Seiring dengan keadaan ekonomi yang masih dalam fasa pemulihan pasca pandemik Covid-19, kerajaan Malaysia diakui telah giat menyediakan beberapa inisiatif baharu berbentuk ‘bantuan Rahmah’ untuk kebaikan rakyat sejagat yang layak menerimanya.
Khas buat kelompok anak muda, program eBeliaRahmah merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang telahpun diumumkan di bawah Belanjawan 2023 tempoh hari dan ia bertujuan untuk menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai (cashless) dalam kalangan belia di samping meringankan beban kewangan korang semua.
Lalu, sekitar dua juta belia Malaysia pada hari ini layak untuk mendaftar tawaran kredit eBeliaRahmah bernilai RM200 setiap seorang. Bantuan tersebut boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-Wallet terpilih.
Tambah menarik, penyedia perkhidmatan e-Wallet juga pada masa yang sama menyahut hasrat Kerajaan untuk menyediakan bantuan kepada rakyat dengan menawarkan insentif tambahan berbentuk baucar, pulangan tunai (cashback) diskaun dan mata ganjaran (rewards points) kepada korang yang layak menerima nanti.
Cara Pendaftaran
Pendaftaran kredit eBeliaRahmah ini sudahpun dibuka mulai hari ini, 26 Jun 2023 pada jam 8.00 pagi tadi sehingga 11.59 malam pada 22 Ogos 2023 kelak.
Ingat, setiap pemohon hanya layak untuk membuat satu permohonan sahaja.
Ads
Setelah memohon, korang akan menerima notifikasi status permohonan daripada penyedia perkhidmatan e-Wallet pilihan. Kemudian, wang bantuan RM200 akan diterima oleh pemohon secara one-off ke dalam e-Wallet tersebut dalam masa tiga hari dari tarikh permohonan.
eWallet bernilai RM200 itu perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 mlama pada 31 Ogos 2023. Jika terlambat, baki kredit eBeliaRahmah itu akan luput secara automomatik daripada e-Wallet pemohon.
Siapa Yang Layak?
Tidak semua orang yang layak untuk mendaftarkan diri bagi kredit eBeliaRahmah ini tau. Cer perhatikan syarat-syarat kelayakan yang diletakkan oleh Kerajaan untuk tujuan tuntuan melalui Touch N Go e-Wallet nanti:
Warganegara Malaysia berusia 18-20 tahun pada tahun 2023 (pemohon haruslah lahir pada tahun 2003-2005).
ATAU
Ads
2. Pelajar sepenuh masa warganegara Malaysia di peringkat Diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT Tempatan berdaftar.
3. Sudah membuat pengesahan akaun Touch N Go e-Wallet (verifikasi eKYC).
Menariknya, jika korang merupakan seorang pelajar aktif sepenuh masa dari IPTA/IPTS pada 1 Januari 2023 dan tamat pengajian pada tahun 2023 tetapi sudahpun berusia lebih daripada 20 tahun, korang juga layak menerimanya!
Ads
Keliru dan tidak masti sama ada layak ataupun tidak? Korang bolehlah menyemak kelayakan masing-masing di platform perkhidmatan Touch N Go e-Wallet di laman web berikut: Am I eligible? | Touch ‘n Go (touchngo.com.my)
Gunalah Wang Bantuan Sesuka Hati, Kecuali..
Haa, ada syarat penggunaan kredit RM200 eBeliaRahmah tersebut ya. Korang layak untuk menggunakannya bagi sebarang transaksi secara fizikal di lebih 1.7 juta peruncit/perniagaan KECUALI:
Pemindahaan ‘peer to peer’;
Penebusan tunai;
Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-Tunai;
Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-Tunai;
Bil pascabayar telekomuniaksi dan prabayar terintergrasi dengan aplikasi e-Tunai;
Pembelian Permainan terintegrasi dengan aplikasi e-Tunai;
Bayaran tempat letak kereka atau tol;
Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-Tunai; dan
Transaksi e-Dagang atau trasaksi dalam talian.
Bagi sebarang makluman lanjut, LAYARI laman web BANTUAN RAKYAT.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
.Selain wajah, rambut juga sering menjadi perhatian para wanita mahupun lelaki. Namun, pernah tak korang terfikir sama ada syampu yang dipakai hari-hari tu sebenarnya baik atau tidak penggunaannya untuk diri kita?
foto via pexels
Biarpun dalam seseorang itu lebih penting, bahagian luaran kita juga wajib dijaga sebaik mungkin demi kepuasan diri sendiri. Pemberian Tuhan kan, haruslah kita menjaganya.
Baru-baru ini kecoh apabila terdapat kajian mengatakan botol syampu merupakan antara punca kenapa seseorang itu boleh gemuk. Lapor Daily Mail, saintis menemukan 11 bahan kimia yang boleh menjejaskan metabolisme sekaligus menyumbang kepada penambahan berat badan dalam produk harian tersebut.
Antara produk harian itu termasuk botol minuman, span dapur dan perapi rambut.
Sebelum ini, perkara ini juga pernah dijelaskan oleh Dr. Siti Aniza Basir yang menegaskan bahawa produk syampu yang ada di pasaran sekarang mengandungi beberapa bahan yang boleh menyebabkan gangguan pada keseimbangan hormon estrogen dan progesterone.
Malah, kumpulan penyelidik dari Universiti Sains dan Teknologi Norway mengkaji 34 produk plastik berbeza untuk menilai bahan kimia terkandung di dalamnya.
Mereka menemukan lebih 55,000 komponen kimia berbeza di dalam produk tersebut dan mengenal pasti 629 bahan.
Daripada jumlah itu, sebanyak 11 bahan kimia dikesan mengganggu metabolisme. Eksperimen makmal juga menunjukkan bahan kimia daripada satu pertiga produk plastik menyumbang kepada pembangunan sel lemak dalam badan.
Bahan dalam produk itu bertindak menyusun semula sel prekursor untuk menjadi sel lemak yang kemudian membiak dengan cepat dan mengumpul lebih banyak lemak.
Sekarang, korang dah tahu kan kenapa syampu organik tu mahal? Dan tak hairanlah kalau kita lihat promosi syampu yang ada dipasaran dijual dengan harga rendah.
Sememangnya kita perlu berhati-hati ketika memandu di jalan raya, namun kadang-kala tidak dinafikan terdapat lokasi-lokasi panas (hotspot) yang memerlukan pemandu untuk lebih berhati-hati bagi mengelakkan kemalangan.
Selari dengan kemajuan teknologi dunia, negara Eropah telah memperkenalkan satu perundangan baharu bagi melindungi orang Eropah daripada kemalangan jalan raya, kualiti udara yang buruk dan perubahan iklim dengan mewajibkan semua kereta mengguna pakai sistem teknologi had kelajuan pintar yang dikenali sebagai Intelligent Speed Assistance (ISA).
Menurut laporan ,sistem ini akan menjadi mandatori untuk dipasang pada kesemua kereta baharu yang akan dijual pada pasaran Eropah mulai Julai 2024. Sistem yang bakal dilaksanakan ini menggunakan beberapa perkakas canggih seperti sensor onboard, radar, kamera, GPS dan laser yang dipasang terus pada model-model kereta baharu nanti.
Kesemua perkakasan lengkap itu dapat membantu pemandu dengan memberi peringatan apabila melebihi had laju dibenarkan atau melaraskan kelajuan kenderaan mengikut had laju ditetapkan secara automatik mengikut lokasi-lokasi.
Memetik perkongsian GizChina, beberapa model terpilih daripada jenis kenderaan seperti Honda, Ford, Jeep dan Mercedes-Benz sudah pun hadir dengan sistem ini untuk pasaran Eropah. PROSPER pula melaporkan apabila sistem ISA menjadi mandatori, ia dijangka dapat mengurangkan kadar kemalangan maut sebanyak 26% hingga 50%.
Hm, tak sabar rasanya nak lihat bagaimana kecanggihan teknologi kereta keluaran negara Eropah ini nanti. Tapi, paling tak sabar kami nak tahu berapa pula harganya. Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah seorang guru muda, Ahmaddin Mohd Aldiee yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dakwah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), telah mendapat perhatian netizen selepas berkongsi video perjalanannya ke sekolah dan suasana dalam kelas dengan anak murid ketika mengajar.
Menerusi laporan media tempatan, pemuda berusia 21 tahun itu berkongsi pengalamannya yang sudah lali apabila ramai yang mengingat dirinya bukan Islam kerana paras rupa seperti bangsa Cina.
Ahmaddin memanfaatkan cuti semester dengan menjadi guru ganti di sekolah agama Kafa Kundasang Lama dengan mengajar bahasa Arab, Sirah dan Ibadah untuk murid tahun satu hingga enam.
“Ramai ingat saya bukan Islam kerana katanya muka macam orang Cina, tapi mereka terkejut selepas tahu saya guru di sekolah agama Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa).
“Emak salah seorang guru agama di sekolah Kafa, jadi dia yang ajak saya untuk jadi guru agama di sekolah berkenaan. Saya mula timba pengalaman itu sejak di tingkatan lima lagi dan ikutkan tak mudah kerana saya seorang yang introvert.
“Tapi bila mengajar perlu ubah diri menjadi extrovert untuk berinteraksi dengan 20 murid dalam satu-satu masa. Lama kelamaan okay kerana saya cuba jalankan tugas dengan baik dan profesional,” katanya.
Berhubung video di TikTok pula, perkongsiannya itu sekadar untuk menyimpan kenangan dan pengalamannya sebagai pendidik.
“Tak sangka ramai menonton hingga video perkongsian saya itu mencecah ratusan ribu tontonan. Rata-rata yang menonton terhibur tengok gelagat murid saya yang lucu.
“Apa pun, pengalaman saya dapat itu sangat berharga dan berharap cita-cita bergelar guru tetap tercapai satu hari nanti,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.