Kerajaan Thailand sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk memperkenalkan cukai pelancongan terhadap pelancong asing, termasuk rakyat Malaysia menjelang akhir tahun ini.
Namun, menurut kemas kini terbaru daripada Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand, pelaksanaan cukai tersebut yang dinamakan sebagai “Kha Yeap Pan Din” (yang secara harfiah diterjemahkan sebagai “yuran memijak bumi Thailand”) telah ditangguhkan ke pertengahan tahun 2026.
Memetik laporan media tempatan, The Nation, Penolong Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Chakrapol Tangsutthitham berkata keputusan itu dibuat selepas semakan semula oleh Menteri Pelancongan dan Sukan, Sorawong Thienthong.
Ads
“Beliau menganggap masa kini tidak sesuai untuk memperkenalkan semula yuran tersebut,” kata Chakrapol.
Tambah beliau lagi, Kementerian masih menunggu untuk menilai permintaan pelancong antarabangsa semasa musim puncak pada suku keempat tahun 2025 sebelum menentukan struktur yuran yang sesuai bergantung kepada cara perjalanan.
Ads
Buat masa ini, Kementerian bercadang untuk mengenakan bayaran sebanyak THB300 (RM39) bagi ketibaan melalui udara dan THB150 (RM20) bagi ketibaan melalui darat atau laut.
Ads
Jumlah tersebut sebenarnya telah diluluskan secara prinsip oleh Kabinet Thailand sejak Februari 2023.
Dengan kelewatan terbaru ini, pelaksanaan cukai pelancongan “Kha Yeap Pan Din” dijangka dikuatkuasakan sama ada pada suku ketiga atau suku keempat tahun 2026.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak sah kalau dalam masakan tidak disertakan dengan tumisan atau renehan bawang putih untuk membangkitkan aroma dan rasa. Lebih-lebih lagi dalam resipi masakan cina yang banyak menggunakan bahan ini.
Tahukah anda yang bawang putih sangat berkhasiat untuk tubuh badan kita? Menurut laporan ia sangat berguna dalam membunuh parasit dan juga membantu memulihkan sistem pernafasan dan sistem penghadaman.
Berikut adalah antara khasiat lain bawang putih :-
Berfungsi sebagai anti bakteria.
Sangat baik untuk mengelakkan serangan sakit jantung.
Mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser.
Mengurangkan penyempitan kolestrol pada saluran darah.
Membantu mengurangkan kandungan gula dalam badan dan mengurangkan batuk.
Banyakkan khasiat bahan semulajadi ini? So kalau memasak pastikan bawang putih antara bahan yang perlu dimasukkan.
Penulis suka buat bawang putih panggang. Resipi ini sangat mudah dan sedap. Panggang selabu bawang putih (potong bahagian atas secara melintang. Kemudian tabur sedikit garam, lada hitam dan minyak zaitun. Balut dalam aluminium foil) selama 30 minit di dalam ketuhar dan kemudian sapukan isi bawang putih yang telah lembut ke atas roti gandum penuh yang dibakar. Memang sedap!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Lebih daripada sekadar hidangan, menu istimewa yang meraikan keenakan mentega ini sudah menjadi sinonim dengan TCRS dan ia kini tersedia di cawangan TCRS di seluruh negara hingga 21 Januari 2024.
Keenakan ayam panggang tanpa tulang bersama sos mentega keemasan yang menghasilkan rasa pekat berkrim, diserikan lagi dengan taburan daun kari dan cili merah pasti memikat hati.
Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa menu akhir tahunan ini telah menjadi satu tradisi yang dihargai para penggemar TCRS di mana ia telah menjadi satu hidangan yang sangat dinanti-nantikan oleh mereka setiap tahun!
“Di The Chicken Rice Shop, kami mengutamakan ciptaan hidangan yang mewujudkan pengamalan kulinari yang menyentuh hati sambil memenuhi cita rasa pelanggan. Kembalinya menu ini bukanlah sekadar tawaran bermusim, ia juga dibawa kembali untuk meraikan pelanggan kami yang setia menyokong TCRS secara berterusan.
Khas untuk pelanggan di seluruh negara, menu Grilled Butter Chicken menawarkan tiga pilihan set untuk memenuhi cita rasa yang berbeza. Setiap hidangan dilengkapkan dengan minuman soda Berry You Up yang serba baharu untuk pengalaman pemakanan yang lagi best!” kata Kah Yong.
