Penyanyi rap dan anggota kumpulan terkenal BTS, RM baru-baru ini diumumkan terpilih sebagai salah satu daripada ‘Male Role Models’ oleh The Pixel Project bersempena kempen ’16 For 16′ dalam menghentikan kekerasan terhadap wanita.
The Pixel Project telah memberikan penghargaan ini kepada RM atau nama sebenar Kim Namjoon (30) kerana usaha beliau secara terbuka menyuarakan tentang kajian dan pemahaman mengenai feminisme, walaupun populasi lelaki di Korea Selatan terkenal dengan sifat anti-feminis.
Terdahulu, pada tahun 2016 RM BTS pernah mendapat kecaman hebat daripada peminat dan orang ramai apabila salah satu daripada lirik lagu BTS mengandungi makna yang menunjukkan sikap misoginis.
Kredit: Bighit MusicKredit: Bighit Music
Walau bagaimanapun, bermula dari kritikan itu, penyanyi lagu ‘Wild Flower’ itu mula mengambil inisiatif untuk belajar dengan mengikuti pengajian dan kajian jantina bersama seorang pensyarah dalam bidang Pengajian Wanita.
Ads
Selain itu, ketua kepada kumpulan BTS yang dikenali sebagai seorang ulat buku juga pernah dilihat membaca buku membincangkan topik feminisme karya penulis Cho Nam-Joo, berjudul Kim Ji Young, Born 1982.
Sebelum ini, isu kekerasan terhadap wanita sering dianggap isu wanita yang hanya perlu ditangani oleh wanita dan untuk wanita. Bagaimanapun, impak negatif daripada masalah ini turut dirasai seluruh komuniti dan masyarakat.
Ads
16 Tokoh Lelaki Yang Dipilih The Pixel Project Bagi Kempen ’16 For 16′
Disebabkan itu, The Pixel Project telah mewujudkan usaha ini bagi membasmi kekerasan terhadap wanita dengan penglibatan golongan lelaki dan memilih 16 tokoh lelaki terdiri daripada selebriti, ahli politik, pejuang hak asasi manusia dan sebagainya yang mampu membantu menjayakan kempen ini.
Ads
Antara tokoh ‘Role Models’ selain RM BTS yang dipilih adalah Bad Bunny, Benedict Cumberbatch, Ben Hurst, Dean Peacock, Édgar Pérez, Humberto Carolo, Adilur Rahman Khan, Kennedy Odede, Matt Tyler, Miguel Fontes, Rahul Bose, Shervin Hajipour,The Speech Prof or Professor Chesko, Tong Dawei, dan Wilfred Nyeko.
Sekadar info, RM BTS kini masih menjalani latihan wajib ketenteraan di Korea Selatan. Dalam kesibukan itu juga, beliau sempat terlibat dengan sebuah filem berjudul ‘RM: Right People Wrong Place’ iaitu sebuah dokumentari mengisahkan perjalanan di balik tabir penerbitan album solo keduanya yang dilancarkan pada 24 Mei lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon bertubuh kecil molek, Sari Yanti sering mencuri perhatian peminat. Sekalipun sudah bergelar ibu kepada 5 orang cahaya mata. Isteri kepada Jep Sepahtu ini sentiasa menjaga penampilan yang kelihatan sentiasa cantik dan berseri-seri.
Menerusi gambar tersebut, Sari memberitahu Barr Al Aliy sudah berusia 13 tahun dan mendapat Anugerah kecemerlangan Akedemik. Dalam pada itu Sari sempat mengucapkan tahniah dan mendoakan anaknya terus cemerlang.
Rata-rata wargamaya mengucapkan tahniah dan memuji wajah Sari yang kelihatan awet muda. Malah, mereka mengatakan si ibu dan anak bagaikan kakak dan adik.
Wah, pandai Sari dan Jepp mendidik anak-anak mereka. Tahniah abang Barr…
Untuk info, Sari Yanti sebelum ini pernah berkahwin dan memiliki dua orang anak lelaki sebelum berkahwin buat kali ke dua dengan Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai di antara graduan yang masih mempunyai masalah dalam menghasilkan cover letter yang baik.
Menurut seorang individu yang berkongsi pengalaman dalam menerima kiriman email anak muda yang memohon pekerjaan, terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan mereka setiap kali menghantar cover letter.
Lebih-lebih kerana penggunaan Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa utama untuk permohonan kerja.
Kalau nak dapatkan kerja tu kenalah bagi first impression yang baik kan. Takkan pula nak guna bahasa Inggeris yang tunggang langgang.
