Musim peringkat separuh akhir Muzik-Muzik kembali! Setelah 2 minggu bersiaran, semalam tiba giliran sebuah lagi lagu dinobatkan sebagai Lagu Terbaik mingguan.
Dan ia jatuh kepada Sumpah nyanyian Naim Daniel!
Ternyata bukan mudah untuk Sumpah menerima penghargaan tersebut memandangkan persaingan 11 buah lagu semalam adalah amat sengit. Lihat je lah pada senarai yang bertanding: Ku Bersuara (Ernie Zakri), Lembah Kesepian (Haqiem Rusli), Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip), Rampah (Akim & The Majistreet) dan Anta Permana (Dato’ Sri Siti Nurhaliza), antaranya.
Ads
Malah Naim sendiri terharu dengan penghargaan tersebut. Menurutnya di sebuah appreciation post sebentar tadi, Naim berterima kasih kerana memberi peluang kepada lagu tersebut sampai ke tahap ini.
Ads
“Terima kasih kepada team muzik-muzik dan produksi kerana sudi melayan kerenah budak mengada ini.
Kredit: KakiFoto
“Sebagai pendatang baru dalam dunia seni penulisan lirik dan kompisisi, saya akan mencuba sedaya upaya lebih baik pada masa akan datang untuk terus berkarya. Untuk mendapat penghormatan sebegitu malam semalam ada sesuatu yang amat saya hargai sentiasa.
Ads
“Kesayangan saya Naimians (kelab peminat) dan ahli keluarga yang tak berhenti memberi sokongan, yang sudi sing along, sorak macam show semalam adalah show kita saja, anda semua memang alien. Tenaga luar biasa dan itu membuatkan saya lebih beremosi di pentas.
“Dan juga kepada abang Omar K yang membantu saya siang malam menyiapkan lagu ini, memang Naim takkan lupa,” katanya yang turut mengucapkan penghargaannya kepada beberapa lagi orang penting di sebalik persembahan Sumpah tersebut.
*
Nyata, penonton juga bersetuju dengan keputusan semalam. Bak kata salah seorang daripada mereka, “Dah macam final AJL lagu-lagu semalam)”.
“Kami doakan Naim sampai ke AJL34”@naimians
“Sumpah is a tearjerker, you deserve it Naim.”@yantisuhaimi
“Kekuatan Sumpah terletak pada melodi dan penghayatan.”@adinaladin2012
Umum mengetahui betapa komited dan profesionalnya pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Hannah Delisha.
Sejak membawa diri sebagai artis solo pada tahun 2015 dengan single berjudul Anugerah, Hannah dilihat sentiasa bebas daripada sebarang gosip yang mampu meranapkan kerjaya seninya.
Ramai berpendapat ia adalah hasil tunjuk ajar ibunya sendiri, Noor Ashikin Ahmad yang juga pernah bergelar seorang penyanyi sekitar era 1980-an.
*
Kini setelah Hannah bergelar isteri kepada pelakon Singapura, Imam Shah, timbul pula beberapa cerita yang sedikit mengejutkan peminat Hannah berkenaan selebriti kegemaran mereka itu dan ia berkenaan perihal peribadinya.
Jujurnya, REMAJA berpendapat ia adalah hak Hannah, Imam dan kenalan rapat mereka termasuk ahli keluarga untuk menyembunyikan sebarang hal peribadi mereka daripada pengetahuan dan tatapan umum.
Tak semua perkara perlu dicanang kepada satu dunia.
Bagaimanapun, apabila empunya badan bergelar selebriti terkenal, keinginan orang ramai untuk mengetahui serba-serbi mengenai dirinya itu sudah menjadi asam garam kehidupan.
Setelah satu demi satu pendedahan berkenaan hubungan Hannah dengan ibunya serta berkenaan tarikh perkahwinan sebenar Hannah dan Imam tersebar semalam, pelakon Tercipta Satu Ikatan ini mengambil keputusan memuat naik satu hantaran Instagram Story bagi meredakan keadaan.
“Assalamualaikum, saya memohon maaf di atas perhatian yang tidak dikehendaki terhadap saya pada waktu ini. Ya, seperti kamu semua, saya juga mempunyai masalah peribadi saya. Saya terkilan apabila (masalah ini) kini tersebar kepada pengetahuan umum.
“Ketika saya mula-mula menyertai industri, niat saya hanyalah untuk menghiburkan kamu menerusi kerja dan bukannya menerusi kehidupan peribadi saya.
“Saya sebaik mungkin cuba menghindarkan diri daripada gosip dan saya hanya ingin mengharumkan negara saya.”
“Sekali lagi, saya memohon maaf di atas berita yang tidak menyenangkan berkenaan saya dan keluarga. Apa yang saya pinta adalah doa kalian dan sedikit privasi pada saat yang mencabar ini,” catat Hannah.
Pelakon berbakat besar, Ruhainies tampil memohon maaf dan mengakui khilaf susulan dirinya dikecam warganet selepas mengenakan pakaian yang didakwa mencolok mata, ketika menghadiri sebuah majlis di ibu kota, baru-baru ini.
Menurut Ruhainies, dirinya baru sedar pakaian tersebut didapati mencolok mata ketika dia ingin bergegas ke majlis berkenaan.
