Kalau dulu di majlis perkahwinan dah jadi kebiasaan apabila para tetamu yang hadir diberikan bunga telur sebagai ‘door gift’ atau cenderahati daripada pihak pengantin. Tapi zaman sekarang ni, dah macam-macam hadiah yang ‘rare’ dijadikan buah tangan di kenduri kahwin.

ARTIKEL BERKAITAN : Tetamu Terkejut Terima Doorgift Mewah Di Perkahwinan Son Ye Jin & Hyun Bin

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan para tetamu di sebuah majlis perkahwinan di Sidoarja, Jawa Timur melompat kegirangan apabila menerima hadiah tilam daripada tuan rumah, lapor Tribunnews.

Dalam klip yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @mas_kemon03, Muhammad Alfan Baharudin menunjukkan setiap tetamu memegang tilam sambil senyuman terukir di raut wajah.

 

@sinarharianonlineRatusan tetamu yang hadir ke sebuah majlis kenduri perkahwinan yang berlangsung di Kabupaten Sidoarja, Jawa Timur kelihatan tersenyum gembira apabila mendapat hadiah tilam daripada tuan rumah berkenaan, lapor Tribunenews. Pemilik akaun TikTok @mas_kemon03, Muhammad Alfan Baharudin berkata, kenduri tersebut dianjurkan oleh jirannya yang juga tuan rumah iaitu Sulkan dan isterinya Sumini. Difahamkan, seramai 500 tetamu hadir ke majlis perkahwinan dianjurkan oleh seorang pengusaha sampah plastik. Muhammad Alfan berkata, majoriti tetamu adalah penduduk tempatan dan pada mulanya hadiah tersebut dirahsiakan oleh tuan rumah tersebut sebelum diumumkan ketika tetamu beransur pulang. Muzik: Francois Couture – La Marche Parent dari Bensound.com #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #Indonesia #Hadiah #Perkahwinan

♬ original sound – Sinar Harian

IKLAN

Menurut Muhammad Alfan yang juga tetamu, tuan rumah merupakan seorang pengusaha sisa sampah plastik.

“Majlis perkahwinan ini diadakan oleh keluarga Bapak Shulkan dan Puan Sumini. Majlis ini telah berlangsung pada 28 April 2024, hari Ahad,” katanya yang dipetik daripada Kompas.com.

Pengantin Beri ‘Door Gift’ Tilam Di Majlis Kahwin, Tetamu Melompat Gembira!

Difahamkan, pemberian hadiah itu dilakukan sewaktu majlis hampir selesai. Kesemua tilam itu diagihkan kepada sekitar 500 tetamu yang majoritinya dihadiri warga tempatan. Tambahnya, dia sama sekali tidak mengetahui bakal menerima hadiah berkenaan sebelum pulang.

IKLAN

Perkara itu membuatkan para tetamu terkejut menerima hadiah berkenaan dan segelintir daripada mereka ada yang mengeluarkan telefon untuk merakam momen itu.

“Ketika kami ingin pulang dari majlis, tilam diedarkan dan para tetamu mula kegembiraan dan mengeluarkan telefon bimbit untuk mengambil momen itu termasuk saya,” ujar Muhammad Alfan lagi

Video itu mendapat perhatian pengguna di media sosial kerana hadiah itu dianggap lebih mahal daripada hadiah kebiasaan. Untuk makluman, video itu telah mendapat lebih 1.5 juta tontonan dengan lebih 81,200 tanda ‘suka’ dan pelbagai komen.

IKLAN

Untunglah, pergi kenduri kahwin dapat bawa balik tilam. Tidak kiralah walau apa saja yang korang nak berikan pada tetamu di hari bahagia korang nanti, paling penting kena ikhlas. Tetamu yang hadir pun akan happy. Betul tak?

BACA LAGI : Beri Door Gift Mi Segera Di Majlis Kahwin, Maggi Malaysia Ucap Tahniah Kepada Bakal Pengantin

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Tribunnews (1), (2).

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI