Terbaru, pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan mencuri perhatian apabila menerima menantu selepas anak sulungnya, Ammar Effendy Azuar Effendy selamat bergelar suami kepada pilihan hati, Auni Ikhwan dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung pada 26 Jun lalu.
Menerusi beberapa perkongsian yang tular di media sosial, Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta dilihat hadir memeriahkan majlis tersebut yang menjadi tumpuan keluarga serta kenalan rapat kedua-dua mempelai, sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi positif dan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.
Difahamkan, majlis akad nikah pasangan itu berlangsung dalam suasana tertutup di GlamHall Damansara dengan disempurnakan oleh wali pengantin perempuan iaitu bapa kepada Auni, Ikhwan Hashim, dengan hanya sekali lafaz sekitar jam 8.41 malam.
Upacara berkenaan turut disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah merangkap Imam Masjid Damansara Perdana, Abdus Salam Mahmud, yang mengesahkan kesempurnaan akad dalam suasana penuh tertib dan lancar.
Ads
Dalam pada itu, mengambil keberkatan 10 Muharram, majlis yang bertemakan ‘Garden Wedding’ itu dihadiri lebih 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga serta sahabat terdekat kedua-dua belah pihak, menjadikan suasana lebih eksklusif dan harmoni.
Dalam majlis sama, Ammar menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 selain turut menyediakan hantaran berupa jongkong emas sebagai simbolik ikatan perkahwinan, manakala kedua-dua pasangan turut berbalas tujuh dulang hantaran.
Ads
Pada acara membatalkan air sembahyang pula, turut mencuri perhatian apabila cincin berlian seberat 1.8 karat disarungkan sebagai tanda ikatan rasmi pasangan berkenaan, sementara Che Ta kelihatan sebak ketika melepaskan anak sulungnya memulakan fasa baharu kehidupan.
“Tetaplah bersama walau dalam keadaan tidak sempurna. Semoga Ammar menjadi suami yang melindungi dan bukan bersikap ‘bossy’. Buat Auni, jadilah isteri yang sentiasa mendampingi,” kata Che Ta dalam sebuah ucapan yang penuh emosi.
Beliau turut menambah bahawa kebahagiaan rumah tangga bukan terletak pada kehidupan tanpa ujian, sebaliknya bagaimana pasangan itu kekal bersama dalam setiap dugaan, selain menegaskan bahawa perkahwinan memerlukan kesabaran, toleransi dan komitmen berpanjangan.
Sementara itu, majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya sebagai pengerusi majlis serta bacaan doa oleh Pencetus Ummah (PU) Amin, selain pasangan ini dijadualkan diraikan dalam majlis bertemakan ‘Black Tie’ di Shah Alam sebelum majlis bertandang pada awal Julai ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
MTV Video Music Awards (MTVVMA)sememangnya merupakan salah satu majlis anugerah berprestij yang sering dinanti-nantikan peminat dunia hiburan.
MTV VMA Awards 2021 tahun ini diadakan di Brooklyn, New York. Dihoskan oleh Doja Cat, acara itu menampilkan persambahan dari pemenang anugerah Video Of The Year, Lil Nas X, Normani, Kacey Mucgraves, dan banyak lagi.
Untuk rekod, Justin Bieber telah memenangi dua anugerah untuk Artist of The Year dan Best Pop. Manakala Olivio Rodrigo memenangi tiga anugerah bagi kategori Best New Artist, Push Performance of The Year, dan Song of The Year (Driver License).
Bukan sahaja anugerah ini menghimpunkan ramai selebriti di satu tempat malah ia juga penuh dengan drama fesyen pelik yang membuatkan orang ramai khususnya para peminat ternanti-nanti. Berikut kami tampilkan beberapa gaya selebriti yang mencuri perhatian di karpet merah acara ini.
Lil Nas X
Bella Poarch
Charlie XCX
Kim Petras
Doja Cat
Tinashe
Billie Eilish
Chloe
Dee Devlin dan Conor McGregor
Avril Lavigne & Mod Sun
Megan Fox & Machine Gun Kelly
Jadi fesyen selebriti manakah yang menjadi pilihan anda?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi muda, Sharifah Aishah Retno atau lebih dikenali sebagai Aisha Retno tidak perlu disangkal lagi mempunyai bakat dan vokal yang mantap. Terbaru, Aisha Retno selangkah kehadapan apabila memenangi tempat kedua Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38).
Aishah Retno tampil dengan persembahan memukau dan mengejutkan penonton apabila ‘terbang’ setinggi 30 kaki di tengah gelanggang Axiata Arena sebelum mengakhiri lagu Sutera di pertandingan berprestaj tersebut.