“Terlebih dahulu saya memgakui ia kesalahan saya. Pada hari berkenaan, saya terlewat untuk menghadiri majlis tersebut. Jadi, saya tidak cuba dahulu baju itu sebelum saya hadiri majlis berkenaan.
“Ia kerana baju itu adalah baju baharu. Jadi, stylist (penata gaya) saya yang tolong belikan. Saya tidak cubalah, selepas saya nak bersiap untuk ke majlis tersebut dan pakai-pakai…
“Oooo, I can see yang tidak sepatutnya. Jadi selepas itu, saya menukar pakaian selepas majlis berkenaan. Sorry…” katanya kepada Remaja.
Terdahulu, pelakon drama Sayang Tak Dikenang itu dikecam teruk selepas tular sebuah video yang dikongsi oleh rakan selebriti memaparkan bahagian dada aktres tersebut terdedah dan terlampau seksi ketika menghadiri sebuah majlis di ibu negara.
Rentetan daripada itu, ramai yang berpendapat pelakon itu tidak sengaja mencetuskan kontroversi menerusi busana mencolok mata tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pejam celik pejam celik sudah sampai bulan 7 kita di tahun 2022 ini. Bulan ini ada 6 lagi drama K-drama terbaharu yang bakal ditayangkan. Antara yang menjadi pilihan adalah drama lakonan Kim Hee-sun dalam “Remarriage & Desires” yang akan ditayangkan di saluran Netflix.
Selain itu, banyak lagi drama menarik yang bakal mencuri hati penonton dan berikut adalah senarai kdrama terbaharu bulan Julai 2022.
1. REMARRIAGE AND DESIRES
Pelakon utama: Kim Hee-sun, Lee Hyun-wook
Tarikh tayangan: 15 Julai
Platform: Netflix
“Remarriage & Desires” ialah sebuah drama satira realistik mengenai individu yang berimpian untuk mengubah hidup dengan mengahwini pasangan kaya dan mengekalkan status kewangan ataupun menaiki tangga kelas sosial. Menerusi drama ini, penonton akan didedahkan dengan masyarakat yang materialistik selain kisah perkahwinan komoditi.
2. ADAMAS
Pelakon utama: Ji Sung, Lee Soo-kyung, Seo Ji-hye
Tarikh tayangan: 27 Julai
Platform: tvN
“Adamas” merupakan karya yang menggambarkan kisah seorang penjejak kebenaran yang bersaudara kembar, di mana mereka akan membongkar kebenaran daripada kejadian 22 tahun lalu. Mereka akan melawan kejahatan untuk membersihkan tuduhan pembunuhan bapa kandung mereka yang dituduh membunuh bapa tiri mereka.
3. TODAY’S WEBTOON
Pelakon utama: Kim Se-jeong, Nam Yoon-su
Tarikh tayangan: 29 Julai
Platform: SBS, Viu, Viki
“Today’s Webtoon” ialah adaptasi dari drama Jepun “Sleepeeer Hit!” yang mengisahkan tentang seorang atlet judo wanita On Ma-eum (Kim Se-jeong), yang mengalami kesukaran untuk menjadi penyunting webtoon selepas memulakan kerja di sebuah jabatan suntingan webtoon. Ia akan menggambarkan sifat kompetitif bidang di Korea Selatan.
4. BIG MOUTH
Pelakon utama: Lee Jong-suk, Yoon-A
Tarikh tayangan: 29 Julai
Platform: MBC, Disney+
“Big Mouth” ialah drama noir yang membawa kisah seorang peguam kelas ketiga, Park Chang-ho (Lee Jong-suk) yang tanpa sengaja mengendalikan sebuah kes pembunuhan yang membuatkannya berubah menjadi penipu dipanggil ‘Big Mouse’ dalam sekelip mata sahaja. Bagi meneruskan kelangsungan hidup dan menyelamatkan keluarganya, dia perlu membongkarkan konspirasi besar dalam kalangan kelas atasan yang berpengaruh. Yoon-A pula akan membawa watak sebagai Go Mi-ho, seorang jururawat dan isteri kepada Park Chang-ho.
5. THE GOOD DETECTIVE 2
Pelakon utama: Jang Seung-jo, Son Hyun-joo, Ji Seung-hyun
Tarikh tayangan: TBA
Platform: JTBC
Pada musim pertama, drama ini mempertemukan dua detektif berbeza personaliti iaitu Kang Do-chang (Son Hyun-joo) dan Oh Ji-hyeok (Jang Seung-jo) yang sanggup melakukan apa sahaja bagi membongkarkan jenayah dan mencapai keadilan.
6. TO X WHO DOESN’T LOVE ME
Pelakon utama: Han Ji-hyo, Kim Do-young
Tarikh tayangan: 14 Julai
Platform: TVING, Viu, Iqiyi
“To X Who Doesn’t Love Me” akan menceritakan kisah tentang buku nota ajaib yang boleh membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta dengan seseorang selama sebulan. Do-young akan memainkan watak utama Jung Shi-ho, seorang pelajar kolej yang trauma dengan pengalaman pahit semasa zaman persekolahannya. Sebagai rakan lelaki kepada Seo Hee-soo (Han Ji-hyo), Jung Shi-ho adalah satu-satunya yang mengetahui rahsia buku nota ajaibnya, dan dia menjadi bimbang apabila dia cuba menggunakan buku nota itu untuk memulakan percintaan sebulan.
Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...