741 calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2020 memperolehi keputusan PNGK (CGPA) 4.0 setelah keputusan diumumkan semalam. Menariknya, 554 daripada 741 calon itu atau 74.7 peratus merupakan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah B40.
Dalam sidang media yang dikendalikan oleh ahli Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) iaitu Profesor Datuk Dr Wahid Razzaly itu, beliau mengumumkan jumlah itu sedikit berkurangan berbanding STPM 2019 sebanyak 61 calon. Pada STPM 2019, seramai 802 calon berjaya memperolehi keputusan PNGK 4.00.
Bagaimanapun, tidak dinafikan ini masih merupakan satu keputusan memberansangkan memandangkan calon STPM pada tahun lalu terpaksa berdepan cabaran persiapan serta ulang kaji secara atas talian.
Ads
Ternyata, wang bukan kayu pengukur kepada kejayaan pelajar. Walaupun mungkin berdepan kepayahan belajar secara atas talian tanpa kelebihan peranti canggih, pelajar B40 masih mampu cemerlang.
Profesor Datuk Dr Wahid Razzaly.
“Secara keseluruhannya, pencapaian PNGK 3.09 meningkat daripada 33.45 peratus atau 14,994 calon pada tahun 2019 kepada 33.69 peratus atau 14,482 calon pada tahun 2020
Ads
“Seramai 23 calon memperolehi keputusan 5A dalam kesemua subjek yang diambil, sedikit menurun daripada 42 calon pada STPM 2019. Manakala, calon yang memperolehi PNGK 4.0 dengan mendapat A dalam kesemua 4 atau 5 subjek yang diambil juga menurun dari 802 orang pada tahun 2019 kepada 741 orang pada tahun 2020,” katanya pada sidang media secara maya.
Ads
Pencapaian 44,704 orang calon STPM 2020 juga dianggap setara dengan STPM 2019 kerana perbezaan pencapaian PNGK purata amat kecil iaitu hanya 0.01 mata saja.
Bagi yang ingin menerima maklumat lanjut mengenai keputusan STPM 2020, korang boleh layari ke http://stpm.mpm.edu.my/stpmK. Manakala, sijil STPM 2020 pula akan dikeluarkan dalam tempoh 2 bulan lagi.
Tahniah REMAJA ucapkan kepada kesemua lepasan STPM 2020!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi kebanyakan daripada peminat K-drama di Malaysia, pastinya di antara memori awal korang ketika mula-mula obses kepada drama dari Korea Selatan adalah dengan menonton Full House.
Drama lakonan Bi Rain dan Song Hye-Ko dari tahun 2004 itu cukup popular di Malaysia sehinggakan stesen televisyen yang pada waktu itu selalunya menayangkan telenovela dan sinetro mula menayangkan K-drama!
Full House merupakan gabungan sempurna semua perkara yang menjadikan sesebuah K-drama itu begitu diminati. Ini termasuklah pilihan pelakon lelaki utamanya yang diterujai oleh Bi Rain.
Kini setelah menginjak ke usia 39 tahun pada hari ini (Happy Birthday!), Rain masih kelihatan seperti ketika dia masih berlakon pada usia 20-an. Tetap aktif bersukan, menari dan melakukan persembahan menerusi program televisyen, apa sebenarnya rahsia Rain?
Jika hendak bercakap tentang penjagaan wajah dan rambut, cara yang dilakukan Rain tidak jauh berbeza dengan selebriti Korea lain. Memang banyak masa, wang dan produk yang perlu dilaburkan untuk mengekal kecantikan serta ketampanan wajah. Malah, mereka amat berdisplin dalam soal pemakanan yang mempengaruhi keadaan kulit kita.
Namun dari segi senaman, Rain mempunyai rutin istimewa yang tidak diikuti oleh ramai selebriti lain.
Pelakon Ninja Assassin itu pernah berkongsi caranya menurunkan berat badan sehingga 10 kilogram pada tahun lepas!
“Saya mengambil masa 3 bulan (untuk menurunkan berat badan) dan kini saya gembira dengan berat sekarang,” catatnya menerusi muat naik di Instagram.
Seperti dijanjikan, Rain berkongsi rahsianya itu menerusi sesi di V-Live.
Dengan bantuan program latihan bernama Tababta yang popular di Korea Selatan, Rain hanya memakan masa 4 ke 6 minit saja untuk menghabiskannya.
Tababta ialah latihan berintensiti tinggi yang terdiri daripada 8 pusingan senaman dan setiap satu dibezakan dengan waktu rehat selama 20 saat dan 10 saat.
Nampak je macam sekejap tetapi Tababta akan memaksa badan kita hingga ke kudrat terakhir demi membakar kalori dan meningkatkan prestasi atletik badan serta metabolisma.
Ini merupakan lapan jenis senaman yang dilakukan dalam setiap pusingan Tababta untuk korang sendiri cuba. Untung-untung ketika korang menghampiri usia 40 tahun, korang masih aktif seperti Rain!
1. Jumping Jacks
2. Jump Squats
3. Push Up
4. Dumbbell Single Arm Curls
5. Full Burpees
6. Mountain Climber
7. Lying Body Weight Superman
8. Overhead Weighted Sit Up
*
Apa lagi guys, cubalah!
Sambil itu, ikuti apa pula diet Rain sebelum dan selepas dia bersenam :
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan pembukaan sempadan di antara negeri dan sempadan negara kini, ramai tidak mahu melepaskan peluang untuk melancong setelah sekian lama tidak dapat berbuat sedemikian. Siapa tak suka travel kan?
Saban minggu, ada saja member kita yang akan melawat ke pelbagai tempat menarik; lalu kita sendiri tergerak hati untuk memasang hajat ingin ke sana.
Jika orang lain memilih keselesaan semasa bercuti, siapa menyangka, Shaza Bae yang juga merupakan Dewi Remaja 20019 memilih untuk menghabiskan waktu cutinya dengan menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah!
Shaza Bae untuk paparan Majalah Remaja edisi digital, Februari 2022. Foto : Azfarina Sulaiman untuk IDEAKTIV
Gunung Kinabalu yang juga merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan gunung ketiga tertinggi di Asia Tenggara berdiri pada ketinggian 4,095m telahpun berjaya ditawan oleh Shaza sekitar seminggu yang lalu.
Sewaktu dihubungi oleh REMAJA, pemilik nama penuh Shaza Nuriman Mohamad Zamri ini sempat berkongsi pengalaman berharga itu.
Menurutnya, perancangan untuk ke Gunung Kinabalu telah dilakukan sekitar tahun lepas lagi. Namun disebabkan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara serta kerja hakikinya yang perlu dilakukan secara back to back, hanya sekarang impiannya untuk menjejakkan kaki ke Gunung Kinabalu itu tercapai.
Menurut Shaza, slot untuk mendaki Gunung Kinabalu adalah terhad. Kebiasaannya, tempahan slot perlu dibuat seawal 10 bulan sebelum pendakian. Ini kerana jumlah pendaki yang ingin ke sana boleh tahan jumlahnya dan tempoh 10 bulan itu juga memberi ruang untuk mana-mana pendaki melakukan persediaan stamina yang cukup.
“Latihan berlari, mendaki, naik turun tangga harus dilakukan secara berkala sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mendaki. Tetapi saya hanya sempat melakukan latihan selama dua minggu saja. Itupun latihan stamina dan bukannya training khusus untuk pendakian.
“Proses mendaki memang sukar tetapi secara peribadinya, waktu turun gunung adalah lebih sukar. Secara total, saya mengambil masa empat jam sewaktu pendakian dan lima jam sewaktu turun. Apapun, saya bersyukur kerana impian menawan puncak gunung ikonik ini telah saya capai,” kongsi pelakon Nusyuz Berkiblat Cinta ini.
Menariknya, Shaza turut berkongsi beberapa tip untuk para ‘newbie’ yang ingin mendaki di Gunung Kinabalu sepertinya.
Lakukan latihan
“Bagi korang yang plan untuk ke puncak Gunung Kinabalu, wajib jalani latihan. Ini kerana kebarangkalian untuk korang cedera ketika mendaki adalah sangat tinggi tanpa latihan yang cukup.
Trek Gunung Kinabalu kebanyakannya bertangga. Semakin lama tenaga semakin berkurangan, nak melangkah satu anak tangga pun kaki mula terasa berat. Kekuatan mental dan fizikal perlu kuat. Hakikatnya, tidak semua orang akan berjaya ke puncak atas faktor stamina, kesihatan, kecederaan dan cuaca.”
2. Jaga niat
“Sangat penting menjaga niat, adab dan pertuturan. Kita di tempat orang, tambahan pula di dalam kawasn hutan dan gunung pula.”
3. Sediakan semua keperluan
“Sediakan benda-benda penting seperti pakaian bersesuaian seperti sweater, fleece dan sarung tangan kalis air kerana cuaca di sana sangat sejuk tambahan. Perjalanan mendaki pula bermula seawal 2 pagi jadi cuba sajalah bayangkan kesejukannya.
“Ubat-ubatan juga penting. Semakin tinggi, persekitarannya semakin sejuk dan udara semakin menipis. Ada pendaki yang akan mengalami simptom Accute Mountain Sickness (AMS) iaitu sukar bernafas dan sakit kepala. Jadi sediakanlah ubat yang sepatutnya.”
4. Pilih kumpulan yang betul
“Ini bukan kali pertama saya melakukan aktiviti hiking. Sebelum ini saya pernah tawan gunung di Indonesia. Jadi pemilihan rakan pendaki adalah penting. Merekalah yang akan memberikan semangat dan kekuatan secara mental, terutamanya sewaktu tenaga kita mula lemah.”
Semoga perkongsian tip pendakian daripada Shaza Bae ini dapat menaikkan lagi semangat korang yang bercadang untuk untuk menakluki puncak Gunung Kinabalu.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat si kaki travel apabila kerajaan mengumumkan individu yang sudah lengkap mendapatkan dua dos vaksin COVID-19 boleh mengunjungi negara jiran, Singapura menerusi perjalanan udara tanpa perlu menjalani kuarantin bermula 29 November depan.
Kebenaran ini adalah menerusi skim Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong dalam satu kenyataan bersama.
Bagaimanapun, VTL yang membabitkan laluan udara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu tertakluk kepada keputusan ujian COVID-19 sebagai ganti menjalani kuarantin atau Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).
Perdana Menteri Malaysia dan Singapura bersetuju menyambung perjalanan rentas sempadan secara progresif antara kedua-dua negara dengan cara yang selamat.
Ismail Sabri dan Hsien Loong juga berharap dapat memulihkan perjalanan merentasi sempadan darat antara dua negara ini dalam masa terdekat.
Nampaknya, buat masa sekarang rakyat Malaysia hanya boleh ke Singapura dengan menaiki pesawat sahaja. Okaylah tu, hampir dua tahun kita tidak ke sana dan begitu juga rakyat Singapura yang tidak dapat memasuki negara kita.
Bolehlah kalau nak booking tiket flight Hiks! Tapi Sebelum melakukan penerbangan, pastikan korang tahu prosedur yang ditetapkan oleh negara tersebut okay?