Perkhabaran pelakon, Nad Zainal yang kini sedang kritikal di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) telah mengejutkan ramai pihak.
Rakan-rakan selebriti seperti Ungku Ismail dan Didie Alias memuat naik mengenai perkembangan terkini pelakon yang baru sahaja berhijab itu.
Ujar Ungku Ismail di ruangan InstaStory miliknya, “Assalamualaikum semua, Nad Zainal sedang kritikal dalam ICU. Mohon doakandia sembuh seperti sediakala.”
Ads
Selebriti versatil , Didie Alias turut memuat naik perkongsian yang sama di ruangan Instagramnya.
Manakala meninjau ke halaman bekas suaminya, Faliq Amirudin, dia berkongsi di InstaStory, “Assalamualaikum, buat sesiapa yang mengenali kawan saya, Nad Zainal, beliau dimasukkan ke dalam hospital dari malam tadi dan sekarang beliau ditidurkan atas beberapa faktor.
“Mari kita sama doa kepada Allah supaya beliau diberikan kesihatan yang baik dan kembali sihat.”
Ads
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, pemilik nama penuh Farah Nadia Zainal Abidin ini memiliki dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.
Dia yang berusia 32 tahun pernah dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2018 menerusi lakonan cemerlangnya dalam drama Fatonah Azali.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mendengar keluhan para pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan asnaf miskin, Universiti Malaysia Perlis mengambil langkah kanan untuk memberikan bantuan dalam bentuk makanan percuma kepada pelajarnya.
Bantuan tersebut menurut Naib Chanselornya, Prod Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal, adalah bagi memastikan pelajar mendapat makanan mencukupi sepanjang tempoh minggu ulang kaji dan peperiksaan. Ia juga bagi membantu pelajar kurang berkemampuan yang kadangkala terpaksa membantu keluarga di kampung dengan mengirimkan wang pinjaman dan zakat.
Kata beliau, inisiatif itu akan dimulakan pada minggu peperiksaan semester ini, bermula 27 Mei hingga 21 Jun akan datang.
Sebanyak 550 orang pelajar yang layak akan diberikan kupon makanan bernilai RM5 sehari, untuk setiap orang.
“Kebiasaannya, minggu peperiksaan pada hujung semester sedikit membebankan pelajar kerana sebahagian besar sudah kekurangan wang. Ada yang terpaksa berpuasa dan makan tidak mencukupi nutrien kerana kekangan wang,” kata beliau.
Bagi REMAJA, ia adalah satu usaha yang baik. RM5 sehari – meski kedengaran seperti sedikit – tetapi boleh sedikit sebanyak membantu mereka yang memerlukan.
Pada masa yang sama, REMAJA berharap agar pelajar di seluruh negara untuk lebih bijak mengaturkan perbelanjaan mereka sejak menerima bantuan biasiswa, zakat atau pinjaman pada awal semester.
Sebahagian daripada wang itu seharusnya diketepikan untuk kegunaan pada suku terakhir semester agar mereka tidak dibebani masalah RM0 wang belanja semasa minggu peperiksaan. Right?
Usaha UniMAP ini bagi REMAJA juga diaplikasikan juga di universiti awam (dan swasta) lain sekiranya masalah beban pembelian makanan juga dialami oleh pelajar di sana.
***
Dalam pada itu, REMAJA turut dimaklumkan bahawa UniMAP juga menyediakan peluang menjana pendapatan kepada pelajar menerusi program Foodcart dan kiosk keusahawanan. Di situ, pelajar boleh berniaga makanan dan minuman.
Skim Dedikasi Diri juga ditawarkan mirip peluang kerja separuh masa di mana, pelajar boleh berkerja di mana-mana pusat dan jabatan di UniMAP untuk tempoh kurang 5 jam sehari.
Kerja yang ditawarkan mirip kerja part time biasa bersesuaian dengan kemahiran pelajar seperti terjemahan, suntingan video, penyediaan slide dan tugasan pejabat.
Sumber: BHarian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul yang sering kali membuat penampilan ‘lain daripada yang lain’ ketika membuat persembahan. Boleh dikatakan apa sahaja yang digayakan oleh selebriti ini pastinya berjaya menarik perhatian orang ramai.
Terbaharu, Aina melancarkan muzik video lagu raya yang berjudul Gema Raya. Dalam video tersebut, Aina muncul dengan beberapa gaya busana unik berkonsepkan ketupat dan duit raya. Selain lagunya yang catchy, penampilan Aina turut mendapat perhatian netizen dengan berseloroh memberi komen terhadap gaya busananya itu.
Walau bagaimanapun, masih ramai peminat yang memuji lagu raya baharu penyanyi ini dan menyifatkan Aina Abdul antara penyanyi yang sangat kreatif dan berbakat besar.
