Di saat dunia fesyen kini dipelopori duta jenama daripada industri hiburan K-pop dan K-drama, satu-persatu selebriti Korea Selatan ditampilkan pada pertunjukan fesyen serta dalam kempen bermusim jenama antarabangsa popular.

Nama kumpulan seperti Blackpink, BTS malah kumpulan ‘maknae’ seperti NewJeans tidak lagi asing dengan peluang menjadi duta jenama fesyen. Malah disebabkan pengaruh mereka juga, jualan koleksi baharu yang diperkenalkan mengikut musim melipat kali ganda.

Jika V, Jennie atau dan Hanni memakai sesuatu helaian pakaian atau sepasang sneakers misalnya, more often than not, ia akan laris terjual.

Justeru, tidak hairanlah pengaruh selebriti Korea dalam dunia fesyen zaman ini tidak menunjukkan tanda-tanda bakal surut.

Terbaru, jenama sukan antarabangsa, PUMA telah melantik kumpulan gadis K-pop, IVE sebagai dutanya bagi rantau Asia Pasifik.

Ini bermakna kelibat IVE dalam persalinan PUMA akan tertera di benua Asia dan Ocenia yang terdiri daripada 15 buah negara/pasaran berbeza. Wow!

IKLAN

Pengaruh K-Pop: Kumpulan IVE Laris, Tidak Ketinggalan Jadi Duta Untuk Jenama PUMA Pengaruh K-Pop: Kumpulan IVE Laris, Tidak Ketinggalan Jadi Duta Untuk Jenama PUMA

Menurut kenyatan yang dikeluarkan oleh PUMA pada 30 Jun 2023, ia kini sedang merancang beberapa aktiviti jenama termasulah kempen serta acara eksklusif agar peminat IVE dan PUMA dapat sama-sama menikmatinya.

Dalam imej kempen pertama IVE untuk PUMA yang dilancarkan hari ini, keenam-enam ahlinya dapat dilihat distailkan dalam persalinan ikonik PUMA jaket trek T7 dan ‘Suede sneakers’.

IKLAN

Pengaruh K-Pop: Kumpulan IVE Laris, Tidak Ketinggalan Jadi Duta Untuk Jenama PUMA

Untuk pengetahuan korang, IVE telah pantas mendaki carta populariti menerusi lagu hit mereka seperti I AM dan Kitsch serta album I’veIVE yang baru sahaja diluncurkan pada April lepas; lalu berjaya mencatatkan jualan 1.1 juta keping.

Tidak hairanlah PUMA ingin ‘mengikat’ kumpulan ini terlebih dahulu bagi kemunculan kempennya selepas ini.

IKLAN

BACA LAGI: IU Pula Dipilih Gucci Sebagai Duta Global, Ikut Langkah Lee Jung-jae & Shin Min-a – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI