Bekas pelajar sebuah sekolah menengah di St. Louis, Amerika Syarikat yang menembak mati dua mangsa dan mencederakan tujuh yang lain pada Isnin lalu dilaporkan meninggalkan nota akhirnya sebelum ditembak mati oleh pegawai polis.
Lapor BBC, suspek yang dikenal pasti sebagai Orlando Harris telah memecah masuk ke dalam perkarangan Central Visual & Performing Arts High School, St. Louis, Missouri yang juga merupakan bekas sekolahnya sewaktu pelajar berada di dalam kelas untuk sesi pembelajaran.
Secara tiba-tiba, tembakan rambang mula dilepaskan suspek sehingga meragut nyawa seorang pelajar berusia 16 tahun dan seorang guru berusia 61 tahun. Manakala, tujuh mangsa lain; masing-masing berusia 15 ke 16 tahun tercedera dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Orlando Harris
Orlando, 19 menamatkan pengajiannya daripada sekolah yang sama pada tahun lalu dan dilaporkan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.
Justeru, pihak FBI tercari-cari motif di sebalik tindakannya sejak Isnin lalu. Tambahan pula, Orlando bertindak berani dengan membawa pelbagai jenis senjata, termasuklah senapang jenis ‘.223-caliber AR-15’.
Dua mangsa yang maut dikenal pasti sebagai seorang pelajar berusia 16 tahun (kiri) dan seorang guru berusia 61.
Hanya pada hari ini, FBI melaporkan bahawa suspek ada menulis sekeping nota dan meninggalkannya di dalam kereta yang dipandu ke sekolah pada hari kejadian.
Ads
Sewaktu ditemui pihak media, detektif bertugas Michael Sack dari St. Louis membacakan sebahagian daripada kandungan surat tersebut.
“Saya tidak mempunyai kawan, saya tidak mempunyai keluarga, saya tidak pernah mempunyai seorang teman wanita, saya tidak mempunyai kehidupan sosial. Saya telah menjadi seorang yang menjauhkan diri dan keseorang sepanjang hidup saya.
“Ini merupakan situasi sempurna untuk seorang penembak beramai-ramai,” catatnya.
Central Visual & Performing Arts High School, St. Louis, Missouri.
Pengakuan Orlando ini sedikit-sebanyak memberikan pencerahan terhadap emosinya yang tidak stabil. Tambah detektif berkenaan, besar kemungkinan suspek menyimpan perasaan marah dan kebencian terhadap pihak lain yang mempunyai hubungan sihat dengan orang di sekeliling mereka.
Ini bukanlah kejadian tembakan rambang pertama di dalam perkarangan sekolah di Amerika Syarikat pada tahun ini. Sehingga 24 Oktober lalu, sebanyak 257 kes tembakan rambang di kawasan sekolah dan kampus telah dicatatkan – 7 kes lebih banyak daripada 250 kes yang dicatatkan SEPANJANG tahun 2021.
Dengan berbaki dua bulan lagi sebelum tahun 2022 melabuhkan tirai, kejadian Isnin lalu ini menimbulkan rasa gusar dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat dan juga penduduk dunia terhadap keselamatan pelajar di kawasan yang sepatutnya dianggap selamat buat mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu lagi berita sedih yang dimaklumkan oleh sebuah jenama pasar raya besar, Isetan 1 Utama bakal menghentikan operasi mereka bermula April tahun hadapan.
Pengumuman ini telah dimuat naik di laman Facebook rasmi Isetan dengan berat hati selepas 10 tahun beroperasi akhirnya mereka terpaksa akur untuk berpindah keluar dari premis 1 Utama.
Hari terakhir cawangan Isetan 1 Utama beroperasi adalah pada 5 April 2022, namun ini bukanlah ucapan selamat tinggal buat selamanya kerana pasar raya ini masih beroperasi di cawangan Suria KLCC, The Gardens Mall, The Japan Store LOT 10 dan stor di atas talian.
Setelah 1 dekad bertapak di 1 Utama, pastinya ia memberi impak kepada pengunjung, lebih-lebih lagi pusat membeli-belah itu menjadi tumpuan masyarakat di sekitar Lembah Klang.
Ramai yang menzahirkan rasa sedih selepas mendengar berita duka ini dan pastinya bakal merindui restoran Jepun yang beroperasi dalam pasar raya itu.
Jadi, tinggal lagi beberapa bulan untuk korang mengambil peluang berkunjung dan membeli-belah di Isetan 1 Utama. Nikmatilah pengalaman terakhir sebelum mereka bakal menghentikan operasi pada tahun hadapan.
Jika ada pekerja yang terkesan akibat penutupan ini, semoga mereka mendapat rezeki di tempat lain.
Dua minggu lalu, menteri Belia & Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyeru agar penceramah bebas kontroversial, Dr Zakir Naik dibawa pulang ke India dengan kadar segera.
Ia berikutan kenyataan Zakir Naik yang berbaur perkauman dalam satu syarahan yang berlangsung di Kota Bharu Kelantan.
Malam ini, Syed Saddiq ‘membuat kejutan’ apabila beliau memuat naik satu posting yang menampilkan Zakir Naik di meja sama.
Adakah ini cara beliau menarik semula pendapat sebelum ini?
Syed Saddiq menulis di ruangan caption untuk mengajak rakyat Malaysia agar tak mengeruhkan lagi situasi berkaitan isu Dr Zakir Naik.
“Let’s move on. The country needs healing,” kata beliau sebelum menyambung –
“Tak ada seorangpun dalam dunia yang bebas daripada melakukan kesilapan. Dr Zakir Naik sudah minta maaf. Saya sendiri banyak kali lakukan kesilapan dan kita perlu berlapang dada bila ditegur.”
Tambah beliau, mana-mana pihak tidak perlu untuk mendabik dada apatah lagi menghina dan mencaci.
“Malaysia merupakan negara yang berbilang bangsa dan agama. Kita percaya kepada kesederhanaan dan bukannya ekstremisma. Kesatuan kita adalah kekuatan kita.
“Setiap bangsa, ada sumbangannya yang tersendiri. Mereka merupakan rakyat Malaysia, sama seperti saya. Mari kita terus mengikat masa depan kita bersama,” pesan Syed Saddiq.
Sementara itu, belia dan remaja yang melihat posting tersebut dilihat memberi respon 50-50.
Ada yang beranggapan ia adalah tindakan ‘u-turn’ oleh menteri muda tersebut disebabkan kenyataan bercanggah daripada yang sebelum ini.
Namun ada juga yang berpendapat ia adalah satu tindakan yang positif dari sudut ingin kan kedamaian.
*
Walaupun sebahagian besar masyarakat di Malaysia merasakan sentimen yang dibawa oleh Dr Zakir Naik (secara sengaja atau tak sengaja) ke pentas syarahan di Malaysia adalah keterlaluan serta tak sensitif, namun itu tak bermakna kita berhak untuk mencerca segala kebenaran yang dibawa oleh beliau.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apam Balik, sejenis pencuci mulut yang cukup menggiurkan setiap mata yang memandang.
Disajikan dengan pelbagai pilihan inti manis seperti kacang tanah, gula, dan kadang-kadang jagung krim atau kelapa parut, apam balik menggambarkan keharmonian dan kekayaan pelbagai gabungan rasa dalam setiap gigitan.
Maka tidak hairanlah apabila laman web terkemuka TasteAtlas baru-baru ini menyenaraikan Apam Balik sebagai pankek ke-35 paling sedap di dunia.
Dilaporkan, Apam Balik menduduki tangga ke-35 daripada 50 jenis penkek yang wujud di seluruh dunia dengan nilai skor 4.2 daripada 5. Wow!
Bagi kategori hidangan pankek di seluruh dunia, TasteAtlas telah menobatkan menu ‘crepe’ dari Perancis sebagai tempat pertama diikuti oleh penkek dari Austria-Hungary iaitu Kaiserschmarrn di tempat kedua manakala Jianbing berada di tempat ketiga.
Crepe, hidangan cukup manis yang kebiasaannya dihidang bersama sos coklat dan buah-buahan.
Carta ini juga menunjukkan bahawa Apam Balik lebih mendapat sambutan berbanding menu pankek tradisional dari Kanada yang sering dimakan dengan sirap mapel.
Pankek tradisional berasal dari Kanada.
Apam Balik bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah ia juga terkenal di negara jiran kita iaitu Singapura, Indonesia dan Brunei.
Menurut TasteAtlas, hidangan ini juga mula diperkenalkan di negeri Pulau Pinang oleh kaum Cina yang berhijrah dari wilayah Fujian, China.
Sebelum ini, menu karipap juga telah disenaraikan oleh TasteAtlas sebagai pastri kelima paling sedap di dunia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO/ARTIKEL: TRPBM, Taste Atlas
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!