Alhamdulillah, akhirnya hasrat untuk memiliki sepasang cahaya mata tercapai juga apabila penyanyi kesayangan tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan seorang bayi lelaki sekitar jam 6.21 pagi tadi, bersamaan 7 Ramadan 142H.
Pengumuman yang dimuatnaik oleh pihak Siti Nurhaliza Productions menerusi akaun Instagram @ctdk itu dilakukan dua jam setengah setelah segalanya selesai di bilik pembedahan.
Tangkap layar Instagram @ctdk
Menurut mereka, bayi seberat 3.84 kilogram itu telah dilahirkan melalui kaedah pembedahan dan ibu serta anak berada dalam keadaan sihat walafiat dan stabil.
Terdahulu, TokTi dan suami, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa telah memiliki cahaya mata sulung perempuan iaitu Siti Aafiyah Khalid pada 19 Mac 2018.
Ads
Wah, sweet betul apabila tarikh kelahiran kedua-dua cahaya mata mereka ini berbeza genap sebulan!
Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa turut melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.
Apa yang penting baginya adalah ibu dan anak berada dalam keadaan yang sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.
Ads
Tambahan pula, kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan al-Mubarak ini diharapkan akan mengurniakan barakah Allah SWT. Mereka berdua ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.
Tak sangka selebriti terkenal dunia Amber Heard, digelar wanita dengan rupa paras paling sempurna di dunia oleh saintis. Tapi apa bukti para saintis mengatakan rupa paras bekas isteri Johnny Depp ini adalah yang paling sempurna sekali?
Untuk makluman ukuran wajah pelakon Aquaman 1 ini diukur berdasarkan Golden Ratio dalam Beauty Phi, yang merupakan garis panduan ketepatan wajah yang telah digunakan oleh masyarakat purba sejak zaman Greece lagi.
Apa Itu Ukuran Golden Ratio?
Ukuran dari Golden Ratio ini mengambil kira dari aspek ukuran bentuk wajah, dahi, kedudukan mata, kelebaran/panjang/ tapak hidung, ukuran bibir dan dagu. Kesemua itu ambil kira untuk mengetahui jika rupa paras seseorang itu sempurna atau sebaliknya.
Bukan itu sahaja, ukuran Golden Ratio ini merupakan perkiraan persamaan matematik dari zaman Greece dalam mengukur kecantikan dan ketepatan manusia. Perkiraan ratio wajah atau tubuh badan yang paling dekat atau tepat adalah nombor 1.618 (Phi), lebih dengan perkiraan dengan ratio ini lebih kacak dan cantik rupa fizikal mereka.
Jom tengok wajah selebriti mana yang miliki rupa paras paling sempurna oleh saintis dengan ukuran Golden Ration!
DE SILVA MENGANALISIS 12 TITIK PADA MUKA HEARD MENGGUNAKAN GAMBAR AKTRES ITU KETIKA ACARA PERMAIDANI MERAH TAHUN 2016. MATA, HIDUNG, BIBIR, DAGU DAN KESELURUHAN KEPALA MERAIH SKOR HAMPIR 92 PERATUS.
Kim Kardashian 91.39 % dan mempunyai kening paling sempurna.
Emily Ratajkowski 90.9% , pelakon ini katanya mempunyai bibir hampir sempurna.
Kate Moss 91.06%, supermodel ini mempunyai dahi paling cantik
Amacam, korang setuju tak Amber Heard ini ada wajah yang sempurna di dunia.
***
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya tahun 2020 merupakan satu ‘bencana’ buat industri perfileman kerana banyak filem-filem yang terpaksa ditangguhkan tayangannya seluruh dunia gara-gara pandemik COVID-19.
Walau bagaimanapun, kami telah menerima beberapa buah filem Hollywood yang dijangka ditayangkan pada tahun hadapan. Namun, ia masih tertakluk kepada situasi semasa dan boleh berubah sekiranya COVID-19 masih terus menular.
Nah, apa-apa pun kita lihat dulu antara filem yang bakal ditayangkan pada 2021 nanti.
1. Monster Hunter
28 Januari 2021
Berdasarkan sebuah permainan video bersiri berjudul sama tentang raksasa dan manusia yang memburu mereka. Apabila Leftenan Artemis dan pasukan elitnya memasuki dimensi lain selepas jatuh ke dalam portal, mereka perlu bekerjasama untuk mencari jalan pulang. Dalam pada itu, mereka turut bertemu seorang pemburu misteri yang mempunyai kebolehan untuk hidup di dimensi tersebut. Dengan bantuan pemburu itu, mereka bertempur dan menghalang raksasa daripada memasuki portal dan menyerang Bumi.
2. Petter Rabbit 2: The Runaway
18 Februari 2021
Biarpun Peter dan arnab-arnab lain kini hidup bahagia bersama Bea dan Thomas McGregor, Peter masih tidak boleh lari dari kenakalannya. Dia kemudian mengembara keluar dari taman mereka dan mendapati dirinya menemui dunia baru di mana sifat nakalnya dihargai. Kini dia perlu membuat keputusan sama ada mahu terus tinggal di dunia itu, atau kembali ke pangkuan keluarga yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk mencarinya.
