Pembatalan konsert One Love Music Festival yang sepatutnya berlangsung pada hari Sabtu lalu masih menjadi bualan netizen di media sosial.
Dek pembatalan yang dimaklumkan hanya sehari sebelum acara berlangsung, rata-rata para penghibur yang dijadualkan muncul untuk slot persembahan di konsert berkenaan telahpun tiba di Kuala Lumpur bagi sesi latihan dan acara sebenar.
Menerusi hantaran di Instagram Story, para penghibur dari Indonesia dan Malaysia meluahkan kekecewaan mereka terhadap pembatalan pada saat-saat akhir itu.
53 Universe
Kumpulan yang semakin meningkat naik, 53 Universe (bersama Zynakal) difahamkan telahpun melakukan sesi soundcheck Jumaat lepas di atas pentas.
“Semua persediaan, lelah dan masa yang terkorban. Ini adalah mengecewakan. Yang paling sedih adalah kepada peminat yang sudah membeli tiket, yang sudah menempah hotel, sudah sampai Kuala Lumpur dari jauh. Ini adalah ujian sebenar, saya kasihankan korang semua. Harap korang dapat bersabar, okay?” ujar mereka.
53 Universe.
Insomniacks
Band trio, Insomniacks yang sudah berpengalaman menyertai festival muzik sebegini juga kecewa apabila peminat terlepas peluang untuk menonton persembahan duet mereka bersama Nabila Taqiyyah.
“Kami amat teruja untuk melakukan persembahan untuk anda tetapi hanya boleh berharap agar anda semua selamat dan okay. Terima kasih atas sokongan anda terhadap kami dan artis-artis Malaysia serta Indonesia lain yang terlibat,” kata Insomniacks.
Ads
Insomniacks.
Feby Putri
Penyanyi solo Indonesia, Feby Putri berkongsi dirinya sudahpun berada di Kuala Lumpur bersama entourage beliau yang cukup ramai. Selepas dimaklumkan mengenai pembatalan konsert One Love Music Festival, Feby sempat memuat naik pasukannya ‘tersidai’ di dalam bilik hotel sambil memikirkan situasi berkenaan.
“Terima kasih kepada teman-teman Malaysia. Maaf belum bisa bertemu. Semoga kita bertemu lagi.
“Kami dan team sudah sampai di Malaysia namun ada satu hal yang tidak dipenuhi oleh penganjur kepada kami dan akhirnya, penganjur memberikan kenyataan terakhir yang sudah dipersetujui bahawa acaranya batal,” catatnya.
Terdahulu, Feby telah menjayakan konsert keduanya di Malaysia berjudul Feby Putri Vol 2 Detik Minit Jam, Julai lalu.
Feby Putri.
Ads
Nadin Amizah
Manakala, peminat penyanyi ‘galau’ Indonesia, Nadin Amizah yang sudah lama menantikan kehadirannya di Malaysia turut berduka cita dengan pembatalan ini.
Nadin, 24 bagaimanapun bersikap positif terhadap situasi berkenaan dan enggan menyalahkan mana-mana pihak sepenuhnya.
“Setiap kali ada pembatalan acara sebegini sebenarnya kasihan kepada semua pihak.
“Kasihan penganjur acara kerana pasti banyak hal besar yang tidak dijangka yang tidak mampu diselesaikan.
“Kasihan penghibur acara dan pasukan masing-masing kerana kami juga ada yang belum dibayar dan jadinya membazir masa dan tenaga. Tapi yang palih kasihan dan menjadi mangsa korban tentunya penonton yang telah membeli tiket, tempat penginapan dan pengangkutan untuk datang ke acara,” katanya.
Nadin Amizah.
Ads
Nadhif Basalamah
Berbeza dengan penghibur One Love Music Festival lain, artis Indonesia Nadhif Basalamah mengambil pendekatan untuk memuat naik kenyataan rasminya di bahagian feed Instagram.
Dengan nada sedikit kecewa, penyanyi berusia 24 tahun itu menjelaskan bahawa sehingga ke hari Jumaat lalu, pihaknya belum menerima info terbaru mengenai tempat tinggal ataupun tiket penerbangan yang terlebih dahulu sepatutnya disediakan oleh pihak penganjur.