Haaa…korang tunggu apa lagi? Jom kita bersama-sama menikmati keenakan mentega!
jhdr
Untuk maklumat lanjut tentang menu Grilled Butter Chicken yang terbaharu, sila layari www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook mereka.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram TCRS
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketika ramai mula bersedia meniti usia persaraan, seorang lelaki berusia 59 tahun memilih jalan yang berbeza iaitu dengan kembali ke dunia akademik untuk memburu ijazah Doktor Falsafah (PhD) buat kali ketiga. Itulah kisah inspirasi Dr. Zamri Chik, yang membuktikan bahawa semangat menuntut ilmu tidak pernah mengenal usia mahupun batas.
Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 3 November, Dr. Zamri Chik berkata beliau mempunyai prinsip hidup yang dipegang sejak dahulu untuk terus menambah ilmu meskipun sudah menamatkan dua pengajian PhD di institusi yang sama.
“Belajar tidak ada warga emas,” tegas beliau.
Motivasi Menyambung Pengajian PhD Ketiga
Menurut Dr. Zamri Chik, minat yang mendalam terhadap ilmu dan hasrat untuk membantu pelajar lain menjadi motivasi utamanya menyambung pengajian. Beliau menjelaskan bahawa daripada pengalaman menyiapkan PhD keduanya, beliau banyak membantu pelajar menjalankan analisis kajian dan memberi tunjuk ajar dalam penyelidikan.
Menariknya, tujuan beliau bukan untuk mengejar nama atau gelaran, tetapi untuk memberi manfaat serta panduan kepada pelajar lain yang memerlukan bimbingan.
Pengalaman Akademik & Bidang Penyelidikan
Bekas pegawai penyelidikan di Terengganu Strategic Integrity Institute (TSIS) ini juga mengakui bahawa setiap kali menamatkan pengajian, semangatnya untuk belajar semakin membara. Jika pada awalnya perjalanan PhD pertamanya penuh cabaran, kini Dr. Zamri Chik semakin yakin meneruskan pengajian dalam bidang Sains Politik kerana sudah memahami rentak dan keperluan dunia akademik.
Dr.Zamri ketika menerima ijazah kedoktoran pada tahun 2019 (Kredit foto: FB Dr.Zamri)
Menjadi Inspirasi Kepada Pelajar & Keluarga
Berbekalkan pengalaman luas sebagai pelajar pascasiswazah, Dr. Zamri Chik kini menjadi rujukan ramai pelajar, bukan sahaja dari Malaysia malah dari luar negara seperti Jordan, Nigeria dan Palestin. Beliau sering meluangkan masa membantu mereka memahami proses analisis kajian secara terperinci dan komited memberikan bimbingan sepenuhnya kepada sesiapa yang memerlukan.
Bapa kepada sembilan anak dan datuk kepada dua cucu ini turut menjadikan kecintaannya terhadap ilmu sebagai sumber inspirasi buat keluarga.
“Bila anak tengok ayah dia ada PhD, mereka pun terinspirasi nak ikut jejak sama. Walaupun umur hampir 60 tahun, saya masih rasa bertenaga sebab semangat nak belajar itu kuat,” ujarnya.
Sebelum ini, Dr. Zamri Chik memiliki latar akademik yang kukuh dengan Diploma Komputer Sains dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Ijazah Komputer Sains dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta Sarjana Pendidikan dari Open University Malaysia (OUM). Kini, beliau sedang bersiap sedia untuk memulakan pengajian PhD ketiganya tidak lama lagi.
Semangat Menuntut Ilmu Tiada Penghujung
Menutup bicara, Dr. Zamri Chik menyifatkan bahawa selagi dikurniakan kesihatan dan kekuatan, semangat untuk menimba ilmu tidak akan pernah padam. Baginya, menuntut ilmu tidak mengenal usia, dan selagi beliau mampu serta berupaya membantu orang lain, usaha menambah ilmu akan diteruskan.
Kejayaan sebenar menurutnya bukan terletak pada jumlah ijazah yang dikumpul, tetapi pada semangat untuk terus berkembang dan memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.