3. Sony/Marvel Morbius
18 Mac 2021
Dalam cubaan untuk memulihkan penyakit darahnya sendiri, seorang ahli biokimia secara tidak sengaja menjadikan dirinya pontianak berkuasa luar biasa.
4. Fatherhood
15 April 2021
Sebuah filem adaptasi dari kisah sebenar mengenai Matt Logelin. Matt perlu membesarkan anak perempuannya sebagai ayah tunggal selepas kematian isterinya sehari selepas kelahiran anak mereka.
5. Ghostbusters: Afterlife
10 Jun 2021
Sambungan kepada dua filem “Ghostbusters” tahun 80-an, kali ini mengetengahkan seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan. Setelah diusir dari rumah mereka, kedua-dua beradik itu bersama ibu mereka berpindah ke sebuah rumah di Summerville, Oklahoma, yang diwariskan oleh datuk mereka. Selepas beberapa kejadian gempa bumi misteri berlaku di bandar itu, mereka mendapat tahu tentang kaitan mereka dengan ‘ghostbusters’ dan legasi rahsia peninggalan datuk mereka.
6. Venom: Let There Be Carnage
24 Jun 2021
Sekuel kepada “Venom” (2018) yang berkisar mengenai seorang wartawan bernama Eddie Brock yang mendapat kuasa adiwira selepas dijangkiti ‘symbiote’ makhluk asing.
7. Hotel Transylvania 4
5 Ogos 2021
Filem keempat dalam francais filem animasi “Hotel Transylvania”, iaitu sambungan kepada “Hotel Transylvania” (2012), “Hotel Transylvania 2” (2015) dan “Hotel Transylvania 3: Summer Vacation” (2018). Ia berkisar tentang kehidupan Dracula dan keluarganya, termasuk anak perempuannya, menantu lelakinya yang merupakan seorang manusia, dan cucunya yang separa pontianak.
8. Don’t Breathe 2
12 Ogos 2021
Kesinambungan dari filem pertama, kini Blind Man tinggal di sebuah kabin terpencil, iaitu tempat dia menyembunyikan diri selama bertahun-tahun. Namun begitu, dia tidak keseorangan kerana dia hidup bersama dan membesarkan seorang budak perempuan yang menjadi anak yatim selepas rumahnya terbakar. Suatu hari, sekumpulan penculik telah membawa lari budak itu, menyebabkan Blind Man terpaksa keluar dari tempat persembunyiannya demi menyelamatkan budak itu.
9. Man From Toronto
16 September 2021
Pembunuh upahan paling hebat di dunia, The Man from Toronto, dan Teddy, lelaki paling bermasalah di New York, tidak mempunyai pilihan lain selain bekerjasama apabila identiti mereka disalah anggap ketika menyewa di Airbnb. Namun sebelum menyelamatkan dunia, mereka perlu tabah untuk bekerja bersama-sama terlebih dahulu.
10. The Nightingale
23 Disember 2021
Berlatarkan pada 1939 di Perancis, apabila Jerman menjajah negara itu ketika Perang Dunia II. Dua beradik yang tinggal di Perancis hidup dalam keadaan bergolak dan perlu berjuang untuk menyelamatkan diri. Ia diangkat dari novel fiksyen bersejarah Kristin Hannah dengan judul sama.
Wah, tak sabarnya. Dah lama rasanya tidak ke panggung wayang. Harapnya tahun depan keadaan sudah pulih seperti biasa la kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiga penyampai stesen radio ERA FAM iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendy telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka berikutan siaran kandungan video mereka bertiga yang telah menyinggung sensitiviti masyarakat khususnya kaum India.
Difahamkan, aksi Azad yang disaksikan oleh Nabil, Radin serta beberapa lagi kakitangan lain seakan menyerupai tarian kavadi masyarakat Hindu yang merupakan ritual suci terhadap Dewa Murugan sewaktu perayaan Thaipusam.
Menerusi hantaran video ke akaun media sosial era.je pada Selasa, tiga orang penyampai segmen 3 Pagi ERA itu mengakui nasi sudah menjadi bubur berikutan tingkah laku mereka itu dan berikrar kesilapan yang sama tidak akan berulang semula pada masa hadapan.
“Kami memohon maaf kepada semua pihak berkaitan video kami yang dimuat naik di laman media sosial ERA berhubung aksi yang kurang menyenangkan dan telah menyinggung hati segelintir pihak dan sahabat-sahabat kami yang berbangsa India.
“Kami mengakui kesilapan serta kekhilafan kami dan kami juga akan pastikan perkara yang sama tidak akan berulang lagi pada masa akan datang,” kata Nabil yang mewakili mereka bertiga. Menurutnya lagi, mereka terbuka untuk menerima segala kritikan demi memperbaiki diri mereka.
Tinjauan REMAJA di akaun Instagram era.je mendapati pihak ERA FM memilih untuk menutup ruangan komen pada hantaran terbaru demi mengelakkan pertelagahan pendapat dalam kalangan warganet.
Dalam pada itu, pengurusan tertinggi ERA FM turut menyusun jari memohon maaf berikutan terlepas pandang terhadap kandungan yang memaparkan aksi kurang menyenangkan oleh penyampai radio stesen tersebut.
Sambil berjanji bahawa insiden sama tidak akan berulang, ERA FAM juga akan sentiasa peka dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka.
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.