Siapa pun pasti seronok melihat anak cucu mencapai kejayaan akademik, dan pelakon veteran Wan Hanafi Wan Su tidak terkecuali.
Pelakon dan penulis lagu legenda berusia 72 tahun ini, telah meraikan pencapaian cucunya, Khairina Syamimi Khairul Anuar, yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dalam sesi Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ke-19, baru-baru ini.
Wan Hanafi hadir untuk menyaksikan cucunya menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Industri dengan Kepujian. Dalam suasana penuh kegembiraan, Khairina yang mengenakan jubah konvokesyen dan mortar board terlihat tersipu-sipu malu ketika Wan Hanafi meluahkan rasa bangganya.
“Bila bercakap tentang kebahagiaan bila tengok konvo cucu, rasa (seronoknya) tak boleh nak lawan. Syukur Alhamdulillah. Itulah dia, maknanya kita boleh berikan contribute kepada generasi akan datang melalui keturunan.
“Saya mengharapkan dia (Khairina Syamimi) akan membuat kebaikan dan kebaikan sampai bila-bila,” katanya.
Kejayaan Khairina juga mendapat perhatian dari warga maya yang tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada pelakon yang terkenal melalui karya seperti Jogho dan Hikayat Merong Mahawangsa.
“Bestnya Atuk sempat tengok cucu terima ijazah. Tahniah,” komen seorang pengguna.
Ads
“Legend actor. Terbaik.. Beruntung cucu mempunyai datuk yang antara berjasa dalam dunia perfileman Malaysia,” komen pengguna lain.
“Jarang Atuk hadir konvo cucu. Tahniah,” ucap seorang netizen.
Ads
“Harapan seorang datuk kepada cucu yang disayangi. Moga Khairina terus maju jaya,” tulis juga pengguna TikTok lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Makanan Korea semakin diterima di kalangan masyarakat Malaysia kerana kebanyakan daripada kita terpengaruh akibat menonton siri k-drama. Hiks! Kalau korang memang peminat setia k-drama, korang mesti perasan setiap scene mereka makan pastinya buat kita terliur sama. Betul tak?
Ayam spicy Korea, daging grill, kimchi, gimbab dan tteokbokki antara makanan yang sering dipaparkan. Sebelum ini, kami pernah berkongsi resipi tradisi kimchi dan kali ini, kita akan belajar cara-cara untuk menyediakan tteokbokki pula.
– 1 cawan tepung pulut
– Secubit garam
– ½ cawan air
Cara menyediakan:
1. Campurkan tepung pulut dan garam, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
2. Gelekkan doh secara memanjang dan potong mengikut saiz yang dikehendaki.
3. Kemudian, rebus di dalam air mendidih sehingga doh tersebut timbul. Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk. Selepas itu, toskan.
Bahan kuah:
– 3 sudu besar serbuk cili
– 2 sudu besar sirap jagung/gula perang
– 1 sudu besar sos tomato
– 3 ulas bawang putih (dicincang)
– Segenggam daun bawang (potong halus)
– Air rebusan kek beras
– Garam secukup rasa
– 1 sudu besar minyak bijan/minyak sayuran
– Bijan yang disangai
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, kemudian masukkan daun bawang. Kacau sebentar.
2. Masukkan serbuk cili dan air rebusan, masak sehingga sedikit pecah minyak.
3. Selepas itu, masukkan sirap jagung dan sos tomato juga kek beras tadi. Perasakan dengan garam. Kacau hingga sebati dan memekat dengan cantik.
4. Jika kelihatan agak kering, tambahkan sedikit lagi air rebusan. Tutup api. Masukkan hidangan tersebut ke dalam mangkuk dan taburkan bijan. Siap!
Malaysia dikenali sebagai antara negara yang boleh dikatakan agak panas kerana terletak di garisan khatulistiwa dan mengalami dua musim iaitu lembap dan kering sepanjang tahun. Kebanyakan pelancong luar negara yang datang ke Malaysia juga mengakui bahawa suhu negara kita agak tinggi dan panas.
Namun begitu, sebenarnya Malaysia bukanlah negara yang dikategorikan terlampau panas kerana suhu tertinggi yang dicatatkan di negara kita hanya sekitar 37.4 darjah Celsius sahaja. Sebaliknya, terdapat negara yang lebih panas dengan suhu mencecah 50 darjah Celsius.
Pergh, tak boleh bayang macam mana bahangnya di negara tersebut.
Sesuai dengan keadaan negara yang agak panas sekarang, apa kata kalau kita lihat negara yang pernah mencatatkan suhu tertinggi dan menjadi antara paling panas di dunia supaya korang lebih bersyukur Malaysia tidaklah sepanas mana pun. Hehe!
Mungkin ramai yang menganggap bahawa negara AS adalah antara negara yang sejuk, namun AS mempunyai sebuah tempat yang dinamakan Death Valley atau lebih tepatnya di Furnace Creek Ranch di mana suhu tempat tersebut boleh mencapai 56.7 darjah Celsius yang memecahkan rekod dunia pada 10 Julai 1913.
