
Pemain bola sepak Piala Presiden Selangor, Muhammad Husni bin Idrus, telah meninggal dunia setelah rebah di sebuah restoran di Petaling Jaya malam tadi.
Berita pemergian remaja berusia 21 tahun itu telah disampaikan oleh pihak Selangor FC menerusi platform Facebook mereka.
Memetik kenyataan yang ditulis pada siaran tersebut, “Dengan penuh dukacita kami memaklumkan pemergian Muhammad Husni Bin Idrus, pemain Skuad Piala Presiden Selangor FC 2022 yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi (25 Mei 2022).
“Kami dari Selangor FC mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham dan bersama-sama kita mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
“Kami juga memohon agar semua pihak dapat bersama menjaga adab dan privasi keluarga Allahyarham dalam kita berkongsikan berita ini bagi menghormati keluarganya.”
Setakat jam ini, punca kematian allahyarham masih belum diketahui.
Menurut laporan, Allahyarham sebelum itu turun beraksi menentang pasukan JDT pada sebelah petang yang mana menyaksikan pasukan Selangor tewas 0-3.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak Orang Asli Cipta Sejarah, Genggam Ijazah Kelas Pertama Universiti Terkemuka Dunia

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
Orang Asli di Malaysia kini semakin cemerlang apabila melakar kejayaan berterusan dalam bidang yang diceburi. Bakat dan usaha masyarakat ini seharusnya diraikan bersama kerana mereka juga layak untuk menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
ARTIKEL BERKAITAN : Anak Pemungut Sampah Dinobat Miss Universe Thailand 2022, Ketepikan Calon Pilihan Ramai

Baru-baru ini, sekali lagi anak Orang Asli dari suku Semai melakar sejarah. Mahasiswa Orang Asli ini menamatkan pengajian peringkat Sarjana Muda dengan ijazah kelas pertama di universiti ternama, University College London (UCL).
Menurut Persatuan Mahasiswa Orang Asli (PMOA), Susherrie Suki yang berasal dari Perak menamatkan pengajian Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Hartanah di Bartlett School of Planning UCL.
“Beliau merupakan graduan Orang Asli yang pertama dari Semenanjung Malaysia yang dianugerahkan ijazah kelas pertama dari UCL. UCL merupakan universiti terkemuka di dunia, di mana kedudukan semasa universiti ini adalah di tangga kelapan dunia (QS World University Ranking 2023).
“Sherrie berasal dari Perak, di mana ibu dan bapanya merupakan Orang Asli suku kaum Semai yang berasal dari Kampung Orang Asli Chinggung, Behrang Ulu di Tanjung Malim, dan Kampung Orang Asli Ulu Geruntum di Gopeng.
“Saudari Susherrie Suki kini telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang Rekabentuk Bandar dan Perancangan Bandar di universiti yang sama,” kata persatuan itu di Twitter.

Pelajar Bijak Dengan 10A SPM
Pada 2016, anak jati berdarah asli Semai ini mendapat keputusan 10A dalam peperiksaan SPM dan diterima melanjutkan pengajian di Kolej Mara Seremban. Menurut PMOA, Susherri adalah salah seorang pelajar Orang Asli yang menerima biasiswa Mara di bawah Program Pembangunan Bakat Muda susulan keputusan cemerlangnya dalam SPM.
Selain bidang akademik, dia juga aktif dalam kegiatan di dalam dan di luar kampus, termasuk menjadi anggota Royal Town Planning Institute, ketua biro publisiti Bartlett Urban Planning Society dan ketua biro dalam UCL Malaysia Society.
Kejayaan luar biasanya Susherrie ini berjaya membanggakan ibu dan bapanya serta seluruh masyarakat Orang Asli Semai. Moga lebih ramai masyarakat Orang Asli mengikut jejak gadis ini dan terus berjaya.
ARTIKEL BERKAITAN: Guru Sekolah Rendah Dinobatkan Sebagai Unduk Ngadau Kaamatan 2022
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Sikit Pun Tak Layak”, Guru Luah Pendapat Pak Nil Dinobat Sebagai Ikon PAK 21

Apa kata korang dalam hal ini?
Boleh ke selebriti memahami tugas cikgu-cikgu yang sentiasa berhadapan dengan karenah pelajar?
Memetik kenyatan disiarkan di fb milik Kementerian Pendidikan Malaysia, semalam KPM telah mengiktiraf sumbangan Datuk Aznil Nawawi dalam bidang Pendidikan.
Sehubungan itu, KPM telah menobatkan Datuk Aznil atau mesra disapa Pak Nil sebagai Ikon Pembelajaran Abad ke 21 (PAK21) yang sebelum ini pernah dilantik sebagai Ikon Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih pada tahun 2017.

