Penyanyi, Illa Sabry yang juga mengusahakan perniagaan kedai makan baru-baru ini mendedahkan beliau pernah mengalami kejadian mistik seolah-olah premis perniagaannya itu ditutup.
Mengimbau kembali kejadian aneh yang terjadi terhadap dirinya beberapa tahun lalu, Illa atau nama sebenarnya, Fasillah Sabry (45) sehingga kini tidak tahu kejadian dari mana punca ia berlaku dan kekal positif serta bersangka baik atas setiap perkara yang ditakdirkan.
“Pada 2011, orang tak nampak kedai makan saya, jadi sekejap buka sekejap tutup. Sampai sekarang tidak tahu siapa yang buat dan sekarang saya banyak amalkan doa pelindung diri setiap kali keluar rumah,” katanya ketika ditemui pihak media selepas konsert Gegar Vaganza 11, semalam.
“Itu benda betul yang pernah terjadi pada saya dan juga beberapa orang peniaga. Tapi kita kena sentiasa berhati-hati,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, dirinya juga pernah merasa hampir mati apabila lebih sebulan tidak dapat menjamah makanan disebabkan sakit.
“Ketika itu, pada tahun 2012, saya menjalankan perniagaan pengiklanan, tiba-tiba saya sakit teruk dan muntah-muntah,” ujarnya.
Ads
“Setiap makanan yang saya jamah pasti akan keluar balik, sampai rasa nak mati. Berat badan pun turun sampai 12 kilo,” jelasnya.
Pada awalnya, Illa menjangkakan dirinya menghidap penyakit batu karang tetapi selepas menjalani pemeriksaan dengan beberapa orang doktor, keadaan kesihatannya dilaporkan baik-baik sahaja.
“Saya memang fikir positif ingat sakit batu karang tetapi doktor kata batu karang saya terlalu kecil untuk saya sakit teruk macam ini”
“Akhirnya saya buat keputusan balik ke rumah ibu bapa, andai habis nyawa di sana pun saya reda. Tapi bapa saya cuba ikhtiar berubat sendiri dan saya minum air penawar”
“Selepas kali kedua minum air itu saya muntahkan semua, saya sendiri tidak tahu apa yang keluar. Alhamdulillah, sejak itu saya sihat dan tidak sakit lagi sehingga kini,” kongsi Illa.
Ads
Meskipun mengalami pelbagai pengalaman perit, hal tersebut tidak menghalang Illa untuk terus menceburi dunia perniagaan. Kini, selain menyanyi Illa juga aktif menjalankan perniagaan makanan di bawah jenama Cik Gebu.
Dalam pada itu, Illa yang tersingkir pada minggu keenam konsert Gegar Vaganza turut meluahkan rasa gembira kerana diberikan peluang menyertai #GV11 sebagai pengubat rindu dirinya dalam industri seni.
“Saya kembali dalam industri kerana nak lepas rasa rindu. Selepas ini kita lihat macam mana, andai ada rezeki saya akan teruskan kerjaya nyanyian. Jika tidak saya akan fokus kepada perniagaan,” jelasnya.
Sekadar info. konsert Gegar Vaganza 11 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad, 9 malam. Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah lebih kurang dua minggu masyarakat Islam berpuasa. Macam mana dengan berat badan korang? Makin bertambah atau berkurang? Hiks!
Di bulan Ramadan ni ramai yang mengambil peluang untuk mengurangkan berat badan. Tak salah pun kalau korang nak cuba jadikan bulan ini sebagai semangat untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat. Bila badan dah susut sikit, barulah senang nak beribadah kan? Betul tak?
Nah, disini kami nak kongsikan sebuah kisah benar (hehe) kejayaan tentang penurunan berat badan oleh Najihah Nazir yang turut memberi tip serta panduan untuk korang yang cuba ingin berdiet.
Bekerja sebagai seorang jururawat membuatkan dirinya sering berjumpa dengan macam-macam jenis pesakit dan penyakit kerana tidak berjaya mengawal diet, maka terjadilah penyakit kronik seperti buah pinggang bocor, kencing manis teruk, tekanan darah tinggi.
Pernah juga berkecil hati dengan artikel dan mulut-mulut yang sering mempersendakan berat badan, Najihah mengambil sindiran itu dasri sudut positif dan membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk mengubah gaya hidup.
Jom kita baca kisah inpirasi daripada gadis ini.