Namun begitu, tidak semua pemohon gagal dalam memberikan contoh-contoh cover letter terbaik. Jom kita lihat perkongsian yang dilakukan oleh Ir Meor Shamshir untuk dijadikan panduan buat anda yang ingin memohon pekerjaan.
SOFT SKILLS
Pagi ni saya ambil masa untuk semak beberapa email permohonan kerja dan tempat latihan.
Email-email ini saya rasa secara sengaja dihantar untuk saya semak agaknya. Sebab saya tak buat apa-apa job opening pun.
Overall, persembahan susunatur ayat-ayat dalam email ada kemajuan daripada email-email yang saya terima sebelum ini. Menepati ciri-ciri ‘mini skirt’. Long enough to cover the subject and short enough to raise interest.
Email lengkap bersubjek, ada ayat pembukaan, huraian ringkas berkenaan matlamat menghantar email dan kata penutup penuh hormat.
Perkara terpenting dalam menghantar email untuk apa-apa tujuan sekalipun adalah bagaimana anda membuat orang yang membaca email itu merasa.
Orang akan lupa apa yang anda katakan, orang akan lupa apa yang anda lakukan, tetapi orang tidak akan lupa apa yang mereka rasakan.
Penggunaan bahasa Inggeris pula, tidak mencapai standard keInggerissan yang baik. Persembahan email dengan gaya bahasa broken English dalam email sebegini adalah seperti memakai mini skirt tetapi kainnya jarang. Nampak kemaluan.
Dik, sebelum hantar email dalam bahasa Inggeris, minta kawan-kawan yang terror English semak dulu. Kasi cukup rasanya.
Sekian.
1. Budak Australia. English ok as expected. Loud and clear.
2. It’s about there…. sikittt lagi.
3. Good composition. Minor grammatical errors. Dosa kecil. Tapi kalau dia compose email yang panjang boleh jadi dosa besar.
4. Keeping it simple. Nice. No sins but not attractive.
5. Typical English Malay. A lot to be improved. But I think if this particular applicant wrote in Malay, it’s better.
6. Hentam saja. Good effort. But not there yet.
7. Trying to be a friend. I am not a friend. I am the boss.
Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menghasilkan cover letter terbaik.
Sumber: blog.maukerja.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peminat kumpulan pop lelaki popular, One Direction telah sekian lama berharap agar kelima-lima ahli itu bersatu kembali sejak salah seorang ahlinya, Zayn Malik meninggalkan kumpulan itu pada Mac 2015 untuk mengejar karier sebagai penyanyi solo.
Untuk tempoh hampir sembilan tahun, kelibat ahli-ahli One Direction meluangkan masa bersama pernah beberapa kali dilihat oleh khalayak. Begitupun, ia hanya melibatkan dua atau tiga orang ahli sahaja. Selebihnya, masing-masing sibuk meneruskan kehidupan peribadi dan profesional sendiri justeru meninggalkan rasa rindu yang mendalam di kalangan ‘Directioners’.
Harapan untuk melihat mereka berlima bersatu semula punah apabila ahlinya, Liam Payne maut setelah terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina baru-baru ini.
Usai pemergian tersebut dan segala siasatan forensik dijalankan terhadap Payne, akhirnya hari yang muram tiba juga bagi upacara pengebumian penyanyi berusia 31 tahun itu, awal pagi tadi.
Zayn Malik, Harry Styles, Louis Tomlinson mdan Niall Horan dilihat tiba dengan kenderaan hitam dalam persalinan juga serba hitam secara berasingan bagi memberi penghormatan terakhir mereka terhadap Payne.
Ia adalah momen terdekat yang didambakan peminat selama ini untuk melihat One Direction bersatu semula.
Styles merupakan ahli pertama yang tiba di Amersham yang terletak di Barat Laut London bagi upacara tersebut di mana pelantun As It Was itu sempat memalingkan kepada ke arah orang ramai dan media sebelum menyertai jemputan lain di dalam gereja. Beliau juga merupakan ahli terakhir yang dilihat meninggalkan upacara pagi tadi untuk menaiki kenderaan bersama pengacara televisyen popuar, James Corden.
Harry Styles
Malik dan Tomlinson pula dilihat tiba pada masa lebih kurang sama namun menaiki kenderaan berbeza; disusuli Niall Horan.
Turut serta ialah Simon Cowell yang dilihat tidak dapat mengawal air matanya dan teman wanita Payne, Kate Cassidy.
Terdahulu, REMAJA melaporkan hasil ujian forensik yang dijalankan ke atas Payne mendapati mendiang mempunyai kandungan berbahaya alkohol, komain dan pil antidepressant.