Kecemerlangan demi kecemerlangan dituai oleh penerjun kebangsaan, Nur Dhabitah Sabri di Arena Danbe, Budapest Hungary.
Dhabitah yang merupakan sebahagian daripada skuad terjun negara yang kini berada di Kejohanan Dunia Budapest 2022 terlebih dahulu meraih podium pertama kejohanan dunia dalam kariernya apabila memenangi pingat gangsa bersama gandingan, Datuk Pandelela Rinong Pamg dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita, baru-baru ini.
Umpama mimpi indah yang akhirnya bertukar realiti, Dhabitah menganggapnya sebagai satu kenangan manis yang sukar dilupakan. Mereka mengutip 298.68 mata, hanya 0.72 mata di belakang gandingan Amerika Syarikat. Manakala pingat emas menjadi milik China yang juga merupakan gandingan juara Sukan Olimpik Tokyo dalam acara sama, tahun lalu.
“Ini adalah pingat pertama saya dalam kejohanan dunia dan saya sangat bersyukur mempunyai rakan gandingan yang baik (untuk) mengharungi saingan dalam acara ini,” kongsinya.
Sumber Foto : Instagram @dhabitahsabriSebelum ini, Dhabitah pernah beraksi di tiga penampilan kejohanan dunia berbeza iaitu di Kazan 2015, Budapest 2017 dan Gwangju 2019.
Tambahnya lagi, dia tidak dapat melakukannya tanpa bimbingan jurulatih selain pasukan sokongan di lokasi pertandingan dan di tahah air.
Ads
*
Baru sebentar tadi, Dhabitah bersama gandingan berbeza iaitu Wendy Ng Yan Yee telah melayakkan diri ke peringkat akhir acara 3 meter papan anjal seirama wanita pula.
Kejayaan ini ibarat misi ‘balas dendam’ pasangan tersebut setelah mereka gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 untuk acara yang sama.
Dengan memungut 272.97 mata, Dhabitah dan Wendy menempatkan diri dalam senarai 12 terbaik. Begitupun, mereka tidak boleh duduk selesa memandangkan dua terjunan pertama yang dilakukan tidak mencatatkan kutipan markah yang tinggi.
Ads
“Sudak lama kami tidak bergandingan. Jadi dalam pusingan kelayakan, saya berpendapat persembahan kami tidaklah seteruk mana. Saya berharap kami boleh teruskan momentum pada peringkat akhir,” ulasnya yang bersiap-sedia memburu kedudukan podium keduanya di Budapest pada kali ini.
ALL THE BEST buat Dhabitah dan Wendy Ng!
Terdahulu, Pandelela membuktikan dirinya masih bertenaga untuk mengharumkan nama Malaysia setelah memperolehi pingat gangsa dalam acara 10 meter platform individu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhir-akhir ini, banyak pertandingan pidato atau syarahan dijalankan secara dalam talian seiring dengan norma baharu. Walaupun tidak dapat dijalankan secara bersemuka, pertandingan seumpama ini sebaliknya lebih dimasyarakatkan kerana pelbagai video pertandingan dapat ditonton menerusi medium elektronik.
Keadaan ini sebenarnya satu perubahan yang baik kerana lebih ramai murid yang akan didedahkan kepada pertandingan kebahasaan seumpama ini. Namun begitu, pada masa yang sama, kepincangan yang dilakukan oleh para peserta, khususnya dalam penggunaan bahasa yang kurang bermutu juga semakin menonjol.
Rata-ratanya pemidato gemar menggunakan kata atau ayat yang nampak “canggih” tetapi menyalahi konteks penggunaannya.
Oleh itu, dalam rencana pada kali ini akan memaparkan dua kesilapan penggunaan kata yang kerap dilakukan oleh peserta.
Contoh yang pertama ialah penggunaan kata “indikator.” Dalam pertandingan pidato dan syarahan, peserta sering menggunakan kata “indikator”. Peserta telah menyalahgunakan perkataan “indikator” dalam teks pidato mereka seperti contoh yang berikut:
Para hadirin sekalian, indikator saya yang pertama, “keluarga bahagia, negara sejahtera.”
Indikator saya yang kedua di bawah kata kunci “kekuatan mental remaja menjanakan kemajuan Negara.”
