Nama Kang Gary sememangnya tidak asing dalam kalangan peminat hiburan Korea, khususnya penonton setia program variasi popular Running Man.
Namun baru-baru ini, penampilan terbaharu Kang Gary menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan peminat apabila perubahan fizikalnya yang ketara mencetuskan rasa terkejut dan kebimbangan.
Bukan kerana karya muzik baharu atau kemunculan di kaca televisyen, sebaliknya perubahan pada tubuh badan Gary yang kelihatan jauh lebih kurus berbanding sebelum ini telah menarik perhatian ramai.
Foto Percutian Keluarga Di Tokyo Jadi Perhatian
Gary berkongsi beberapa foto terbaharu bertemakan “Tokyo” di media sosial, memaparkan percutian bersama keluarga kecilnya di Jepun.
Dalam gambar-gambar tersebut, Gary dilihat menikmati masa santai di sekitar bandar Tokyo menaiki subway, singgah di kafe, serta berjalan di jalanan Jepun dengan suasana yang tenang dan sederhana.
Gambar-gambar itu pada awalnya kelihatan seperti perkongsian percutian biasa.
Namun selepas diperhatikan dengan lebih dekat, penampilan terbaharu Kang Gary yang kelihatan terlalu susut membuatkan peminat sukar mengenalinya pada pandangan pertama.
Wajah Tirus & Tubuh Menyusut Cetus Kebimbangan
Ads
Apa yang benar-benar mencuri perhatian peminat adalah wajah Gary yang kini kelihatan lebih tirus, dengan tubuh badan yang jelas menyusut.
Perubahan drastik itu berbeza berbanding penampilannya ketika muncul dalam program The Return of Superman sebelum ini.
Susulan itu, ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi bimbang daripada peminat. Ramai yang bertanya tentang keadaan kesihatannya, malah ada yang berharap perubahan tersebut bukan berpunca daripada masalah kesihatan yang serius.
Antara komen yang sering kelihatan termasuk, “Harap Gary sihat,” dan “Nampak terlalu kurus, kami risau.”
Jelas sekali, penampilan terbaharu Kang Gary telah menimbulkan kebimbangan tulen dalam kalangan peminat setianya.
Imbas Kembali Perjalanan Karier Kang Gary
Untuk rekod, Kang Gary merupakan antara ahli asal Running Man dan sangat disukai kerana personalitinya yang bersahaja, kelakar serta kejujurannya dalam setiap misi.
Hubungannya sebagai ‘Monday Couple’ bersama Song Ji-hyo juga pernah menjadi fenomena besar suatu ketika dahulu.
Ads
Namun pada Oktober 2016, Gary mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan pengundurannya daripada program tersebut secara tiba-tiba.
Ketika itu, beliau menyatakan keputusan tersebut dibuat bagi memberi fokus sepenuhnya kepada kerjaya muzik dan kehidupan peribadi.
Pada April 2017, Gary sekali lagi menjadi perhatian apabila mengumumkan bahawa dia telah mendaftarkan perkahwinannya dengan seorang wanita bukan selebriti.
Selepas itu, beliau dilihat lebih memilih kehidupan yang tenang dan jauh daripada sorotan media.
Namanya kembali disebut-sebut pada tahun 2020 menerusi program The Return of Superman, apabila Gary tampil sebagai seorang bapa penyayang kepada anaknya, Hao.
Rancangan tersebut memperlihatkan sisi lembut Gary yang jarang ditonjolkan sebelum ini dan berjaya mencairkan hati penonton.
Setakat ini, Gary tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perubahan fizikalnya.
Walaupun begitu, penampilan terbaharu Kang Gary terus menjadi topik perbincangan, dengan peminat berharap agar beliau berada dalam keadaan sihat dan bahagia bersama keluarganya.
Hakikatnya, perubahan luaran boleh berlaku atas pelbagai faktor seperti gaya hidup baharu, diet, rutin senaman, atau tuntutan kehidupan seharian.
Apa pun sebabnya, peminat hanya mahukan satu perkara agar Kang Gary kekal sihat dan menikmati kehidupan yang dipilihnya kini dengan penuh ketenangan.
Sumber : Insta @rmmalaysiastore, @kanggary_yangban
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peminat fesyen di Kuala Lumpur boleh menganggap diri mereka bertuah apabila Kuala Lumpur menjadi SATU-SATUNYA ibu negara di rantau Asia Tenggara pilihan jenama fesyen antarabangsa, Dior.
Sempana musim perayaan Natal tidak lama lagi, Dior telah memilih Pavilion Kuala Lumpur sebagai salah satu lokasi hiasan krismas mereka di seluruh dunia. Malaysia mungkin sekali mendapat ‘treatment’ istimewa ini disebabkan cawangan butik Dior yang baru saja dibuka di Pavilion.