Pernah mengakui terpaksa melalui pelbagai onak dan duri demi mencipta namanya.
Walaupun empat tahun dilihat seperti tempoh yang singkat, namun ia bukanlah suatu perjalanan mudah buat wanita berusia 23 tahun itu. Mengenang kembali momen dirinya baru bertatih dalam industri ini, Aisha yang mula dikenali selepas program realiti televisyen, Big Stage 2022 tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi tentang perjalanan kariernya.
Dia mengakui, banyak onak liku yang perlu ditempuhinya sebelum berjaya melakar nama di pentas antarabangsa.
Rahsia Kecantikan Kulit
Berkongsi rahsia penjagaan kulit wajahnya, gadis kacukan Malaysia-Indonesia ini memberi tahu dia mempraktikkan pemakaian makeup remover walaupun tidak bersolek! Katanya, walaupun kita hanya berada di rumah terutamanya ini, masih ada kotoran yang mungkin menutup liang pori pada wajah kita.
Bagi mengelakkan kulit berjerawat pula, Aisha mengamalkan rutin penjagaan wajah seperti biasa iaitu dengan memastikan kulit sentiasa dibersihkan selepas mengenakan solekan. Malah, seboleh-bolehnya tidak akan menyentuh kulit muka dengan tangan. Jika masalah kulit berlaku, akan minum banyak air dan tidak mengambil pengambilan makanan berminyak.
Petua Dari Ibu!
Aisha juga kongsikan rutinnya pada setiap pagi. Biasanya, dia akan mengurut muka terutamanya pada bahagian rahang pipi dengan menolak ke atas untuk menegangkan kulit wajah secara semualajadi. Yang ini merupakan petua dari ibu Aisha sendiri tau!
Untuk info, Ibunya, Jean Retno Aryani yang berasal dari Indonesia merupakan bekas penyanyi era 1980-an.
So lepas ni, korang bolehlah cuba tip yang dikongsikan oleh Aisha Retno.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Aktres dan usahawan terkenal, Nur Fazura, memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang halangan terhadap impian dan cita-cita anak perempuannya, Nur Fatima Aisya Abdul Fattah.
Katanya kepada Remaja, walaupun Fatima bercita-cita untuk menjadi seorang ahli perniagaan, dia juga menunjukkan minat dalam bidang seni.
“Saya tiada halangan untuk anak perempuan saya. Macam Fatima, dia memang nak jadi ahli perniagaan tapi bila di rumah pun dia hafal semua lagu saya.
“Selain itu, dia juga minat berlakon kerana suka bercakap di depan cermin. Jadi tiada halangan untuk Fatima pada masa akan datang untuk dia jadi apa,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon filem popular Gol Dan Gincu itu turut menekankan bahawa yang penting baginya adalah kebahagiaan dan usaha yang ditunjukkan oleh puteri tercintanya, sama ada untuk menjadi usahawan mahupun anak seni pada masa depan.
Selain, dia juga berharap agar Fatima dapat terus bekerja keras untuk mencapai cita-citanya.
“Bagi saya, yang penting dia gembira dan bekerja keras untuk menjadi usahawan mahupun anak seni yang berjaga kelak. Insyaallah,” tambahnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Fazura turut berkongsi pandangannya mengenai pilihan watak yang lebih selektif dalam kerjaya lakonannya.
Ujarnya, sebelum ini pelakon filem Pisau Cukur itu sering mengharapkan watak-watak yang memberi kesan positif, seperti wanita yang berdaya, namun yang ditawarkan kebanyakannya adalah watak penyondol.
“Saya kini lebih memilih dari segi watak kerana sebelum ini pun saya mengharapkan watak women empowerment, tetapi yang ditawarkan adalah watak penyondol dan sebagainya.
“Bagaimanapun saya bersyukurlah apa yang sudah terjadi, tetapi selepas ini saya akan lebih selektif dari segi watak dan jalan cerita untuk setiap karya yang ditawarkan,” kongsinya.
Fazura juga berharap agar industri seni tempatan dapat menghasilkan lebih banyak karya yang memberikan inspirasi dan berkualiti.
“Kerana sekarang ini terlalu banyak cerita penyondol dan saya harap industri kita dapat menghasilkan naskhah yang lebih baik dan lebih inspirasi,” tuturnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
K.O.I mencipta kejutan gemilang apabila lagu Tiwikarma dinobatkan sebagai juara AJL 40, sekali gus membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM100,000.