
Baru-baru ini, Gala Des Pieces Jaunes 2024 telah diadakan di Arena Accor, Paris, dan turut menampilkan beberapa bintang terkenal, termasuk Lisa BLACKPINK dan Stray Kids.
ARTIKEL BERKAITAN: Hanya Berselipar, Kemesraan Lisa BLACKPINK Melayan Peminat Tanpa ‘Bodyguard’ Dipuji Ramai

Selain mengejutkan peminat BLACKPINK dengan penampilan yang cukup memukau, Lisa turut berkongsi gambarnya bersama penyanyi terkenal Rihanna.
Wow, bukan beshe-beshe…

Acara itu turut menampilkan penampilan artis terkenal lain, antaranya Maroon 5, Pharrell Williams, J Balvin, A$AP Rocky, dan banyak lagi. Antara tetamu yang jelas mencuri perhatian ramai yang hadir adalah penyanyi dan usahawan terkenal, Rihanna.

Pada awalnya, peminat jelas teruja dengan pengkhabaran bahawa Rihanna dan Lisa berada dalam sebuah acara yang sama. Ramai yang berharap Rihanna akan berinteraksi dengan penyanyi K-Pop itu semasa atau selepas persembahan selesai.
let’s quickly remind ourselves that THEE rihanna just witnessed LISA’s legendary performance. i’m just not ok. 🫠 pic.twitter.com/0WhbIKMwwg
— 𖤐 (@GhoulPinks) January 27, 2024
Ternyata, harapan para penggemar BLACKPINK (a.k.a BLINK) menjadi kenyataan setelah Lisa mengesahkan pertemuan mereka melalui perkongsian foto di Instagram peribadinya.

Ikonik sangat! #REMAJAPPROVED
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!




