“Kami telah banyak memberikan kerjasama dan terus berkomunikasi dengan pihak penganjur untuk membolehkan penampilan kami menjadi kenyataan. Namun hingga saat ini, tidak ada solusi yang memungkinkan hal tersebut terjadi,” jelasnya.
Nadhif Basalamah.
Menerusi hantaran makluman mengenai pembatalan konsert ini di TikTok REMAJA, rata-rata peminat mengharapkan agar proses pemulangan dana tiket konsert dilakukan segera oleh pihak penganjur, Tuff KL.
Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama pembatalan acara konsert di Malaysia yang melibatkan artis antarabangsa terjadi. Julai lalu, industri hiburan dikejutkan dengan pembatalan acara Good Vibes Festival yang sepatutnya berlangsung di Genting Highlands bagi mengormati pertabalan Yang di-Pertuan Agong.
Siapa tak kenal dengan jenama telekung premium, Siti khadijah? Kebanyakan Muslimah di Malaysia dan negara serantau mengidam-ngidamkan telekung daripada jenama tersebut kerana fabriknya yang diakui lembut, sejuk dan selesa untuk dibawa beribadah.
Namun, satu perkongsian Twitter telah menarik perhatian REMAJA baru-baru ini. Kongsi pemilik akaun yang wajar kami sembunyikan identitinya ini, dia telah membeli telekung hitam dengan perincian lace daripada jenama tersebut.
Namun selepas memakai dan membasuhnya untuk beberapa kali, dia mendapati kain serta warna telekung tersebut tak tahan lama malah luntur.
Melalui thread yang berantai, seorang remaja pula berkongsi mengenai kesilapan yang sering kita lakukan semasa membasuh telekung. “Tak kiralah telekung jenama premium atau tak, berwarna putih, hitam dan sebagainya. Cara basuhan telekung ni sama je seperti nak membasuh tudung favourite korang.”
Ini adalah antara kesilapan yang sudah ‘terbiasa’ kita lakukan. Opps, jangan salahkan jenama itu ini lagi selepas ni okay.
Siti Khadijah Original Pre Order. RM599
Siti Khadijah Blackout Kekwa Swarovski. RM329
01
Masukkan terus ke dalam mesin basuh
Sebaiknya, rendamkan dahulu kain telekung ke dalam baldi berisi air dan sedikit pencuci (sama ada serbuk ataupun cecair) untuk semalaman.
Dengan cara ini, mudah untuk kita menggosok apa-apa kesan kotoran yang terlekat padanya, terutama di bahagian ‘kritikal’ seperti lace.
02
Campurkan telekung air & bahan pencuci
Iya, kita nak cepat. Tapi bahan pencuci perlulah larut di dalam air dahulu untuk mengelakkan telekung bercapuk. Itulah yang kita selalu lihat pada kain telekung berwarna gelap.
Semasa menuang pelembut atau pewangi fabrik pula, jangan gunakan kuantiti yang terlalu banyak. Takut tekstur telekung menjadi terlalu lembik pula.
Siti Khadijah Sulam Naura. RM499
03
Boleh kalau gunakan mesin basuh tetapi..
Dah beli telekung premium tapi malas nak basuh guna tangan pula.. *facepalm*
Sebaiknya telekung bermanik atau dengan perincian lace, kerawang, jalur riber dan sebagainya dibasuh mengunakan tangan agar tiada isu manik tercabut atau warna baju terlekat pada telekung, contohnya.
Namun jika kita ingin juga menggunakan mesin basuh, masukkan kain telekung ke dalam beg khas untuk basuhan mesin. Setidak-tidaknya kain tak mudah rosak.
04
Matahari tengah terik, jemur!
Hhm, korang tahu kan akibat menjemur apa-apa jenis pakaian termasuklah telekung di bawah sinaran yang terlalu terik?
Warna kain akan mudah luntur dan kadangkala bercapuk. Lebih elok jika ia dijemurkan di bawah teduhan.
Jadi apabila korang dah penjagaan telekung yang betul, tak perlulah lagi takut nak beli telekung premium seperti Siti Khadijah. Jaga je dengan elok, mesti boleh pakai untuk jangka masa yang panjang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sahaja tidak kenal dengan figura terkenal, Beyonce? Bekas ahli kumpulan Destiny’s Child itu bukan sahaja dikenali sebagai penyanyi hebat, bahkan dia juga seorang ibu yang hebat kepada tiga orang cahaya mata.
