
Salah seorang pelakon filem trilogi Disney ‘Descendants’ iaitu Cameron Boyce, 20 dilaporkan telah meninggal dunia petang tadi waktu Malaysia.
Berita yang mengejutkan ramai peminat Cameron dan peminat filem terbitan Disney secara amnya itu telahpun disahkan melalui kenyataan rasmi keluarga pelakon itu. Ia diserahkan kepada saluran televisyen, ABC di Amerika Syarikat untuk laporan berita.

“Cameron meninggal dalam tidurnya pada pagi Ahad disebabkan kondisi kesihatannya. Dia sedang menerima rawatan pakar dan malangnya, mengalami simptom sawan semasa sedang tidur.
“Kami berat hati untuk melihat Cameron pergi pada usia semuda ini, tetapi kenangan bersamanya akan sentiasa kami simpan. Kami berharap agar diberi ruang privasi pada waktu yang sukar ini.”

Kali terakhir Cameron memuat naik foto ke akaun Instagram-nya adalah semalam dan peminat rata-rata masih sukar untuk mempercayai pemergian Cameron. Lebih 300,000 komen telah ditinggalkan untuk mengucapkan takziah.

Cruz Beckham turut meluahkan rasa terkejut, Gregg Sulkin berharap agar keluarga Cameron terus bertabah dan Casey Simpson meninggalkan 3 komen pada foto tersebut.
Cameron Boyce meraih populariti selepas dia membintangi filem Descendants 1, 2 & 3 serta filem Grown Ups 1 & 2 memegang watak Carlos untuk sequel ketiga Descendants.

Memandangkan filem itu hanya bakal ditayangkan pada 2 Ogos ini, REMAJA meramalkan kru produksi dan para pelakon akan melakukan penghormatan terakhir mereka sewaktu tayangan perdana.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Teori Taylor Swift ‘Cintakan’ BFF Karlie Kloss Jadi Topik Hangat Album Baru

Jika korang belum lagi mendengar album terbaru Taylor Swift berjudul Folklore setelah ia menemui kita 2 hari lalu, WHERE HAVE YOU BEEN?!
Folklore telahpun memecahkan pelbagai rekod dalam tempoh 24 jam ia dipasarkan.
Selain dianggap sebagai antara album terbaik yang pernah dikeluarkan oleh Taylor Swift oleh para Swifties kerana komposisi lagunya yang kembali kepada asal-usul muzik country Taylor, ia juga menunjukkan betapa matang muzik Taylor pada usia 31 tahun.

Namun, dalam banyak-banyak lagu yang dinyanyikan oleh Taylor, ada sebuah lagu yang berjaya mencuri perhatian RAMAI pendengar. Ia berjudul Betty dan mengikut spekulasi ramai pendengar, ia mungkin menceritakan mengenai perasaan Taylor terhadap – hmm – seorang perempuan.
Siapa Betty ni, Taylor??
Terlalu banyak spekulasi yang bertebaran. Ada yang mengatakan Betty adalah nama anak terbaru pasangan Ryan Reynolds dan Blake Lively yang merupakan rakan karib Taylor.
Ada juga yang beranggapan Betty itu adalah seorang watak lelaki yang dicipta oleh Taylor memandangkan album ini berjudul Folklore (maksud: cerita yang dicipta oleh Taylor).
Namun, majoriti daripada pendengar berangggapan bahawa Taylor sedang bercerita mengenai perasaannya terhadap rakan karib perempuannya. Specifically, model Karlie Kloss.

Ini kerana Karlie memuat naik beberapa foto di Instagram yang menunjukkan dirinya di dalam hutan, mirip album cover Folklore.
Hubungan di antara Taylor dan Karlie (atau Kaylor) telah terjalin bertahun-tahun lamanya. Malah, Kaylor juga dianggap sebagai kembar kerana ketinggian dan paras rupa mereka yang hampir seiras.