Antara kriteria pemilihan Datuk Aznil sebagai Ikon PAK21 adalah sering terbabit secara langsung dalam aktiviti sosial, ekonomi, pendidikan dan khidmat masyarakat.
Tidak hanya terkenal sebagai selebriti, Pak Nil juga sangat terkenal dengan usaha beliau untuk menyerlahkan potensi generasi muda dan cilik dari pelbagai aspek; keyakinan dan ketrampilan diri, bakat, komunikasi dan lain-lain.
Sejak zaman rancangan bual bicaranya Macam-Macam Aznil telah terserlah usahanya ke arah itu.Pengaruh kuat Pak Nil dalam kalangan ibu bapa disebabkan sifat nya yang sangat mesra dengan kanak-kanak.
Objektif utama pemilihan Pak Nil sebagai Ikon PAK21 adalah untuk mendekati orang awam terutamanya ibu bapa untuk memberi pemahaman yang lebih jelas tentang PAK21.
Inilah kenyataan dan sebab mengapa KPM melantik Pak Nil sebagai IKON PAK 21.
Namun reaksi ini mendapat luahan dari seorang guru yang agak terkenal di media social iaitu Cikgu Mohd Fadli Salleh yang banyak berkongsi teknik pembelajaran selain membantu golongan susah terutama ibu bapa pelajar yang kurang berkemampuan.
Ini sekadar pendapatnya sahaja, kalau kita tak setuju tak mengapa tetapi mereka sebagai guru lebih memahami. Betul tak?
Jelas Cikgu Mohd Fadli, Pak Nil belum layak menjadi ikon PAK21, Pak Nil sememangnya tak layak. Sedikit pun tidak layak.

Bacalah luahan cikgu ini ya.
LAYAKKAH PAK NIL DINOBATKAN SEBAGAI IKON PEMBELAJARAN ABAD KE-21?
Siapa tak kenal Datuk Aznil Haji Nawawi? Seorang yang sangat ramah, baik dan hebat dalam bidang yang diceburinya.
Hari ini Pak Nil dinobatkan menjadi IKON PEMBELAJARAN ABAD KE-21 oleh KPM. Terus kecoh alam maya dengan lantikan ini kerana rata riti orang tidak bersetuju dan mempertikaikan hal ini.
Jika ditanya pada aku, aku sendiri tidak setuju Pak Nil dilantik menjadi ikon PAK21 ini.
Benarlah Pak Nil banyak membantu dalam mempromosi pendidikan, beliau juga banyak memberi sumbangan kepada golongan geladangan, program pendidikan dan sebagainya. Tidak dinafikan hal ini.
Namun itu sahaja tidak cukup untuk mengangkat beliau menjadi ikon PAK21.
Seseorang yang dinobatkan menjadi ikon ini sepatutnya sangat mahir tentang hal itu. Mahirkah Pak Nil dengan semua perkara yang digariskan dalam PAK21? Pastinya tidak.
Pastinya Pak Nil tak pernah duduk dan bina sendiri parking lot. Tidak pernah guna kadbod, potong kertas, guna laminate untuk buat traffic light. Tidak pernah menjahit langsir, menjahit alas meja, membuat susunan kelas PAK21, tulis nama murid dan sebagainya. Pastinya tak pernah kerana beliau bukan guru.
Bahkan jika ditanya tentang PAK21, berapa kompenannya, apa yang kita perlu buat, apa itu gallery walk, apa itu PLC, hot seat, role play, carta alir, peta i think pastinya sukar beliau nak jawab.
Beliau boleh baca semua maklumat tentang PAK21, namun beliau sesekali takkan pernah boleh duduk dan melakukan semua elemen PAK21 yang beliau sebut kan itu.
Bagaimana seseorang hendak menjadi seorang ikon PAK21 jika beliau sendiri tidak mahir pun dengan PAK21?
Ikon ini sumber rujukan. Ikon ini menjadi idola. Seorang ikon itu mampu menyelesaikan masalah berkaitan. Dan semua ini tak mampu Pak Nil lakukan kerana beliau tidak ‘berkubang’ dalam bidang ini secara langsung.
Aku hormati Pak Nil dan suka dia. Siapa yang tak suka dia? Orang yang sangat baik dan bagus sekali.
Namun maaf Pak Nil dan semua peminat beliau. Untuk menjadi ikon PAK21, Pak Nil sememangnya tak layak. Sedikit pun tidak layak.
Namun aku sangat menyokong jika Pak Nil dilantik menjadi Duta Pembelajaran Abad ke 21. Ya jadi duta.
Ikon dan duta dua benda berbeza.
Beliau punya pengaruh. Beliau punya ramai peminat. Beliau banyak jasa dalam bidang pendidikan. Beliau banyak menyokong pelbagai usaha dalam menyebarkan ilmu.
Maka lantik saja beliau sebagai duta KPM. Itu lebih baik dan kena. Dan itulah sebaik-baiknya.
Buat Pak Nil, jika Pak Nil baca coretan ini aku ingin ucapkan tahniah kerana dinobatkan.
Aku juga dengan rendah diri ingin memohon maaf jika Pak Nil terasa hati dengan coretan aku ini. Aku sangat menyanjung usaha murni Pak Nil dalam bidang pendidikan.
Terima kasih atas segala jasa Pak Nil itu. Teruskan membantu ya. Cuma untuk title ikon, pada aku tidak kena pada tempatnya.
Namun jika dilantik sebagai duta, aku 100% setuju.
Masih ramai guru di luar sana yang layak dijadikan ikon. Contohnya ada cikgu-cikgu kita yang pernah tercalon antara Guru Terbaik di Dunia. Diakui diperingkat antarabangsa kehebatan mereka.
Yang menjuarai pelbagai pingat inovasi, teknik pengajaran, dan pelbagai sumbangan di peringkat asia dan antarabangsa pun ramai juga.
Mereka ini pada aku adalah calon paling layak dan tepat. Kerana mereka inilah sebenar-benarnya yang bermain lumpur dan berkubang dalam bidang ini sepenuh hati.
Dan mereka inilah yang mengabdikan berpuluh tahun dalam kehidupan demi kecintaan pada profesion pendidikan.
#MFS
– Sekadar pandangan peribadi –
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktiviti Kunjung Mengunjungi Hari Raya Punca Kluster Pangsapuri Cheras

Ternyata apa yang dirisaukan mula menjadi kenyataan. Aktiviti kunjung mengunjung yang diberikan oleh kerajaan pada hari raya pertama baru ini besar kemungkinan menjadi punca kluster Pangsapuri Cheras dilaporkan.
Laporan terkini Sinar Harian, penularan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) di Pangsapuri Cheras berkemungkinan besar berkaitan dengan aktiviti kunjung mengunjung sebelum dan semasa Hari Raya Aidilfitri.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, siasatan lanjut masih dilakukan.
"Seperti yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) maklumkan sebelum ini, terdapat satu kluster baharu di sebuah pangsapuri di Cheras, Kuala Lumpur.
"Kes pertama kluster ini telah dikenal pasti daripada saringan pelajar pusat tahfiz yang telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan KKM.
"Bagaimanapun, melalui siasatan tiada pelajar, guru atau kakitangan dari pusat tahfiz tersebut yang mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, susulan itu siasatan dan saringan kontak rapat bagi keenam-enam kes tersebut telah dijalankan.
Katanya, setakat ini, seramai 120 orang dikenal pasti dan disaring, enam didapati positif, 76 negatif dan 38 masih menunggu jawapan.
"Mereka telah dikesan melalui tindakan pengesanan kes secara aktif. Kes-kes positif kluster ini merupakan ahli keluarga dan rakan kepada kes pertama yang dikesan," katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