Jumaat lalu, Beyoncé menjemput anak sulungnya, Blue Ivy ke atas pentas semasa perhentian Jelajah Dunia Renaissance di Paris.
Semasa bintang pop itu menyanyikan lagu “My Power” dan “Black Parade” dari album Renaissance, anak perempuannya yang berusia 11 tahun turut serta menari bersama dengan penari lain di atas pentas.
Penyanyi legenda itu juga memuatnaik gambar penampilan mengejut anak perempuannya di laman Instagram sebagai tanda penghargaan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Musim perayaan pada akhir tahun ini lebih terasa kemeriahannya apabila rata-rata pusat membeli-belah di seluruh negara sedang giat mempersembahkan dekorasi krismas mereka.
Pengunjung terutamanya di kalangan remaja tak melepaskan peluang untuk menyimpan kenangan foto OOTD di dekorasi yang disediakan mereka. Shopping mall yang mana satu menjadi pilihan REMAJA? Jom lihat.
01
CURVE, MUTIARA DAMANSARA
Pastinya ramai akan menyukai Curve pada musim Krismas tahun ini kerana mereka membawakan karakter tercomel iaitu teddy bear. Dengan tema A Beary Merry Christmas, sebuah rumah anak patung memenuhi ruang utama Curve. Korang boleh mengambil foto bersama permainan, karakter teddy bear dan replika kereta santa.
Selain setting yang comel, Curve juga menyediakan persembahan muzikal Merry Beary Musical Christmas featuring karakter beruang bersaiz sebenar menari bersama keseluruhan kru. Ia akan dipersembahkan pada hujung minggu dan hari cuti umum, setiap jam 2 petang dan 5 petang.
.
.
.
02
IOI CITY MALL PUTRAJAYA
Ini khas untuk korang yang suka sangat dengan filter glitter di Instagram & Snapchat. Why not korang terus gunakan props yang IOI Putrajaya ini sebagai sebahagian daripada foto OOTD. Dengan tema Sparkle, Shimmer & Shine, ia mempunyai 'istana' kecil di bahagian tengah siap dengan gelongsor untuk kanak-kanak lagi.
Bagi yang menggemari format foto portrait atau yang mempunyai efek bokeh, gunakan bola krismas bergermelapan di laluan tepi untuk efek gambar menarik.
Pada malam sambutan 1 Januari pula, IOI Putrajaya akan menyediakan persembahan bunga api di bahagian luar
.
.
.
03
PARADIGM MALL
Peminat We Bare Bears, this is for you!
Paradigm Mall yang terletak di Petaling Jaya kini sedang melancarkan kempen jumlah We Bare Bears paling banyak di pokok krismas. Pada ketinggian 8.3 meter, pokok tersebut mempunyai sejumlah 1,202 patung kecil We Bare Bears seperti Grizzly, Panda dan Ice Bear.
Bukan saja cantik untuk pengunjung mengambil OOTD bersama, malah mereka turut mencatatkan Malaysia Book of Records.
.
.
.
04
PARADIGM JOHOR BAHRU
Rumah terbalik penulis tahu, tetapi pokok Krismas terbalik? Itu memang rare.
Walaupun shopping mall ini boleh dikira sebagai antara yang terbaru di Johor, ia juga tak mahu terlepas daripada mencipta rekod di dalam Malaysia Book of Record menerusi pokok Krismas yang tertanggung daripada siling daripada formasi terbalik. Pada bahagian lantai pula dipenuhi dengan hiasan karakter We Bare Bears daripada saluran Cartoon Network.
.
.
.
05
PAVILION KUALA LUMPUR
Centre Court popular di Pavilion ini sekali lagi tak mengecewakan apabila ia bertukar wajah menjadi spot OOTD terbaik peminat filem Star Wars.
Dengan kolaborasi daripada Disney, OOTD korang boleh kelihatan seperti di dalam pertarungan intergalactic dengan Millennium Falcon sebagai props di belakang.
.
.
.
06
1 UTAMA
Tak ada bajet nak rasai perayaan Krismas di luar negara?
Tak apa, korang boleh rasainya di 1 Utama. Dengan tema Whimsical Woodlands, 1 Utama meneruskan tradisi 'all out' pada perayaan Krismas dengan props mega berupa pokok krismas di centre court utamanya. Nampaklah macam di hutan Skandinavia gitu..
.
.
Jadi, mana satu yang paling best?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!