Bintang Johor Darul Takzim (JDT), Liridon Krasniqi akhirnya secara rasmi telah pun diumumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah rasmi menjadi warganegara Malaysia.
Di akaun media sosial rasmi FAM, Stuart Ramalingam telah mengumumkan bahawa pemain kelahiran Kosovo itu telah menerima kad pengenalan (MyKad) di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.
Ads
Penerimaan MyKad ini telah menjadikan Liridon seorang warganegara Malaysia yang layak untuk menyarung jersi skuad kebangsaan selaku pemain naturalisasi.
Ads
FAM akan menghantar segera dokumen terbaharu berkaitan kelulusan dan pengesahan Liridon sebagai warganegara Malaysia ini kepada FIFA bagi melengkapkan proses dokumentasi yang diperlukan.
Diharap kehadiran Liridon sebagai pemain naturalisasi kedua selepas Mohamadou Sumareh dalam skuad Harimau Malaya nanti akan dapat memperkasakan lagi pasukan negara kita dalam menempatkan sukan bola sepak ke peringkat lebih tinggi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak banyak negara di dunia mengiktiraf kedudukan Israel termasuk Malaysia yang melarang rakyatnya dari pergi ke penempatan tersebut. Ditambah sikap Israel yang menindas Palestin dan rakyatnya, dunia juga memandang perlakuan tersebut sebagai pelanggaran hak asasi yang sukar diterima.
Terkini, viral di media sosial tindakan seorang pelajar perubatan dari Lahore, Pakistan mengecam tindakan google yang tidak meletakkan nama Palestin dalam petunjuk arah Google Map. Sebaliknya menggantikan Tel Aviv yang menjadi ibu kota bagi Isreal yang sepatutnya adalah hak milik Palestin.
Dalam satu tweet atas nama Hassan Sheikh @hassan_sheikh4, pelajar perubatan itu mengecam tindakan Google yang membuang nama Palestin.
“Shame on you Google ! How dare you to support Israil and erase #Palestine from Googlemaps!
#FreePalestine”
Ini antara tweetnya yang kemudian mendapat reaksi dari rakan netizen yang turut mengecam tindakan Google tersebut. Malah reaksi dari pengguna turut mempertikaikan dan menyifatkan nama Palestin seolah tidak wujud di peta online baik di Google Maps mahupun Apple Maps sebagaimana disiarkan oleh Arab News dua hari lalu.
Untuk pengetahuan kita semua, empat tahun lalu iaitu 2016, pengguna media sosial pernah mengecam tindakan Google ini yang membuang nama Palestin dari peta penunjuk arah.
Malah seorang jurucakap kepada Google pernah mengeluarkan kenyataan bahawa nama Palestin memang tidak wujud di Google Maps sebaliknya menulis hanya Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
“Namun kami sedang cuba untuk membawa masuk kembali nama Palestin dalam petunjuk arah itu.
Sementara itu seorang pengguna akaun atas nama @emyg24 mengatakan Google memang tidak pernah mencantumkan nama Palestin dalam Google Maps.
“Ini alasan mengapa hal ini sangat penting dilakukan.
Sebelum ini Isreal dikecam kerana terus menceroboh Tebing Barat malah Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu berkata akan lebih banyak penempatan untuk warga Isreal akan dibina di Tebing Barat. Tindakan dan ucapannya itu dikecam banyak negara kerana Isreal didakwa melanggar hak asasi kemanusiaan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apabila pandemik Covid-19 melanda Malaysia, sebahagian dari kita terpaksa bekerja dari rumah bagi mengekang penularan virus tersebut. Walaupun kedengaran indah, namun kerja dari rumah atau pun secara jarak jauh bukan di dalam pejabat ada kelebihan dan kekurangan.
Terutamanya dari segi pengurusan masa dan juga waktu kerja yang tidak jelas. Ada yang mengeluh, pukul 10 malam pun perlu menghadiri mesyuarat sedangkan waktu bekerja hanyalah setakat pukul enam petang.
Di Portugal, kerajaannya negara itu telah mengeluarkan satu akta baharu bagi menangani isu tersebut. Udang-undang ini baru sahaja diluluskan di Portugal.
Adalah menyalahi undang-undang untuk bos anda menghantar mesej kepada anda selepas bekerja dan syarikat mesti bertanggungjawab terhadap perbelanjaan akibat kerja di luar pejabat.
Peraturan baharu yang diluluskan oleh parlimen negara itu pada hari Jumaat lalu adalah tindak balas kepada kenaikan peratusan pada pekerja yang bekerja dari rumah akibat pandemik Covid-19, kata Parti Sosialis yang memerintah Portugal.
