dalam sejarah jenama itu. Kesemua platform McDonald’s sama ada di Twittwe Instagram dan laman web menggunakan logo itu sebagai imej profil semalam.
Malaysia
Kalau McDonald’s boleh, KFC pun tak nak kalah!
Baru sekarang, seluruh dunia tahu siapakah isteri kepada Colonel Sanders, pengasas Kentucky Fried Chicken (KFC). Dikenali sebagai Claudia Sanders, KFC Malaysia berkata mereka mengiktiraf peranan wanita dalam kejayaan yang berlaku di seluruh dunia.
China
Di China, terdapat dua cara kaum wanita menyambut semalam. Satu cara adalah dengan membeli-belah apabila kebanyakan kedai menawarkan sales besar-besaran. Satu lagi cara, bermain bola sepak dan sukan lain di tengah-tengah padang bersalji.
Belarus
Wanita di Minsk Belarus juga memilih gaya hidup sihat untuk menyambut. Mereka mengadakan larian ‘Beauty Run’ dengan slogan ‘Wanita Menentang Keganasan’.
Bangladesh
Pekerja industri fesyen dan pakaian di Dhaka Bangladesh memakai topeng muka untuk meraikan acara perarakan. Mereka menuntuk hak yang sama untuk wanita di tempat kerja sama seperti lelaki. Contohnya dari aspek keselamatan, bayaran gaji dan cuti bersalin.
Itali
Di Itali, terdapat juga dua cara berbeza wanita menyambutnya. Di Milan, wanita yang berarak menyalakan api semasa mereka melaungkan rasa tidak berpuas hati atas keganasan yang terjadi kepada wanita.
Di Roma pula, sempena festival Festa Della Donna, kaum lelaki memberikan bunga mimosa kepada wanita yang mereka kenali untuk menyambut. Ada juga restoran yang menghidangkan kek torta mosa, dan kerajaan Itali juga memberikan akses percuma khas kepada wanita untuk memasuki muzium.
Google juga tak terlepas daripada menyambutnya semalam. Dalam doodle artwork mereka di browsing search box, Google menampilkan 12 pelukis dan artis kaligrafi wanita dari lokasi berbeza melalui cerita masing-masing.
Ada yang menceritakan tentang ‘sisterhood & unity’, perasaan seorang imigran wanita di negara asing dan juga perasaan menjadi seorang ibu muda.
It’s officially #IWD2018 in the ???! Explore stories from women all over the globe in today’s #GoogleDoodle & share yours using #HerStoryOurStory! → https://t.co/ydJboV47yJ pic.twitter.com/FBNpCPtMK8
— Google Doodles (@GoogleDoodles) March 7, 2018
Palestin
Ratusan wanita Palestin melakukan protes di West Bank, manakala demonstrasi jalanan pula mengambil tempat di checkpoint tentera Israel di Qalandia yang terletak di antara Ramallah dan Baitul Maqdis.
Ia diadakan untuk memberi kesedaran tentang tentangan wanita Palestin terhadap kependudukan tentera Israel di situ, tentang keputusan Donald Trump untuk mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu kota rasmi Israel.
Mereka juga menentang keputusan Washington untuk memotong bantuan yang dihulurkan oleh Amerika Syarikat kepada agensi bantuan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu.
GRAB Beli Uber Asia Tenggara Termasuk UberEATS
Jika korang masih ingat sekitar enam tahun lalu, syarikat bernama MyTeksi telah dijenamakan semula menjadi Grab. Kini selepas beroperasi dengan cemerlang dan dipercayai oleh pengguna perkhidmatan mereka, Grab membuktikan syarikat Asia Tenggara mampu bersaing dengan syarikat global.
Buktinya, Grab telah membeli syarikat Uber Technologies Inc bagi seluruh rantau Asia Tenggara.
Berita tersebut sememangnya dinanti-nantikan masyarakat seluruh dunia setelah khabar angin kencang bertiup mengatakan Uber bakal dijual. Berdasarkan perjanjian yang dilakukan oleh mereka semalam, Uber akan memegang saham sekitar 25 ke 30 peratus dan selebihnya akan dipegang oleh Grab.
Untuk pengetahuan korang, ini bukanlah kali pertama Uber bertindak untuk menjual saham kepada syarikat pesaing. Sebelum ini, Uber China juga menjual majoriti saham mereka kepada syarikat perkhidmatan kenderaan awam Didi Chuxing selepas ia gagal beroperasi di beberapa bandar di China.
Di Rusia juga, Uber menjual saham syarikat kepada Yandex.
Bukan bermaksud Uber semakin tak relevan dan rugi. Ini hanyalah satu strategi bagi memastikan mereka juga turut mengaut keuntungan daripada kolaborasi tersebut. Yang hilang hanyalah visibiliti perkataan Uber, namu keuntungan masih masuk di atas nama mereka berdasarkan peratus saham syarikat.
Buat masa ini, masih tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh Uber mahupun Grab mengenai nasib pemandu Uber selepas syarikat itu berada di bawah kendalian Grab.
Begitu juga dengan nasib pemandu UberEats walaupun ada yang mengeluarkan spekulasi, kononnya pemandu UberEats akan ditempatkan di bawah cabang GrabFood.
GrabFood akan diperluaskan ke semua negara Asia Tenggara sebelum pertengahan tahun ini. Manakala, aplikasi GrabPay mobile wallet juga boleh didapati di kebanyakan negara rantau ini pada akhir tahun ini.