Telahan orang ramai bahawa peserta ke-12 Big Stage 2022 berkontroversi adalah tepat sekali dengan pemilihan personaliti media sosial, Ahmad Iqbal Zulkefli atau Iqbal.
Pendedahan tersebut yang dilakukan pada konsert pertama Big Stage malam ini sekaligus menyaksikan Iqbal bakal memberikan saingan kepada 11 peserta lain iaitu Aisha Retno, Ajoi Zainal, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofia Mariella, Syafiq Abdilah, Tegar Septian, Tuah Adzmi dan Yazmin Aziz.
Biarpun pemilihan Iqbal ini mungkin dilakukan sebagai strategi untuk meningkatkan rating tayangan Big Stage 2022, tinjauan REMAJA di media sosial mendapati lebih banyak komen negatif dilontarkan ke arah peserta itu berbanding perasaan teruja penonton untuk melihat momen pertemuan Iqbal dengan bekas bos merangkap kekasihnya, Dato Seri Vida yang dilantik sebagai Presiden Netizen.
Untuk pengetahuan korang, perjalanan Iqbal sebagai seorang penyanyi bermula dari single pertamanya berjudul Hujan selepas episod putus cinta bersama Vida.
Ads
Single ciptaan Zai Hamzah manakala liriknya oleh Iqbal, Achoi Floor88 dan Eric Fauzi ini telah menjadi ‘tiket’ kelayakan Iqbal untuk menyertai Big Stage 2022 memandangkan video muzik lagu itu berjaya mencatatkan 2.1 juta tontonan sejak diluncurkan tiga bulan lalu.
Biarpun tular, penonton tetap sukar untuk menerima penyertaan Iqbal ini. Tidak kurang juga yang ‘menggertak’ enggan lagi menonton episod Big Stage 2022 seterusnya selagi Iqbal menyertainya.
REMAJA turut tertarik dengan sesetengah komen wargamaya yang membandingkan betapa mudahnya Iqbal sebagai peserta dengan kepayahan yang perlu diharungi salah seorang peserta Big Stage 2022, Tuah Adzmi.
Ads
Tuah yang juga merupakan pelantun lagu Insan Kau Cinta khabarnya telah melalui pusingan uji bakat Big Stage sebanyak tiga musim berbanding Iqbal yang mudah mendapat peluang pada percubaan pertamanya.
Tuah Adzmi
Sama ada korang setuju dengan penyertaan Iqbal ini atau tidak, juri telah memberikan respon mereka.
Iqbal yang menyampaikan lagu nyanyian asal Broery Marantika, Bila Bulan Bicara telah menerima 5 markah dari Ajai, 25 markah (Datuk Seri Siti Nurhaliza) dan 20 markah (Aliff Aziz).
Ads
Manakala,Vida sebagai Presiden Netizen pula bertindak memuji keberanian Iqbal dan menyatakan nyanyian tidaklah seteruk yang disangka.
Konsert Big Stage 2022 minggu pertama menyaksikan kesemua 11 orang peserta yang melakukan persembahan malam ini mara ke episod minggu hadapan. Manakala, salah seorang pesertanya iaitu Megat Rahim tidak membuat persembahan setelah disahkan positif COVID-19.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambutan tahun baru 2020 tak bermakna tanpa kehadiran persembahan bunga api besar-besaran di seluruh dunia.
Jika di Malaysia ramai yang tertumpu di kawasan utama seperti Dataran Merdeka, KLCC dan Putrajaya, samalah juga di luar negara. Mereka juga mempersembahkan bunga api di lokasi kebiasaan.
Namun mungkin disebabkan kita memasuki dekad baharu dan tahun 2020, banyak bandaraya utama dunia yang memastikan persembahan bunga api mereka perfect!
Jom tonton 5 persembahan bunga api terbaik mengikut pandangan REMAJA.
05
Brazil
VIDEO: Crowds pack Copacabana beach in Rio de Janeiro to celebrate the New Year with a party and fireworks pic.twitter.com/IbIlnltUWz
Setelah lama dinantikan oleh rakyat Malaysia, akhirnya sebuah francais popular dari Amerika Syarikat yang diinspirasikan daripada makanan Mexico dibuka juga di Malaysia.
Taco Bell telahpun dibuka bermula Jumaat lalu dengan kehadiran puluhan pengunjung yang sanggup beratur panjang di luar premis pada satu-satu masa.
Semua itu demi merasai sendiri sama ada hype berkenaan Taco Bell ini ‘kaw’ ataupun hanya indah khabar dari rupa.
Jom lihat menu manakah yang akan kami ‘rate’ dari sedap hingga terbaik untuk korang cuba sendiri.
06
Bell Rice Bowl
Kami faham, lumrahlah untuk orang Malaysia mencari hidangan berasaskan nasi di mana-mana. Jangan risau gaiss jika itu adalah pilihan korang kerana Taco Bell ada menyediakan Bell Rice Bowl. Siap dengan sos sambal, daging, lettuce, kekacang dan chips. Semuanya dalam satu hidangan saja.
05
Chocodilla
Ini adalah menu appetizer terbaik bagi membangkitkan selera. Dalam balutan tortilla yang dipanggang adalah inti coklat yang kaya dengan rasa.
04
Grilled Stuff Burrito
Secara peribadinya, penulis memang meminati apa-apa jenis menu yang dipanggang dan Grilled Stuft Burrito sememangnya tidak mengecewakan. Roti tortilla membaluti kemas daging pilihan korang dengan sos nacho keju, lettuce dan pico de gallo salsa.