Walaupun sudah lebih dari 100 tahun berlalu, tempat ini tetap terpanas pernah dicatatkan di bumi dan menjadikan Amerika Syarikat negara paling panas di dunia.
Walau bagaimanapun, yang anehnya taman nasional Death Valley ini juga mengalami suhu yang sejuk ketika musim sejuk.
Negara ini mencatatkan suhu 55 darjah Celsius pada 7 Julai 1931 di bandar Kebil. Pada musim panas, negara ini mencatatkan suhu sekitar 32/33 darjah Celsius dan musim sejuk lebih menyenangkan kerana suhu direkodkan sekitar 16/18 darjah Celsius.
Kuwait tersenarai dalam negara ketiga yang pernah memegang rekod suhu tertinggi pada 21 Julai 2016 dengan bacaan suhu 54 darjah Celsius di bandar Mitribah.
Iran adalah negara yang biasanya menjadi sangat panas ketika musim panas dan mempunyai iklim yang lebih ringan pada musim sujuk, terutamanya di kawasan pergunungan. Suhu tertinggi yang pernah dicatatkan di Iran adalah pada 29 Jun 2017 dengan suhu 54 darjah Celsius.
Pada 22 Julai 2016, Iraq mencatatkan suhu terpanas di bandar Basra iaitu 53.9 darjah Celsius. Sama seperti Iran, negara ini juga menjadi sangat panas ketika musim panas dan musim sejuk biasanya iklimnya lebih ringan.
Walau bagaimanapun, ia juga berbeza bergantung pada wilayah mana yang korang kunjungi. Kawasan pergunungan lebih sejuk pada musim sejuk dengan lebih banyak taburan hujan. Pada musim panas, suhu terpanas akan berada di bahagian utara, yang mempunyai iklim seperti padang pasir.
Suhu tertinggi yang pernah dicatatkan di Pakistan adalah pada 28 Mei 2017 di bandar Turbat. Pada musim panas, ia boleh menjadi sangat panas sehingga asphalt mulai mencair. Suhu paling tinggi yang pernah direkodkan adalah 53.7 darjah Celsius.
Emiriah Arab Bersatu adalah negara yang menjadi antara yang terpanas di dunia dengan suhu rata sepanjang tahun. Ini menyebabkan ramai orang memilih Dubai sebagai destinasi percutian musim sejuk. Suhu paling panas yang pernah dicatatkan oleh negara ini adalah 52.1 darjah Celsius.
Ha, korang boleh bayangkan tak macam mana rasa panasnya dengan suhu lebih 50 darjah Celsius ni?
Bersempena pengumuman sajian kandungan-kandungan terbaru dari hujung tahun 2022 sehingga awal 2023, Astroo semalam telahpun melakukan sesuatu yang istimewa di mercu tanda, Menara Kuala Lumpur dengan warna rasminya, merah jambu!
Dalam acara yang dihadiri oleh selebriti seperti Shaza Bae, Mierul Aiman, Wani Kayrie, Dato’ Shafinaz Selamat, De Fam dan Shafiq Kyle itu, penganjur turut memancarkan logo drama Astro Originals, One Cent Thief selama lima limint pada menara tersebut dan ia menarik tumpuan warga kota.
Turut dipancarkan adalah logo penaja utamanya, Astro Fibre yang menawarkan rangkaian internet pantas serta kandungan hiburan tanpa henti.
Selain persembahan, Astro juga mengambil peluang untuk mengumumkan sekuel bagi beberapa program kegemaran ramai di salurannya tidak lama lagi. Ini termasullah rancangan variasi gergasi di Astro; All Together Now Malaysia 2 dan The Masked Singer Malaysia 3.
‘All Together Now Malaysia 2’ sekali lagi akan mencungkil bakat terpendam daripada rakyat Malaysia yang mencari peluang mengecapi impian mereka
Bakal disiarkan bermula 11 Disember pada setiap hari Ahad jam 9 malam di Astro Ria, ‘All Together Now Malaysia 2’ turut menjemput 50 selebriti-selebriti hebat termasuklah Kapten baharunya, Datuk Syafinaz Selamat.
‘The Masked Singer Malaysia 3’ pula akan mula bersiaran pada 23 Disember di Astro Warna dengan barisan baharu penyanyi di sebalik topeng untuk tontonan seisi keluarga.
Turut mendapat sorakan ramai adalah apabila Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz membuat kemunculan untuk pengenalan drama premium bersiri Astro Originals ‘One Cent Thief’. Setakat episod keempat yang telah disiarkan kini, ‘One Cent Thief’ telahpun menjadi drama no. 1 di platform On Demand dengan jumlah unique viewers 159,000 tontonan.
Astro juga mengumumkan beberapa buah filem yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Ia terdiri daripada Mechamato The Movie pada 8 Disember ini serta Didi & Friends The Movie dan Polis Evo 3 yang akan menemui pawagam pada 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!