Tidak dinafikan Aina memang sering tampil dengan gaya unik yang pastinya mencuri mata peminat. Apa-apa pun lagu raya baharu Aina ini memang layannn!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kita sering melihat betapa tabah dan bersabarnya aktres Zarina Zainudin dalam menjaga dan mendidik anak kembarnya, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Razil Azrai yang mengidap autisme. Kisah kembar itu selalu Zarina kongsikan di media sosial miliknya.
Di sebalik itu, tentu ramai yang nak tahu betapa susahnya mendidik anak-anak mengidap autisme ini. Tapi sebelum itu, korang patut faham betul-betul apa yang disebut dengan autisme ya.
Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggeris: pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak.
Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai.
Autisme juga melibatkan masalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari “Autism Society of America”: http://www.autism-society.org/site/PageServer ). Autisme lebih kerap di kalangan lelaki berkulit putih.
Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun terdapat organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang “Cure Autism Now”). Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak. Sumber Wikipedia.
Disebabkan kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak, proses mendidik anak-anak disahkan mengidap autisme ini tentunya agak sukar.
REMAJA kongsikan pengalaman Ustaz Norman Ibrahim, 40 tahun yang mengajar mengaji kepada anak-anak autisme ini secara persendirian sekitar kawasan Kajang dan Cheras.
Ustaz Norman mengajar ngaji anak-anak autisme
Kongsi Ustaz Norman, dalam tempoh 4 tahun ini dia mengajar ngaji kepada 42 orang pelajarnya (termasuk golongan dewasa berusia 62 tahun). Separuh darinya adalah kanak-kanak autisme, speech delay dan lain lagi.
Katanya lagi, kesabaran adalah perkara utama selain mesti sayangkan budak-budak. Kalau ada dua perkara ini, barulah boleh mengajar kanak-kanak ini.
“Selain itu, untuk mengajar anak autisme ini kesabaran perlu ada. Perlu kenal diri mereka, barulah dapat rapat dengan mereka. Kita perlu meniru cara mereka. Kalau perlu menari, menarilah. Ada masa menangis, saya pun perlu menangis biar saya menangis tipu-tipu. Semua ini untuk dekat dengan mereka dan agar anak-anak faham bahawa kita sama dengan mereka,” katanya sambil menambah ada masa dia gunakan bahasa isyarat ketika mengajar kerana bukan semua anak autisme ini mampu bertutur dengan baik,”katanya yang berkongsi bagaimana seorang ibu yang anaknya menghadapi masalah “speech delay” merayu agar dia mengajar anaknya mengaji.
“Biasa dalam situasi ini, saya akan gunakan pendekatan berbeza. Jadi saya gunakan keadah bahasa isyarat selain mengulang-ulang ayat agar ayat-ayat Allah ini melekat di hati mereka. Kalau orang normal boleh hafal Aliff sampai Ya dalam tempoh singkat,biasanya anak-anak autisme ini kena belajar lebih dari sebulan,” kata suami kepada Nuraimi Mizan dan bapa kepada empat anak ini memaklumkan pelajarnya terdiri mereka yang berusia antara 5-13 tahun.
Bukan senang kerana anak-anak autismes ini ada pelbagai karenah mengikut acuan mereka.
Adakalanya bahasa isyarat perlu digunakan ketika mengajar
Perlu kenal dengan rapat barulah dapat mengikut rentak anak-anak istimewa ini
Jelas Ustaz Norman dia mengggunakan kaedah menggunakan muqaddam dan bukannya iqra kerana selesa dengan apa dipelajarinya ketika kecil.
“Setakat ini ada yang mampu ke iqra 3,4 dan lima. Belum ada lagi Quran tapi anak-anak ini sudah mampu membaca dan paling penting tahu solat,”katanya berkongsi.
Kata Ustaz Norman, dia mula mengajar anak-anak istimewa ini selepas melihat seorang saudaranya mempunyai anak begini dan dari situ timbul untuk berkongsi ilmu yang Allah berikan kepadanya. Yuran pengajian yang mahal dikenakan sehingga cecah ratusan ringgit membuatkan dia nekad mengajar dari rumah ke rumah.
“Berapa yang keluarga mampu, itulah rezeki saya. Tak ada penetapan harga pun. Buat masa ini saya di sekitar Cheras, Kajang dan Mahkota. Paling penting adalah sabar dan terus istiqomah. Anak-anak ini begitu isimewa. Ada keluarga yang menangis bila lihat anak mampu mengaji,” katanya.
Ustaz Norman turut mempelawa mana-mana Ustaz atau Ustazah yang mahu bersama-sama mengajar anak-anak istimewa ini kerana mahu melihat lebih banyak mereka mendapat ilmu dan dia sudi berkongsi ilmu yang ada padanya kepada mereka yang berminat mengajar anak-anak autisme ini.
Bagi sesiapa yang mahu, boleh hubungi dirinya di talian 016-9777037.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...