Di bawah undang-undang baharu ini, syarikat perlu membantu membayar perbelanjaan yang ditanggung oleh pekerja seperti seperti bil elektrik dan internet yang lebih tinggi daripada kebiasaan ketika bekerja di pejabat.
Sumber gambar: Pexels/ Olia Danilevich
Undang-undang baharu itu juga melarang majikan memantau pekerja mereka semasa mereka bekerja di rumah. Majikan juga boleh berdepan hukuman kerana menghubungi pekerja di luar waktu pejabat.
Walaupun begitu, pindaan kepada undang-undang buruh Portugal mempunyai had; undang-undang ini tidak akan terpakai kepada syarikat yang mempunyai kurang daripada sepuluh pekerja.
Walaubagaimanapun cadangan untuk memasukkan “hak untuk memutuskan sambungan” yang merupakan hak undang-undang untuk mematikan mesej dan peranti berkaitan kerja di luar waktu pejabat ditolak oleh ahli parlimen Portugis.
Langkah baharu itu juga bertujuan untuk menangani kesunyian, dengan syarikat dijangka menganjurkan pertemuan bersemuka sekurang-kurangnya setiap dua bulan.
Portugal adalah negara pertama di Eropah yang mengubah peraturan kerja secara jarak jauh akibat wabak itu.
Langkah sementara yang diperkenalkan pada Januari tahun ini menjadikan kerja jauh sebagai pilihan wajib, dengan beberapa pengecualian. Majikan juga diwajibkan menyediakan alat yang diperlukan untuk menyelesaikan kerja di rumah.
Walaupun kerja jauh sepanjang pandemik membawa fleksibiliti baharu kepada ramai, keperluan untuk campur tangan selanjutnya menjadi jelas melalui isu seperti akses tidak sama rata kepada kemudahan seperti internet.
Rasa bangga pula bila netizen sedunia di Twitter terutamanya bercakap mengenai kehebatan dan kepentingan juadah Nasi Lemak!
Okay, let’s not play the claiming game.
Tak kiralah korang makan Nasi Lemak di Malaysia, Brunei, Thailand ataupun Singapura, juadah popular untuk sarapan pagi itu (or at any times TBH) memang menjadi kegemaran semua. Malah sekiranya pelancong asing berkunjung ke negara kita pun, Nasi Lemak ialah juadah wajib yang akan dihidangkan kepada mereka.
Maka, tak hairanlah apabila netizen asing tertanya-tanya apakah itu Nasi Lemak dan mengapa ia diraikan sebagai doodle video oleh Google pada hari ini?
Ini dia pelukis ilustrasi, Alyssa Winans yang bertanggungjawab untuk mencipta video doodle tersebut bersama rakannya Satin Cowboy yang pernah mencipta bait bunyi dan lagu untuk Apple, Disney, Netflix dan banyak lagi klien lain.
Daripada ilustrasi story board yang dikongsikan oleh Alyssa menerusi akaun Twitter-nya ini, korang dapat lihat bagaimana dia cuba untuk memahami langkah-langkah menyediakan Nasi Lemak.
Korang setuju tak dengan cara penyediaan ni, atau Alyssa ada ter-miss langkah penting? Hehe..
Ini pula kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh Google Doodles untuk menjelaskan apakah itu Nasi Lemak kepada mereka yang tidak mengenalinya.
“Hari ini, Doodle meraikan juadah berbau wangi dan pedas yang dikenali sebagai Nasi Lemak. Juadah yang dianggap sebagai Juadah Kebangsaan Malaysia (OMG BANGGA!) dan dimakan sepanjang tahun ini adalah juadah sarapan rakyat di sana. Juga popular di Singapura dan Thailand, Nasi Lemak berasal daripada negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
“Walaupun namanya ialah Nasi Lemak (berasal daripada santan yang digunakan), ada juga yang beranggapan ia berasal daripada kisah anak kepada balu bernama Mak Kuntum yang secara tak sengaja tercurah santan ke dalam periuk nasi. Bila ditanya apa yang sedang dimasak, anak perempuan itu menjawab, “Nasi le, Mak!”
Hhm boleh percaya ke mitos ni?
Ini pula komen netizen mengenai ilustrasi Google Doodle ini:
Apapun, REMAJA dan pastinya kesemua rakyat Malaysia berbangga dengan juadah Nasi Lemak dan berharap agar lebih ramai lagi warga asing yang boleh menikmatinya.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.