Menurut jenama dari Perancis itu, hiasan krismas di pintu utama kompleks membeli belah ini diilhamkan daripada pertunjukan fesyen bagi koleksi Dior Cruise 2021 pada bulan Julai lalu. Motif dan warna hiasan ‘luminarie’ ini diilhamkan daripada motif koleksi tersebut
Sekiranya korang tidak menyambutnya sekalipun, korang tidak dapat menidakkan betapa indahnya hiasan berupa pokok krismas bersaiz mega, motih burung, seranggan & bunga-bungaan serta cahaya hangat daripada hiasan ini.
Untuk pengetahuan, Kuala Lumpur merupakan salah satu dari sebahagian kecil lokasi pilihan Dior pada tahun ini.
Jom lihat kota fesyen mana lagi yang terpilih.
.
.
Rue Saint-Honore di Paris, Perancis
Sumber Foto: Instagram Dior
.
.
Plaza 66 di Shanghai, China
Sumber Foto: Instagram DiorSumber Foto: Instagram Dior
.
.
Ginza Six di Tokyo, Jepun
Sumber Foto: Instagram Dior
.
.
Menara 101 di Taipei, Taiwan
Sumber Foto: Instagram Dior
*
*
Hiasan krismas Dior di bandar manakah yang lebih menarik?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi dan juga anggota kumpulan terkenal, Jeongyeon TWICE menarik perhatian peminat dan juga orang ramai apabila mengaku pernah bekerja sambilan di sebuah kafe semasa hiatus.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Youtube Channel ‘The Inspector’ episod ketujuh yang menampilkan pelakon dan penyanyi, Kangnam sebagai tetamu jemputan. Beliau memberitahu bahawa dia kini sedang mengendalikan sebuah kafe.
Kredit: The Inspector
Dalam pada itu, Jeongyeon atau nama sebenar Yoo Jeong-yeon dengan pantas mengungkapkan bahawa dia pernah bekerja sambilan di sebuah kafe dan kenyataan itu telah mengejutkan Kangnam.
“Awak kan selalu jalani kehidupan yang sibuk. Bekerja sambilan, pergi sekolah, ikut pertandingan, dan sekarang selalu buat persembahan di stadium. Awak sepatutnya dah tulis buku tau!” – Kangnam
Apabila ditanya sama ada Jeongyeon masih ingat untuk membuat minuman di kafe, dia mengaku “Ini pertama kali saya cerita tetapi ketika saya berhenti dari sebarang aktiviti (TWICE) kerana gangguan panik yang saya hidapi. Saya bekerja sambilan buat sementara waktu di kafe yang dimiliki oleh kawan saya”.
Kredit: The Inspector
Kangnam yang mendengar ketika itu berkata, “Jadi, awak bukan duduk diam di rumah tetapi masih terus sibukkan diri juga ya”.
“Saya juga mula bekerja dari 6 pagi hingga 4 petang,” tambah penyanyi yang berusia 28 tahun itu.
Dalam pada itu, disebabkan populariti yang diraih Jeongyeon bukan sahaja di Korea Selatan malah di persada antarabangsa, Kangnam juga sempat bergurau “Wah! Awak sangat bekerja keras. Mesti susah untuk kawan awak tu! Berapa banyak kawan awak kena bayar gaji awak? Mesti dia hampir muflis”.
Pelantun lagu TT, What is Love? dan Fancy itu juga sempat mengklarifikasi bahawa rakannya yang juga pemilik kafe itu memahami keadaannya pada ketika itu dan dia sangat berterima kasih kepada rakan berkenaan.
Sekadar info, Jeongyeon pernah memutuskan untuk hiatus daripada aktiviti bersama TWICE pada tahun 2020 kerana gangguan panik. Dia kembali melanjutkan aktiviti bersama kumpulan K-Pop itu pada Jun 2021 tetapi terpaksa mengundurkan diri semula sekali lagi selepas dua bulan kemudian yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu produk kecantikan yang mempunyai racun berjadual ini sepertinya tidak pernah habis kerana ada sahaja produk-produk kosmetik yang dikesan menggunakan bahan terlarang.
Terbaru, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual.
Produk terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan disebabkan itu ia tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:
• Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
• Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
• Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
Malah, merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
Jika korang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini, dinasihatkan agar segera berhenti menggunakannya dan dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan sekiranya mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
Korang juga boleh menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman web rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.
Ingat, kalau sayang kulit hentikan pemakaian produk-produk kosmetik tersebut ya?
Nama Maha Klinik bukan sekadar sebuah pusat rawatan, sebaliknya menyimpan kisah cinta dan perjalanan hidup bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Allahyarham...