03
Cinnamon Twists
Jangan pelik mengapa kami letakkan cinnamon twist di kedudukan ketiga, lebih tinggi daripada hidangan tortilla. Pencuci mulit rangup ini memang mengundang kami untuk memesan sehingga 3 set! Ia juga adalah pilihan tepat bagi korang makan sepanjang perjalanan pulang ke rumah.
02
Chicken Quesadilla
Peminat ayam tidak perlu khuatir kerana chicken Quasadilla ini akan melengkapi segala craving korang. Padat dengan inti ayam di tengah-tengah lapisan sos keju dan jalapeno berkrim, ia terasa cukup dan sebati dalam setiap kunyahan.
01
Crunchwrap Supreme
Urgh, mungkin inilah salah satu sebab utama Taco Bell amat popular di kalangan peminat makanan Mexico. Ia jam-packed dengan inti seperti daging, keju, lettuce, tomato, sour cream dan tostada shell.
*
Haa terliur kan!
Untuk pengetahuan, kesemua set kombonya didatangkan dengan cip Nachos atau kentang Mexican dan juga minuman ‘free refill’. Paling penting, Taco Bell telah disahkan Halal.
Bagi korang yang ingin mencuba sendiri keenakan Taco Bell, cawangan pertamanya di Cyberjaya ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 11 malam.
Restoran dua tingkat ini bukan sekadar menyajikan menu menarik, tetapi ia juga mempunyai dekorasi dalaman yang lain daripada yang lain seperti siling berwarna pelangi, mural dinding oleh artis Wilson Ng dan indoor sunroom yang wajib dijadikan sudut OOTD pengunjungnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika korang tergolong di kalangan mereka yang sedang berusaha mengurangkan berat badan, mungkin boleh ambil rujukan daripda selebriti popular ini.
Ketika memilih untuk berdiet, korang sebenarnya harus makan lebih kerap namun dalam kuantiti yang sedikit. Kekerapan ini bagi membolehkan perut sentiasa kenyang dan korang juga tidak perlu menahan lapar seperti 10 selebriti ini. Mereka mempunyai cara tersendiri untuk menjamu selera ‘tanpa rasa bersalah’ untuk mengekalkan badan yang kurus.
1. Hilary Duff
Foto Via deviantart.com/devilfish89/art/Hilary-Duff-2022-
Hilary Duff sentiasa mengekalkan kesihatan tubuh badan dengan menjaga pengambilan makanan. Tetapi itu tidak bermakna ibu kepada dua orang anak ini tidak gemar makan kudapan. Snek untuk diet yang sering dia makan ialah buah tembikai dengan taburan serbuk cili dan limau nipis.
2. Selena Gomez
Foto Via www.fitnesstipblog.com/
Untuk snek yang sihat, Selena Gomez lebih suka sesuatu yang ringkas. Selalunya bila rasa lapar, pelanton lagu “Love You like a Love Song” ini akan makan jeruk. Ada kalanya penyanyi berusia 29 tahun itu turut menjamah Cheetos dan coklat.
3. Jessica Alba
Foto Via gettotext.com
Bintang siri ‘Dark Angel’ ini gemar mengambil timun, brokoli dan lobak merah yang dicelup dalam hummus. Dia juga suka makan popcorn ketika lapar.
4. Jennifer Aniston
Foto Via www.healthline.com(AngelaWeiss/AFP/Getty Images)
Jennifer Aniston popular dengan diet makanan yang kaya dengan nutrien. Salah satu perkara yang membuatkan dia awet muda dan sentiasa langsing adalah snek ringan yang sihat. Makanan ringan untuk diet yang digemari bintang ‘Friends’ ialah telur rebus, anggur sejuk beku dan ayam cincang.
5. Emma Stone
Foto Via Variety
Snek kegemaran Emma Stone ialah kentang goreng Perancis. Walaupun bukan pilihan yang sihat, tetapi bintang filem ‘La La Land’ itu mengimbanginya dengan memakan lebih banyak sayur-sayuran.
6. Carrie Underwood
Carrie Underwood sentiasa menyimpan snek makanan ringan di dalam beg untuk dimakan di mana-mana sahaja. Kerana apabila gula dalam darahnya rendah, dia sukar untuk berfikir. Snek istimewa penyanyi country itu ialah mufin dengan mentega kacang, popcorn, salad dan bijirin.
7. Emilia Clarke
Bintang ‘Game of Thrones’ mengambil makanan berprotein tinggi untuk mengekalkan berat badan yang ideal. Makanan ringan kegemarannya ialah ayam atau udang dengan sayur-sayuran yang dicampur dengan badam dan avocado.
8. Jennifer Lopez
Foto Via marieclaire.com
Jennifer Lopez sentiasa membawa buah-buahan dan sayur-sayuran untuk dimakan apabila dia berasa lapar di antara waktu makan.
9. Beyonce Knowles
Makanan ringan untuk diet pilihan Beyonce Knowles ialah sayur-sayuran dan makanan rendah karbohidrat. Sesekali dia juga menjamah popcorn.
10. Kourtney Kardashian
Kourtney Kardashian hanya makan makanan organik dan bebas gluten, termasuk makanan ringan. Untuk mengatasi rasa lapar di antara waktu makan, dia memilih snek berprotein tinggi seperti telur rebus dan keju. Dia juga gemar meminum smoothie hijau yang terdiri daripada campuran sayur-sayuran berdaun hijau, susu badam, pisang beku, setengah keping badam, avokado, biji chia dan serbuk kolagen.
Sedapkan semua ini? Selamat Menjamu Selera!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!