“Indikator” yang ingin dimaksudkan oleh pemidato dalam kedua-dua ayat di atas ini sebenarnya merujuk kepada isi atau hujah yang hendak disampaikan. Namun begitu, menurut Kamus Dewan Perdana (2020), “indikator” bermaksud petunjuk atau alat yang dapat memberikan maklumat khusus tentang kedudukan atau keadaan sesuatu.
Jelas sekali bahawa peserta gemar menggunakan kata pinjaman yang kedengaran bombastik tetapi tidak mengetahui maksud dan cara penggunaannya.
Selain perkataan “indikator”, kata “pragmatik” juga sering disalah guna oleh peserta pidato dan syarahan. Contoh:
Maka, hayatilah pragmatik yang pertama, “Institusi Keluarga Diperkasa (sepatutnya “Diperkasakan”), Integriti Terpelihara.”
Hadirin sekalian, pragmatik kedua, penerokaan ilmu mampu menjana minda bangsa.
Menurut Kamus Dewan Perdana, “pragmatik” merupakan satu kata adjektif yang membawa makna lebih mementingkan atau mengutamakan keadaan atau kesan yang sebenar daripada teori ataupun idea, iaitu keadaan sesuatu yang lebih praktikal.
Kesimpulannya, hormatilah bahasa kita dengan menggunakan bahasa yang gramatis dan tetapi menepati kontek. Salam Bahasa Jiwa Bangsa.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Alex Leong Jun Wei.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dominasi penyanyi K-pop di carta lagu hit antarabangsa diperkukuhkan dengan kejayaan single solo terbaru nyanyian ahli kumpulan BTS, Jungkook.
Menurut carta lagu Teratas Global Spotify, Jungkook yang baru sahaja menemui peminat menerusi lagu berjudul Seven dengan kolaborasi bersama Latto pada 14 Julai 2023 telah meraih sebanyak 15,995,378 juta penstriman di platform tersebut dalam masa sehari!
Jungkook sekaligus menjadi artis lelaki pertama dari mana-mana negara yang meraih jumlah penstriman sebanyak itu dalam tempoh 24 jam. Dia juga secara tidak langsung mengenepikan rekod yang pernah dicatatkan oleh Taylor Swift menerusi lagu Lavender Haze, tidak lama dahulu.
Spotify juga mengesahkan Jungkook sebagai penyanyi solo K-pop pertama yang berjaya menduduki tempat pertama pada hari pertama lagu diluncurkan dalam carta Lagu Teratas Global Spotify. Sebelum ini, rakan kumpulan BTS-nya, Jimin sekadar menduduki tempat kedua menerusi lagu solonya, Like Crazy sebelum ia naik ke tempat pertama sehari kemudian.
Hebat juga penangan lagu Seven ya!
Selain Seven, dua lagi lagu solo Jungkook yang telah diluncurkan tidak lama dahulu masih berada dalam carta Lagu Teratas Global Spotify. Still With You berada di kedudukan ke-54 manakala My You pula di tangga ke-113.
Dalam pada itu, di platform YouTube pula, video muzik bagi Seven telah meraih jumlah tonton tertinggi dalam masa 24 jam. Kegilaan para peminat BTS yang menggelar diri mereka sebagai ARMY membantu kejayaan luar biasa tersebut; disamping tarikan jelitawan, Han So Hee yang menjadi model dalam video muzik tersebut.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dikir barat merupakan satu budaya persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Masa sekolah dulu, acara dikir barat ni confirm ada bila tiba majlis keraian.
Namun begitu, apa yang lebih membanggakan apabila orang luar juga turut memartabatkan budaya dikir barat negara kita dalam persembahan mereka.
Seperti yang sedang viral di media sosial sekarang, sekumpulan pelajar koir di Kanada membuat persembahan dikir barat tanpa menggunakan sebarang instrument, tapi hasilnya boleh buatkan korang meremang!
Tabik spring untuk mereka, you guys did a good job!
Canadian, Hamilton Children’s Choir
Persembahan ini juga telah mendapat pujian daripada netizen.
Berikut kami sertakan juga antara pelajar-pelajar luar negara yang pernah juga mempersembahkan dikir barat Wau Bulan!
Ikeda Junior Choir, Japan
Angelica Cantanti Youth Choirs – Cantabile (Grades 4-6), Minnesota, USA
Albert Children’s Choir
Orang luar pun appreciate budaya kita guys.. Tapi orang kita, ada pula yang acah-acah nak jadi mat salleh. Oppss.. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...