Makanan Korea semakin diterima di kalangan masyarakat Malaysia kerana kebanyakan daripada kita terpengaruh akibat menonton siri k-drama. Hiks! Kalau korang memang peminat setia k-drama, korang mesti perasan setiap scene mereka makan pastinya buat kita terliur sama. Betul tak?

Ayam spicy Korea, daging grill, kimchi, gimbab dan tteokbokki antara makanan yang sering dipaparkan. Sebelum ini, kami pernah berkongsi resipi tradisi kimchi dan kali ini, kita akan belajar cara-cara untuk menyediakan tteokbokki pula.

Resipi Tteokbokki Homemade Terlajak Sedap, Boleh Makan Sambil Layan K-Drama

Jom kita lihat resipi ringkas yang telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Norfazida Gda di laman Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Makanan (BIKMM).

Bahan kek beras:

– 1 cawan tepung pulut
– Secubit garam
– ½ cawan air

Cara menyediakan:

1. Campurkan tepung pulut dan garam, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.

IKLAN

2. Gelekkan doh secara memanjang dan potong mengikut saiz yang dikehendaki.

3. Kemudian, rebus di dalam air mendidih sehingga doh tersebut timbul. Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk. Selepas itu, toskan.

Resipi Tteokbokki Homemade Terlajak Sedap, Boleh Makan Sambil Layan K-Drama

IKLAN

Bahan kuah:

– 3 sudu besar serbuk cili
– 2 sudu besar sirap jagung/gula perang
– 1 sudu besar sos tomato
– 3 ulas bawang putih (dicincang)
– Segenggam daun bawang (potong halus)
– Air rebusan kek beras
– Garam secukup rasa
– 1 sudu besar minyak bijan/minyak sayuran
– Bijan yang disangai

Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, kemudian masukkan daun bawang. Kacau sebentar.

2. Masukkan serbuk cili dan air rebusan, masak sehingga sedikit pecah minyak.

IKLAN

3. Selepas itu, masukkan sirap jagung dan sos tomato juga kek beras tadi. Perasakan dengan garam. Kacau hingga sebati dan memekat dengan cantik.

4. Jika kelihatan agak kering, tambahkan sedikit lagi air rebusan. Tutup api. Masukkan hidangan tersebut ke dalam mangkuk dan taburkan bijan. Siap!

Resipi Tteokbokki Homemade Terlajak Sedap, Boleh Makan Sambil Layan K-Drama

Hujung minggu ni bolehlah layan k-drama sambil makan tteokbokki. Hiks! Selamat mencuba..

Sumber: Norfazida Gda via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Makanan (BIKMM)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI