Tanggal Disember 2021 pernah meninggalkan kesan yang cukup mendapat buat Pengarah Urusan & Pengarah Butik COSRY, Ariff Quasry Md Din setelah beliau dikejutkan dengan pemergian bekas Pengarah Kreatif dan rakan akrabnya, Allahyarham Putra Aziz.
Tidak lama selepas itu, Ariff terus diasak dugaan seterusnya apabila butik COSRY yang selama ini berdiri gah di Sri Hartamas terbakar pada Jun 2022; hanya enam bulan selepas pemergian arwah Putra.
Pertemuan bersama REMAJA baru-baru ini telah membuka kisah di sebalik beberapa bulan mendukacitakan untuk Ariff & COSRY.
Pengarah Urusan & Pengarah Butik COSRY, Ariff Quasry Md Din (kanan) dan Datin Phelomena sewaktu temubual.
“Apabila butik COSRY terbakar, semua koleksi rekaan Putra dan archive yang dikumpul selama 15 tahun turut terbakar tanpa sempat diselamatkan walaupun sehelai.
“Barang kenangan arwah hilang lenyap dalam sekelip mata. Perasaan sedih dan kecewa itu, hanya Tuhan yang tahu, lebih-lebih lagi baharu sahaja kehilangan Putra. Saya mengambil sedikit masa untuk kuatkan semula semangat dan menyakinkan diri bahawa pasti ada hikmah atas setiap ujian Allah SWT ke atas hambaNya,” ulas Ariff membuka bicara.
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dato’ Sri Nancy binti Shukri (tengah) merupakan tetamu undangan VIP pada pertunjukan fesyen COSRY Raya 2023 baru-baru ini.
“Lantas, dua ketentuan takdir itu menjadi titik tolak kepada saya untuk membuka chapter baru. Saya berfikir secara rasional dan mula merancang perjalanan baru COSRY.”
Jika dahulunya, COSRY terkenal sebagai sebuah jenama fesyen tempatan yang menyediakan busana eksklusif untuk disarungkan oleh pembeli VIP dan selebriti ternama Malaysia terutamanya sewaktu majlis perkahwinan.
Berbagai-bagai rupa busana kahwin pernah menyinari dunia selebriti hasil sentuhan COSRY; dari Zahirah Macwilson, Mawar Rashid, Che Puan Syamim Farid, Che Puan Juliana Evans hinggalah ke gaun perkahwinan ikonik ‘Mariposa’ untuk si cantik jelita, Anzalna Nasir.
Sentuhan ‘emas’ Allahyarham Putra sebagai Pengarah kreatif pada ketika itu menjadikan butik itu sebagai pilihan utama kepada bakal raja sehari atau kepada selebriti yang bertandang acara rasmi dan musim perayaan.
Setelah pemergian arwah selama ebam bulan, penerus legasinya, Ariff bangkit dengan sokongan baharu daripada wanita kelahiran Sarawak yang juga merupakan pelanggan setia COSRY selama ini, Datin Philomena Simeon.
Datin Philomena Simeon.
“Saya minat dengan fesyen dan tekstil; tetapi saya bukannya daripada latar belakang fesyen. Saya menyertai COSRY sebagai Pengarah dan rakan kongsi ini adalah atas rasa cinta terhadap jenama ini. Ia dekat dengan hati saya.
“Kini, Ariff dan seluruh pasukan kerja COSRY akan lebih bersemangat dengan penjenamaan semula yang lebih segar dan rekaan yang kita sasarkan kepada orang muda dengan harga mampu milik,” tinta Philomena.
Ariff menambah bahawa hala tuju COSRY yang baru ini adalah hasil ilham dan sentuhannya sendiri tanpa memandangkan ke belakang terhadap koleksi yang pernah dihasilkan Allahyarham Putra.
“Bukannya untuk melupakan terus ‘signature’ sentuhan Putra tetapi barangkali sudah tiba masa COSRY mengkaji semula citarasa pembeli berusia 25 – 35 tahun dan permintaan pasaran pada era ini. Kita masih akan terus bermain dengan elemen lace dan potongan kebaya kerana itu adalah identiti kita, cuma kini mengikut stail saya,” kata Ariff.
Yang pasti selepas ini, COSRY tidak lagi menumpakan jenama semata-mata kepada golongan VIP, atasan atau selebriti sahaja seperti yang pernah berlaku satu ketika dahulu.
Ads
Koleksi Raya Pertama Selepas Setahun Setengah
Bagi membuka lembaran baharu ini, COSRY tampil dengan koleksi Hari Raya pertamanya selepas berehat seketika.
Bersesuaian dengan seluruh lapisan masyarakat, COSRY pada tahun ini mula memperkenalkan rekaan plus size dan meneruskan koleksi bagi pemakai lelaki.
Pelakon, Puteri Sarah Liyana dilantik sebagai ‘muse’ untuk koleksi Edisi Terhad COSRY Raya 2023.
Terdapat 3O helaian rekaan baharu untuk digayakan Aidilfitri tahun ini. Tema warna musim perayaan ini menjurus kepada warna pastel tanpa mengabaikan terus ‘warna-warna garang’ kerana peminat warna sedemikian tetap ada.
Kesemuanya hasil keras 10 individu berdedikan lagi berbakat termasuk pereka fesyen, tukang potong, tukang jahit baju dan tukang jahit manik.
Jom lihat beberapa rekaan yang dibahagikan kepada koleksi Ready-To-Wear, Luxe Edition dan Limited Edition.
Ads
READY-TO-WEAR
LUXE EDITION
LIMITED EDITION
Dalam pada itu, COSRY dijangka bakal mengoperasikan butik baharunya di Jalan Maarof, Bangsar pada Jun 2023.
Oleh itu, jika korang ingin mendapatkan koleksi Hari Raya ini, korang boleh ke stor ‘pop-up’ COSRY di aras dua, Shoppes At Four Seasons Place dekat Jalan Ampang, Kuala Lumpur atau di laman sesawang yang baru dilancarkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penjagaan kulit wajah sangat penting supaya seseorang individu kelihatan lebih bersih, menarik dan juga segar. Wajah yang tampan ataupun cantik bukan bergantung kepada warna kulit, tetapi lebih kepada kesihatan kulit yang nampak sihat tanpa noda. Cerah, gelap, kuning langsat atau sawo matang, setiap jenis warna kulit ini mempunyai kelebihan sendiri. Embrace your skin colour and be proud of it.
Jom kita lihat lima langkah yang patut anda amalkan.
Langkah Pertama: Cleanser Ini merupakan langkah penting. Untuk jejaka, jangan gunakan sabun badan untuk mencucui muka! Ini menyebabkan kulit wajah anda lebih kering. Gunakan pembersih yang dikhaskan untuk wajah. Pilih pembersih yang bersesuaian mengikut keadaan kulit anda sebagai contoh pemberish untuk kulit berminyak, kulit biasa dan kulit kering.
Langkah Kedua: Toner Selepas selesai membersihkan wajah anda perlu meletakkan toner pada muka. Toner membuatkan kulit anda terasa lebih segar. Pastikan anda memilih toner yang bebas alkohol kerana jika toner pilihan anda memiliki bahan ini, ia akan menyebabkan kulit menjadi lebih kering walaupun anda terasa segar.
Langkah Ketiga: Pelembap Selepas selesai proses memakai toner, anda harus mengaplikasikan sapuan moisturizer/pelembap ke wajah untuk mengekalkan keanjalan wajah. Ini kerana kulit kita ibarat span yang menyerap air. Namun begitu ketahui jenis-jenis pelembap yang sesuai untuk kulit anda. Jika kulit anda berminyak selalunya gunakan pelembap yang berasaskan air dan bukan minyak, dan sebaliknya untuk kulit yang kering.
Langkah Keempat: Krim Mata Ramai yang tidak menyedari bahawa bahagian bawah mata sangat sensitive dan sesetengah produk yang dikhususkan untuk kulit wajah tidak sesuai untuk disapu dipermukaan bawah mata. Oleh itu selepas pelembap wajah, anda haru mengoles krim mata bagi mengekalkan kesegaran dan juga mengelakkan dari lingkaran hitam terbentuk.
Langkah Kelima: Krim Tabir Suria (Sunscreen) Penggunaan produk ini sangat penting bagi melindung kulit anda dari sinar UV matahari yang boleh menyebabkan masalah kulit sekaligus menggelapkan wajah. Pilik krim tabir suria yang memiliki spf 50+++.
Mengekalkan kesihatan kulit wajah harus diamalkan sejak Remaja lagi, semoga menerusi tip yang diberikan ini korang akan tampil segar dan juga yakin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jerawat adalah penyakit kulit biasa yang terjadi kira-kira 85% dalam hidup seseorang.
Apabila ia kerap berada di muka dan sukar menemui cara mudah menghilangkan jerawat, ia boleh menyebabkan seseorang berasa kecewa dan kurang berkeyakinan untuk tampil di khalayak ramai.
Walaupun terdapat banyak ubat jerawat semula jadi di luar sana, namun hanya segelintir saja yang terbukti secara saintifik untuk membantu. Bagaimanapun, tahukah anda daun pudina dapat membantu juga merawat masalah jerawat?
Ya, selain mempunyai banyak kegunaannya selain terkenal dalam masakan dan minuman, daun pudina juga digunakan dalam dunia kecantikan sebagai satu bahan untuk mencantikkan kulit wajah, terutama dalam merawat masalah berkenaan.
Selain mudah didapati, daun pudina juga bagus digunakan sebagai bahan mujarab. Ini Remaja kongsikan caranya:
Mudah sahaja, hanya tumbuk daun pudina dengan lesung batu.
Setelah lumat, lumurkan bahan tersebut di wajah terutama di kawasan yang berjerawat.
Biarkan ia meresap selama 20 minit sebelum bilas muka anda dengan air sejuk.
Lakukan dua kali seminggu untuk kesan menakjubkan.
Dah siap! Senang kan? Selamat mencuba….
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tashi Choden, gadis berusia 23 tahun mencipta momen bersejarah apabila dia berjaya memenangi pertandingan Miss Universe Bhutan yang pertama kalinya diadakan dinegara itu.
Walaupun begitu, Tashi bukanlah orang baharu dalam dunia ratu cantik. Sebaliknya dia sebelum ini pernah menyertai pertandingan Miss Citadel Pune 2017 di India bahkan sebelum itu dia dinobatkan sebagai Miss Indo Bhutan Fest 2016.
Pada tahun 2018 dia menyertai pertandingan Miss Asia, walaupun tidak berjaya mendapat tempat, dek keramahan dan personaliti menarik, dia dianugerahkan dengan gelaran Miss Congeniality. Setahun kemudian, dia sekali lagi mewakili Bhutan di pertandingan Miss Supermodel Worldwide 2019 dan berjaya tembus ke kedudukan top 15 serta dinobatkan sebagai pemenang Best Catwalk.
Dengan pengalaman yang luas dalam dunia ratu cantik, tidak hairanlah gadis tinggi lampai ini berjaya mengalahkan 24 peserta lain untuk merebut gelaran Miss Universe Bhutan 2022. Seiring dengan kemenangan, dia akan menjadi wakil pertama negara tersebut ke pentas berprestij Miss Universe.
Menerusi sebuah video khas untuk pertandingan ini, Tashi berkongsi, “Selain daripada kepercayaan, saya juga percaya dengan sedikit magis. Bukan untuk muat dalam kasut kaca Cinderella tetapi lebih kepada untuk memecahkan sekatan masyarakat untuk lebih maju ke hadapan.”
Para peserta tampil anggun menggayakan pakaian tradisional wanita Bhutan.
Sekadar informasi untuk pembaca REMAJA, Bhutan merupakan sebuah negara kecil yang terletak di antara China dan India. Negara ini merupakan satu-satunya negara yang diiktiraf sebagai negara karbon negatif kerana persekitarannya yang terpelihara dan tiada pembangunan berleluasa dibenarkan.
Secara fakta, 60 peratus kawasan negara itu digazet supaya dikekalkan sebagai hutan, manakala binaan bangunan di sana tidak dibenarkan melebihi enam tingkat pembinaannya. Usaha ini dilakukan untuk menjaga keharmonian alam sekitar.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hubungan istimewa yang sekian lama menjadi teka-teki akhirnya terjawab! Pelakon popular, Bella Astillahdan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini selangkah lagi ke fasa baharu...