Pengasas Aplikasi Sugarbook Akhirnya Diberkas Polis

Share

Sejak kebelakangan ini, aplikasi Sugarbook hangat diperkatakan oleh masyarakat kerana ia menjadi platform anak muda mencari ‘jalan senang’ untuk mendapatkan kehidupan mewah. Pada asalnya, aplikasi ini merupakan tempat mencari jodoh namun ia berlaku sebaliknya.

Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat akses masuk ke laman web Sugarbook kerana ia dianggap sebuah platform yang boleh meruntuhkan nilai moral terutamanya buat pelajar di Malaysia.

BACA: Aplikasi Sugarbook Akhirnya Diharamkan Demi Jaga Akhlak Pelajar

Malaysia juga dikatakan menduduki tangga ketiga tertinggi di Asia yang mempunyai bilangan sugar daddy paling ramai melalui aplikasi itu.

Foto: scmp (Gambar hiasan)

BACA: Ketiga Tertinggi Di Asia, Malaysia Sarang ‘Sugar Daddy’

Ekoran daripada situasi ini, polis telah menahan pengasas aplikasi tersebut di sebuah kondominium di Kuala Lumpur. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan menerusi Ops Sugarbook kira-kira jam 4.30 petang oleh anggota JSJ Selangor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam.

Menurut Sinar Harian, siasatan awal supek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook dan kes disiasat di bawah Seksyen 05(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 372(1)(d) Kanun Keseksaan, Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Foto: sea.mashable.com

Terdahulu, PDRM menerima laporan dari sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), berhubung mahasiswa di Lembah Klang didakwa menggunakan aplikasi tidak bermoral ini untuk mencari sugar daddy.

Syabas pasukan PDRM kerana mengambil tindakan pantas bagi membendung penularan gejala tidak bermoral ini. Ia bukan hanya merosakkan akhlak, malah juga turut mencalarkan imej negara.

IKLAN