Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, siri komedi seram , Addams Family sejak versi yang pertama, watak-watak setiap ahli keluarga Addams memang dikenali dengan karakter mereka yang pelik dan seram.
Mengikut laporan Metro UK, pelakon Wednesday Addams terdahulu sebelum Jenna Ortega, iaitu Lisa Loring dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 64 tahun akibat mengalami penyakit strok yang serius baru-baru ini.
Berita sedih itu dikongsikan oleh anak perempuannya, Vanessa Foumberg yang menyatakan Lisa meninggal dunia pada malam Sabtu, 28 Januari di Pusat Perubatan Providence St. Joseph di Burbank, California akibat komplikasi strok yang disebabkan oleh darah tinggi.
Ads
Lisa terkenal dalam siri televisyen, ‘The Addams Family‘ melakonkan watak sebagai Wednesday yang berlangsung antara tahun 1964 hingga 1996 yang mempunyai 64 episod secara keseluruhannya iaitu adaptasi aksi langsung New York karya Charles Addams.
Malah, kematiannya juga turut dikongsikan oleh rakan karibnya, Laure Jacobson yang berkata, “Dengan sangat sedih saya melaporkan kematian rakan kami, Lisa Loring. Empat hari yang lalu dia mengalami strok teruk disebabkan rokok dan tekanan darah tinggi.
Ads
Tambahnya, Lisa tetap dalam ingatan yang membawa budaya pop dengan watak yang dikenali sebagai Wednesday Addams. Malah, Lisa juga digambarkan sebagai seorang yang cantik, baik hati, ibu yang penyayang dan mempunyai pengaruh besar dalam dunia hiburan.
Dalam Metro UK juga diceritakan sedikit latar belakang tentangnya iaitu nama sebenar Lisa Loring ialah Lisa Ann DeCinces yang dilahirkan pada 16 Februari 1958, di Kepulauan Marshall, Loring.
Selain The Addams Family, Lisa turut melibatkan diri dalam lakonan cerita As World Turns, Barnaby Jones, Fantasy Island, The Girl from U.N.C.L.E. dan The Phyllis Diller Show.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon Amyza Aznan meluahkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan usahawan terkenal, Datuk Alha Alfa, yang sekali lagi tampil membantu mengumpul dana bagi menampung kos rawatan perubatan anaknya yang kini disahkan menghidap kanser tulang.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Amyza mengakui sukar untuk mengungkapkan kata-kata yang sesuai bagi menggambarkan penghargaan terhadap usaha murni usahawan itu bersama pasukannya.
“Saya tak tahu apa kata-kata nak saya ucapkan kepada insan yang bernama Dato Alha Alfa. Ini kali kedua beliau membuat jualan untuk membantu urusan perubatan anak saya.
“Kesungguhan beliau untuk membantu anak saya, dengan membuat jualan untuk mengumpul dana perubatan dan memastikan anak saya mendapat rawatan yang terbaik,” tulis Amyza.
Amyza turut berkongsi bahawa kesungguhan dalam menganjurkan jualan khas bagi mengumpul dana amat menyentuh hatinya. Dia tidak lupa mendoakan kesejahteraan buat usahawan berkenaan serta seluruh pasukannya sebagai tanda penghargaan.
“Allah… Dato, hanya doa dalam hati saya ini untuk dato dan team. Doa yang tak terluah dengan kata-kata untuk saya tulis,” luahnya lagi.
Sebelum ini, usahawan kosmetik itu telah menyampaikan amanah sebanyak RM20,000 bagi membantu kos rawatan anak kedua Amyza, Adrian Adam, yang sedang berjuang melawan kanser tulang.
Difahamkan, sumbangan itu diperoleh daripada hasil jualan set produk khas yang dikeluarkan untuk meringankan beban pelakon terbabit.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, pada 19 September, agensi penyanyi terkenal, Jennie BLACKPINK, OA Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pertemuan Jennie dan BamBam GOT7 di sebuah restoran Jepun terkenal di Los Angeles, Amerika Syarikat yang tular di media sosial.
OA Entertainment menjelaskan bahawa Jennie dan BamBam merupakan kawan rapat yang hanya berjumpa untuk meluangkan masa bersama.
Kredit: skintypink
“Khabar angin mengenai percintaan Jennie dan BamBam adalah tidak benar”
“Mereka berdua yang merupakan rakan terdekat itu baru sahaja berjumpa dan makan di Amerika Syarikat,” jelas kenyataan itu lagi.
Dalam pada itu, menurut laporan lain, kedua penyanyi terkenal itu juga dilihat ditemani oleh pengurus masing-masing.
Selain itu, selepas selesai makan, keduanya hanya didapati berbual, berseronok, sambil berjalan mengisi masa lapang.
Sebelumnya, gambar Jennie dan BamBam tersebar sehingga menyebabkan mereka dikhabarkan menjalin hubungan cinta.
Sekadar info, Jennie akan membuat kemunculan menerusi program siri realiti JTBC ‘My Name is Gabriel’ pada 27 September ini. Sementara BamBam baru sahaja selesai menjalankan promosi bagi mini album ketiganya berjudul ‘BAMESIS’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peluang menghiasi papan iklan di kota besar New York merupakan impian bagi setiap individu ternama kerana rata-rata masyarakat dunia mengetahui betapa meriahnya tempat tumpuan pelancong itu.
Selepas kejayaan anak tempatan, Yuna, Layla Sania dan kumpulan Dolla, kini pelantun suara ‘Nang’, wajah Iman Troye pula menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York menerusi kempen EQUAL, 35 senarai playlist tempatan yang mewakili artis dari lebih 50 negara dikategorikan.
Iman melahirkan rasa bangga menjadi wakil Malaysia dan Singapura menerusi kempen EQUAL oleh penstriman digital Spotify. Rakan selebriti juga tidak melepaskan peluang untuk meraikan kejayaan gadis ini dengan mengucapkan tahniah kepadanya.
Penyanyi remaja berusia 19 tahun ini baru sahaja melancarkan single terbarunya ‘Nang’ dan muzik video lagu itu meraih jumlah tontonan sebanyak 1 juta dalam masa hanya enam hari ditayangkan.