Ada di antara korang yang berangan untuk memiliki nombor plat cantik dan fancy seperti SIT1, TAM121 dan DYN4S? Mungkin korang nak lupakan je angan-angan itu.

Ini kerana Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri-negeri di Malaysia telah memulakan operasi aktif untuk menyaman pemilik kenderaan yang mempunyai nombor plat sebegitu rupa.

Pada sambutan tahun baru 2018 yang berlangsung awal pagi Isnin lepas, pihak JSPT telah menahan seramai 30 orang penunggang motosikal di Ipoh saja untuk kesalahan tersebut. Ini menunjukkan mereka amat serius untuk menangani isu tersebut.

Pemilik Kenderaan Dengan Nombor Plat ‘Fancy’ Mula Disaman Habis-Habisan Mulai 1 Januari

Dalam operasi tersebut, seorang remaja berusia 17 tahun yang dikenali sebagai Mugesh merupakan salah seorang yang ditahan atas kesalahan nombor plat fancy ‘Happy New Year 2018’. Menurutnya, seperti pesalah lain, dia hanya menukar nombor plat motorsikal Yamaha 135 LC miliknya sekadar suka-suka saja kerana mahu menyambut ambang tahun baru dengan kawan yang lain.

IKLAN

“Saya buat nombor plat ini dengan membayar RM17 dan saja suka-suka. Tiada niat lain pun. Sudah tentu saya dah serik untuk mengulangi kesalahan sama memandangkan ini adalah kali pertama saya ditahan,” katanya kepada wartawan BH selepas ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jalan Chamberlain di Ipoh.

Operasi Berterusan Di Melaka

Pemilik Kenderaan Dengan Nombor Plat ‘Fancy’ Mula Disaman Habis-Habisan Mulai 1 Januari

Semalam pula, JSPT negeri Melaka melaporkan mereka mengeluarkan sebanyak 24 saman atas kesalahan mengubah nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi.Menurut Ketua JSPT negeri, Superintendan Mohd Sham Abdullah, “Polis memandang serius penggunaan nombor plat fancy yang semakin berleluasa. Memang merugikan kerana sama yang dikeluarkan bagi kesalahan ini adalah cukup tiinggi. Lebih tinggi daripada kesalahan cermin gelap, cukai jalan tamat tempoh dan kesalahan tiada lesen memandu.”

IKLAN

Wow, sudah lah kebanyakan daripada pesalah adalah pelajar sekolah dan universiti. Mana nak cari RM250 weh kalau ditahan dalam operasi?

Pemilik Kenderaan Dengan Nombor Plat ‘Fancy’ Mula Disaman Habis-Habisan Mulai 1 Januari

IKLAN

Mengapa Ramai Yang Obses Untuk Mengubah Nombor Plat?

Penulis faham mengapa ramai remaja ingin memiliki nombor plat fancy. Bila kita tengok nombor plat mahal dibida dan dimiliki oleh golongan berada, ahli politik dan keluarga royalty, kita pun nak juga ada satu pada harga yang lebih murah.

Cuba bayangkan nombor plat W1N yang dibeli oleh Sultan Johor, Sultan pada harga RM748,000 pada tahun 2014. Manalah kita mampu nak beli.

Pemilik Kenderaan Dengan Nombor Plat ‘Fancy’ Mula Disaman Habis-Habisan Mulai 1 Januari
Datuk Seri Aliff Syukri pun pernah kena uols.

Jadi dengan adanya port menukar nombor plat pada harga semurah RM30, ramai yang nak mencubanya. Semua orang pun nak lakukannya, termasuklah Datuk Seri Aliff Syukri sendiri yang turut disaman pada 1 Januari lalu. Selain daripada saman kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, beliau turut menerima saman nombor plat kenderaan ‘PMD1’ yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Senang cerita, just stick to your real plate number. Kalau nak fancy, ada banyak cara lain yang boleh korang guna pakai seperti mengubah warna cat kenderaan atau paling mudah, lekatkan saja pelekat kenderaan di tingkap.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI