Nama Adriana Ghafar mungkin masih hijau dalam dunia penyiaran dan hiburan tempatan, dia yang merupakan salah seorang peserta Dewi Remaja 2019 merupakan rakan seangkatan Shaza Bae yang bergelar juara bagi edisi tersebut. Menyertai pertandingan Dewi Remaja 2019 ketika berusia 21 tahun, anak jati Johor Darul Takzim ini menangguhkan pengajiannya selama satu semester.
Keputusannya ketika itu tidak sia-sia apabila berjaya merangkul gelaran naib juara bagi edisi berkenaan. Usai pertandingan, dia menyambung kembali pengajian yang tertangguh dan kini telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada majlis konvokesyen ke-62 intitusi pendidikan berprestij, Universiti Malaya.
REMAJA sempat berbual dengan gadis tinggi lampai ini usai majlis kovokesyennya.
Boleh ceritakan serba sedikit mengenai kisah pendidikan anda?
Adriana sebenarnya bermula dari matrikulasi dan mengambil jurusan perakaunan. Namun selepas itu saya bertukar arah dan memilih bidang undang-undang. Semuanya mengambil masa lebih kurang lima tahun, 10 bulan di Kolej Matrikulasi Johor dan kemudiannya empat tahun setengah di Universiti Malaya.
Terpaksa menangguhkan pengajian kerana menyertai Dewi Remaja…
Ads
Saya ada menangguhkan pengajian selama satu semester untuk masuk Dewi Remaja ketika berada di tahun kedua pengajian. Supposedly it will be so much later than this to graduate, but Alhamdulillah I catch up quite early despite the need to extend semester.
Selepas tamat Dewi Remaja bagaimana anda membahagikan masa di antara kerjaya dan dunia seni?
Sebelum dan selepas perintah kawalan pergerakan, saya ada melakukan kerja sebagai peragawati dan juga menceburi dunia lakonan. It was so tough because law school required so much time and energy. But I make sure that I have my daily journal with me so I will not miss out anything. Selalunya saya akan rancangan jadual saya sebulan sebelum, jadi ada hari didedikasikan untuk penggambaran dan ada hari saya akan menumpukan kepada pengajian.
Siapakah yang banyak memberi motivasi kepada anda? Selepas ini akan bergiat sebagai anak seni ataupun mahu menumpukan kepada dunia perundangan?
Ads
Semestinya keluarga, rakan-rakan dan diri saya sendiri. It’s been a struggle but with their support, Alhamdulillah everything is possible. Saya masih mahu bergiat aktif dan dunia seni, walau bagaimanapun saya mahukan gelaran peguam. Jadi saya akan berhenti seketika dari kerjaya sekarang bagi melakukan chambering untuk beberapa bulan.
Kini, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai, Johor Bahru ini merupakan salah seorang pembaca berita di Berita 757 yang disiarkan oleh saluran Awesome TV. Sebelum ini dia pernah berlakon dalam drama bersiri Kisah Cinta Kita yang disiarkan di slot akasia TV3 dan membintangi pelbagai iklan komersial.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Banyak pengguna bahasa khususnya para pelajar bertanya tentang perbezaan antara kata “agen” dengan “ejen”. Pada kesempatan ini, kedua-dua kata akan dijelaskan agar pengguna bahasa faham dan tidak melakukan kesalahan bahasa pada masa akan datang.
Kedua-dua perkataan “agen” dan “ejen” merujuk perkataan daripada bahasa Inggeris yang sama iaitu agent. Namun, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kedua-dua perkataan ini merujuk bidang yang berbeza.
Ejen: Orang (syarikat dan sebagainya) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain, orang yang diupah dan digunakan untuk mewakili dalam urusan jual beli.
Agen: Sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas (proses dan sebagainya)
Lihat perbezaan antara kedua-dua perkataan ini dalam ayat di bawah:
Puan Rosnah ejen insurans yang dipercayai.
Asid ialah agen kimia yang penting.
Secara ringkasnya, “ejen” merujuk manusia manakala “agen”merujuk bukan manusia. “Ejen” digunakan untuk orang, wakil syarikat dan sebagainya manakala “agen” kebiasaannya digunakan dalam bidang sains dan teknologi untuk menggambarkan berlakunya sesuatu proses atau tindak balas. Kesimpulannya, kedua-dua perkataan ini digunakan mengikut konteks dan bidang yang berbeza.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka. Atikel ini ditulis oleh NOR FAZILAH BINTI NOOR DIN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penantian Malaysia selama tujuh tahun nyata membuahkan hasil setelah pasukan e-Sukan remaja negara, Selangor Red Giants (SRG) menjuarai kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 malam tadi; sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah USD1,000,000 atau kira-kira RM4,669,303.78 berserta trofi.
Pada aksi perlawanan final yang berlangsung di Amazon Arena Riyadh, Arab Saudi itu, SRG mengenepikan saingan juara bertahan dari Filipina iaitu Team Falcons AP Bren Sport dengan keputusan 4-2.
Bagaimanapun, laluan SRG malam tadi tidaklah semudah yang diharapkan apabila skuad negara itu terlebih dahulu tewas di pusingan pertama dengan keputusan 23-16.
SRG bangkit semula pada pusingan kedua (14-11) untuk menyamakan kedudukan 1-1 sebelum kembali tewas pada pusingan ketiga (6-22) bagi membolehkan AP Bren mendahului perlawanan dengan selesa.
Skuad di bawah kendalian Michael Angelo Bocado (Arcadia) itu tidak menjadikan situasi itu sebagai peluntur semangat mereka apabila kembali mendapat rentak dengan memenangi pusingan keempat (18-4) dan pusingan kelima yang sengit (12-11).
SRG sekali lagi menemui cabaran apabila pasukan Filipina itu menyamakan pula kedudukan dengan memenangi pusingan keenam (14-2) sekaligus mengheret kejohanan ke detik penentuan.
Di sinilah detik di mana SRG jelas berusaha bermati-matian untuk tidak membenarkan AP Bren mendominasi seperti di pusingan-pusingan terdahulu dan mereka sekaligus mengesahkan kejuaraan MSC sulung dengan keputusan 21-10!
Tambah manis apabila pemain ‘jungler’ SRG iaitu Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul (Sekyss) dinobatkan sebagai pemain paling bernilai MSC MLBB 2024.
Terdahulu, SRG mencetuskan sensasi setelah menewaskan pasukan dari Singapura, NIP Flash di aksi separuh akhir dan menjadi pasukan e-Sukan pertama dari Malaysia yang menempah tiket ke pentas final kejohanan MLBB dalam sejarah penyertaan negara.
Tahniah Selangor Red Giants!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Muhammad Azeem Mohd Fahmi sinonim dengan acara pecut di Malaysia ketika ini. Baru sahaja melabuhkan tirai Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 dengan menggungguli acara 100m, dia terus terbang ke Jepun untuk menghadapi cabaran olahraga di sana.
Dalam acara 200m yang disertainya, anak jati negeri Perak ini berjaya mencatat masa 20.98 saat untuk menduduki tangga kelima cabaran. Biarpun tidak berjaya berada dalam kedudukan tiga ke atas, namun prestasi cemerlang yang ditonjolkan meletakkan atlet muda itu sebagai pelari pecut yang konsisten.
Catatan masa terbaharu ini merupakan catatan masa keempat terbaik yang dirakamkan bawah 21 saat untuk tahun ini. Catatan masa peribadi terbaiknya adalah 20.83 saat ketika memenangi perlumbaan saringan pusingan awal 200m pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia, Ogos lalu.
Azeem ketika mengungguli pingat emas 100m SUKMA 2022 baru-baru ini.
“Saya berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan dan catatan masa yang dibuat Azeem di sini, selepas mencatatkan 21s pada separuh akhir. Walaupun tamat saingan di tempat kelima, yang penting adalah konsistensi.
“Selepas ini beliau akan membuat persediaan untuk melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat,” kata jurulatihnya, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah, ketika dihubungi oleh Bernama.
Dua minggu lalu di SUKMA 2022, selain menang pingat emas untuk acara 100m, Azeem turut menggondol pingat perak untuk acara 200m dan 4 x 100m.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...