Do not get us wrong, Karlie telahpun berkahwin dan Taylor pula sedang bahagian dengan teman lelakinya, Joe Alwyn. Namun, mungkin Kaylor mempunyai perasaan ‘cinta’ di antara dua orang kawan yang lebih rapat berbanding sekadar rakan karib. Mungkin lebih kepada sisterly bond gitu.
Rekod Baharu, Ini Album Terbaik Taylor Swift?
Walaupun baru saja menemui peminatnya, Folklore telahpun dijual lebih daripada 1.3 juta dalam tempoh hari pertamanya ia dipasarkan!

Sekaligus, Folklore telah memecahkan rekod bagi penjualan album terbanyak di Spotify oleh seorang penyanyi wanita dengan 80.6 juta penstriman. Malah di platform Apple Music, ia menjadi album pop paling banyak distrim dalam tempoh 24 jam dengan 25.47 juta penstriman.
OMG Taylor!
Walaupun rekod rasmi hanya akan diperolehi dalam tempoh seminggu selepas sesebuah album dikeluarkan, ramai yang telah menjadi ‘pak nujum’ dan merasakan Folklore bakal dinobatkan sebagai debut album terbaik bagi tahun 2020. Untuk pengetahuan, rekod itu kini dipegang oleh The Weeknd untuk album After Hours, minggu lalu.
Pendapat Taylor Mengenai Folklore

Semasa mengumumkan bahawa Folklore akan menemui semua Swifties pada hari Jumaat lalu, dia menganggap album kelapannya ini adalah “bunyi baharu saya di mana saya ekspresikan ketahutan, impian, perasaan..sebelum tahun ini, saya mungkin akan berfikir panjang mengenai masa terbaik untuk mengeluarkan sebuah album baharu.
“Tetapi dengan waktu yang kita sedang lalui sekarang, saya diingatkan bahawa kita tiada jaminan di dunia ini. Hati saya mengatakan jika saya lakukan sesuatu yang saya cintai, saya harus membiarkan seluruh dunia mendengarnya. Itu adalah sesuatu yang berbeza mengenai Folklore.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lagi Kes Cabul Remaja Di Sekolah, Pengetua Tergamak Lakukan Perbuatan Jijik

Sekolah merupakan tempat untuk belajar, menuntut ilmu dan juga mengejar cita-cita sebelum kita ke menara gading. Di sekolah kita juga lah tersemat momen-momen indah dalam hidup kebanyakkan dari kita.
Namun sayangnya tidak semua dapat abadikan momen indah di sekolah. Pasti ramai yang mengeleng kepala apabila membaca akhbar tempatan di mana dilaporkan seorang murid lelaki berusia 14 tahun menjadi jenayah mangsa seksual oleh pengetuanya sendiri.

Pelajar lelaki itu diganggu setiap hari oleh pengetua secara seksual oleh suspek berusia 59 tahun sejak tiga hari selepas pendaftaran masuk. Akhirnya hal ini terbongkar selepas mangsa pulang ke rumah keluarga angkat dan mendedahkan perbuatan jijik pengetua sekolah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, mangsa mula diganggu secara seksual oleh suspek berusia 59 tahun sejak tiga hari selepas pendaftaran masuk.
Mangsa mendakwa dia mula diganggu secara seksual oleh pengetua sekolah berusia 59 tahu itu. Hampir setiap hari mangsa diperlakukan sedemikian sehingga sekolah berkenaan diarahkan tutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada November 2020 sebelum dibuka semula pada 1 Mac 2021.
“Menurut mangsa gangguan itu berlaku hampir setiap hari sehingga sekolah berkenaan diarah tutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada November tahun lalu dan dibuka semula pada 1 Mac lalu. Mangsa tidak tinggal di situ (sekolah) sepanjang tempoh itu.

“Namun, pada awal pagi 4 Mac lalu, mangsa kembali bersekolah di sekolah itu dan masih ditempatkan di bilik tidur tetamu.
“Pada jam 4 petang hari yang sama, suspek mengganggu mangsa secara seksual dan cuba melakukan perbuatan tidak senonoh namun sempat dielak,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Mangsa keluar dari bilik itu dan pergi menumpang tidur di rumah rakannya tetapi tidak menceritakan apa yang telah berlaku.
Paling mengejutkan, semakan mendapati, suspek memiliki rekod lampau iaitu Seksyen 377C Kanun Keseksaan. Polis kini sedang mengesan suspek dan siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Untuk info, ini bukan kes pertama yang melibatkan pencabulan di sekolah. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff sebelum ini pernah mengeluarkan kenyaatan sebanyak 1,721 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang direkodkan dalam tempoh Januari hingga 30 Jun 2020.
Berikutan itu, doktor Pediatrik, Dr Redza Zainol membuka topik ini memandangkan dia pernah mengendali kes ini dan dia turut kongsikan beberapa rangkap ayat ayah kepada kanak-kanak mangsa berkenaan ketika dia cuba memberitahu keadaan mental si kecil.
Jadi, Dr. Redza berkongsi apa yang perlu dibuat jika situasi sebegini berlaku pada diri kita menerusi ciapan twitter miliknya.
- Pastikan diri sendiri dan anak dalam keadaan selamat. Pelaku tu sanggup buat apa saja untuk tutup kesalahan sendiri.
- Buat laporan polis. Ini dokumen paling penting.
- Bawa salinan laporan polis ke hospital.
- Pihak polis pula dengan segera akan memberkas si pelaku. Ini penting supaya pelaku tidak datang untuk mengganggu keluarga mangsa.
- Anak akan diperiksa oleh doktor kanak-kanak dan doktor sakit puan. Dengan salinan laporan polis, barulah doktor sakit puan boleh buat pemeriksaan teliti pada bahagian kemaluan anak.
- Anak akan dirujuk pada doktor psikiatri untuk penilaian tanda-tanda kemurungan, tanda stress, tanda trauma. Paling serius sehingga timbul rasa nak bunuh diri.
- Jika ada anak perempuan yang lain, bawa semuanya ke hospital. Ada kemungkinan, semua pun sudah dicabul.
Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermula 27 Mei, Kalau Korang Nak Masuk Kelantan Wajib Buat Ujian Saringan Covid-19

COVID-19 tidak mengenal mangsanya, sesiapa sahaja berisiko untuk dijangkiti.
Bagi memutuskan rantaian penularan wabak ini, orang ramai diminta untuk terus berada dirumah supaya jangkitan dapat dielakkan. Dalam masa sama, mereka yang disyaki akan menjalani ujian saringan COVID-19.

Kelantan memulakan langkah pantas apabila menjadi negeri pertama mewajibkan ujian saringan Coronavirus kepada sesiapa yang ingin memasuki negeri tersebut mulai 27 Mei 2020.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan (JKKN) Kelantan — Dr Izani Husin berkata arahan itu membabitkan semua yang masuk melalui pesawat atau kenderaan darat.
Beliau berkata, keputusan dibuat dalam mesyuarat Khas JKKN hari ini berikutan seorang wanita hamil di Kuala Krai yang positif Covid-19 selepas pulang ke Kelantan.

“Mereka akan disaring di sekatan jalan raya di Jeli, Gua Musang, Pasir Puteh dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP),” katanya.
Tambah beliau, kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri akan ditempatkan di semua pintu masuk sempadan negeri.
Justeru, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak menggunakan laluan tikus bagi mengelak menjalani ujian saringan berkenaan.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pihaknya turut mewajibkan pemakaian penutup muka di premis tertutup.

Sebelum ini, viral apabila seorang wanita hamil didapati positif Covid-19 di negeri terbabit selepas melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berstatus zon merah ke Kelantan.
Wanita tersebut disahkan positif Covid-19 apabila berkunjung ke klinik kesihatan ibu dan anak untuk menjalani rutin pemeriksaan.
Bagus usaha yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan ini demi melawan Covid-19 ni.
Sumber: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