Berikut merupakan details individu sebelum melakukan program diet:
Tinggi: 164 cm
Berat maksimum: 90kg ++
Saiz baju: dari 3XL ke L/M
Goal: Ingin capai berat 55kg
Gambar sebelum & selepas
Diet yang dilakukannya:
2 bulan setengah, eat clean dan kalori deficit. No sugar, no salt, no oil
Workout:
Dah kurangkan 5-10kg baru workout sebab time badan agak besar, agak susah untuk bergerak. Tapi sebenarnya korang boleh cuba buat perlahan-lahan dan lakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.
Gambar hiasan
Regime:
OMAD (one meal a day) 20 jam
Paling minima 18 jam berpuasa. Minum air masak saja. Bagi yang baru nak mula, jangan buat OMAD. Nanti melepek pula korang penat nak salahkan puasa. Hiks!
Secara keseluruhannya, gadis ini berjaya hingga menurunkan berat badan hampir 22kg. Pergh, bestnya. Apa lagi gais, jom kita diet.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
PELAJAR jurusan undang-undang dari Republik Czech, Krystyna Pyszková dinobatkan sebagai Miss World 2024 dalam pertandingan ratu cantik yang diadakan di Mumbai, India, pada malam Sabtu lepas.
Gadis cantik berusia 25 tahun ini berjaya mengalahkan 112 peserta yang lain untuk merebut gelaran tersebut.
Isu Penjagaan Kesihatan Wanita
Memberikan jawapan bernas ketika ditanya tentang isu berkaitan penjagaan kesihatan wanita, yang mana dia berpandangan bahawa masyarakat harus membuang stigma dan rasa malu untuk membicarakan perihal menstruasi (haid).
Dia yang juga seorang model berkata’ menjadi wanita adalah satu anugerah’ dan menstruasi tidak sepatutnya menjadi subjek tabu.
Impian Jadi Kenyataan
Malah, Krystyna Pyszková yang teruja dengan kemenangannya turut menyatakan impiannya menjadi kenyataan.
“Menjadi Miss World adalah impian yang menjadi kenyataan. “Saya amat berbesar hati untuk mewakili negara saya dan nilai-nilai ‘kecantikan dengan tujuan’ di platform global,” kata Pyszkova.
Miss World 2023, Karoline Bielawska dari Poland, menyerahkan mahkota kepadanya Krystyna Pyszková. Malah, para peserta memakai skirt dan blaus bersulam tebal serta menari mengikut lagu popular Bollywood. Pertandingan ratu cantik itu kembali ke India buat kali pertama dalam tempoh 28 tahun.
Di sini Shetty dari India telah tersingkir selepas mara ke peringkat lapan akhir. Enam wanita India telah memenangi gelaran itu, termasuk Reita Faria (1966), Aishwarya Rai (1994), Diana Hayden (1997), Yukta Mookhey (1999), Priyanka Chopra (2000) dan Manushi Chillar (2017).
Pertandingan Miss World ke-71 itu dihoskan oleh pembuat filem Bollywood Karan Johar dan Miss World 2013, Megan Young dari Filipina.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon, Hairul Azreen baru-baru ini menerima kejutan istimewa daripada rakannya iaitu jaguh badminton negara, Lee Zii Jia apabila mendapat raket dan bulu tangkis yang digunakan pada sukan berprestij dunia, Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam satu pertemuan yang dimuat naik melalui ‘Instagram Story’, pemenang pingat gangsa yang berusia 26 tahun itu menghadiahkan raket miliknya kepada Hairul Azreen manakala bulu tangkis diserahkan buat anak perempuan pelakon itu, Alisa Aisyah.
“Bronze medallist punya perlawanan. Ada dua (raket) tapi salah satunya adalah ini. Sudah pasti” – Lee Zii Jia
Menerusi video yang dimuat naik, Zii Jia berkunjung ke kediaman Hairul dan Hanis Zalikha dilihat menikmati hidangan nasi lemak dan teh ais iaitu menu yang paling dirinduinya selepas pulang dari Paris.
Sebelum ini, Zii Jia pernah mengunjungi kediaman pasangan selebriti berkenaan pada Jun lalu untuk memberi kejutan buat anak perempuan mereka, Alisa yang sangat meminatinya.
Malah ketika perlawanan badminton di Olimpik Paris 2024 lalu, anak kedua Hairul Azreen itu turut memberi sorakan buat Zii Jia.
Sekadar info, Lee Zii Jia menduduki ranking keenam dunia selepas memperoleh pingat gangsa pada Sukan Olimpik Paris 2024, menumpaskan pemain nombor 14 dunia, itu menerusi kutipan mata 13-21, 21-16, 21-11.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!