COVID-19 tidak mengenal mangsanya, sesiapa sahaja berisiko untuk dijangkiti.
Bagi memutuskan rantaian penularan wabak ini, orang ramai diminta untuk terus berada dirumah supaya jangkitan dapat dielakkan. Dalam masa sama, mereka yang disyaki akan menjalani ujian saringan COVID-19.
Kelantan memulakan langkah pantas apabila menjadi negeri pertama mewajibkan ujian saringan Coronavirus kepada sesiapa yang ingin memasuki negeri tersebut mulai 27 Mei 2020.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan (JKKN) Kelantan — Dr Izani Husin berkata arahan itu membabitkan semua yang masuk melalui pesawat atau kenderaan darat.
Beliau berkata, keputusan dibuat dalam mesyuarat Khas JKKN hari ini berikutan seorang wanita hamil di Kuala Krai yang positif Covid-19 selepas pulang ke Kelantan.
Ads
“Mereka akan disaring di sekatan jalan raya di Jeli, Gua Musang, Pasir Puteh dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP),” katanya.
Tambah beliau, kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri akan ditempatkan di semua pintu masuk sempadan negeri.
Ads
Justeru, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak menggunakan laluan tikus bagi mengelak menjalani ujian saringan berkenaan.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pihaknya turut mewajibkan pemakaian penutup muka di premis tertutup.
Sebelum ini, viral apabila seorang wanita hamil didapati positif Covid-19 di negeri terbabit selepas melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berstatus zon merah ke Kelantan.
Wanita tersebut disahkan positif Covid-19 apabila berkunjung ke klinik kesihatan ibu dan anak untuk menjalani rutin pemeriksaan.
Bagus usaha yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan ini demi melawan Covid-19 ni.
Sumber: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mangsa Covid-19 telah meningkat dari semasa ke semasa dan telah mengorbankan banyak nyawa di serata dunia.
Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kesihatan dalam membendung virus ini, bukan sahaja pihak kesihatan di Malaysia, malah serata dunia sedang berusaha mencari vaksin untuk virus ini.
Namun, semalam dunia digemparkan dengan berita gembira apabila Presiden Rusia, Vladimir Putin mendakwa Rusia sudah pun berjaya menghasilkan vaksin pertama untuk merawat jangkitan COVID-19 selepas dua bulan mengujinya kepada manusia.
Putin turut memaklumkan anak perempuannya sendiri terlibat dalam eksperimen tersebu dan sudah pun menerima vaksin terbabit.
Diragui Saintis Dunia
Vaksin yang sudah didaftarkan di Rusia itu bagaimanapun mengundang keraguan dan kebimbangan dunia kerana tempoh kelulusannya yang singkat.
Pakar antarabangsa yang masih skeptikal mempertikaikan keputusan ujian klinikal tersebut yang terus di daftar selepas dua bulan ujian. Malah para saintis di seluruh dunia termasuklah daripada kelompok saintis di Rusia sendiri mempersoalkannya.
Mereka memberi amaran tindakan tergesa-gesa Rusia menawarkan vaksin sebelum ujian peringkat akhir belum selesai boleh menimbulkan risiko. Ujian peringkat akhir di fasa ketiga boleh memakan masa selama berbulan-bulan melibatkan puluhan ribu sukarelawan bagi membuktikan ianya benar-benar selamat dan berkesan.
Pakar di Pusat Keselamatan Kesihatan Johns Hopkins University, Amesh Adalja menjelaskan sekiranya vaksin Rusia ini didapati bermasalah ianya akan merosakkan kepercayaan orang ramai terhadap sebarang vaksin COVID-19 selepas ini.
Memberi respon kepada kenyataan Rusia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberitahu pihak mereka sedang berbincang dengan pihak berkuasa kesihatan Rusia mengenai pra-kualifikasi vaksin tersebut termasuk kajian dan penilaian ketat dari semua data keselamatan dan keberkesanan yang diperlukan.
Ish…benda-benda ni macam ini tak perlu kot nak propa kan, apa-apa pun korang teruskan jela norma hidup baru korang tu, stay safe guys.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap tahun Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) menjadi antara acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Malaysia. Selepas 38 tahun mengukir sejarah dengan menganjurkan festival fizikal, kini pembaca semua terpaksa akur kerana PBAKL bakal ditransformasi ke platform atas talian gara-gara wabak pandemik COVID-19.
Menurut laman Facebook rasmi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, terdapat banyak tawaran hebat termasuk diskaun serta baucar yang bakal diterima oleh pelanggan.
PBAKL ini merupakan yang pertama kalinya dilakukan secara online dan terbesar boleh korang akses melalui Shopee. Antara promosi yang bakal berlangsung adalah seperti berikut:
• Lebih 140 penjual buku dan semakin bertambah
• Lebih 30,000 judul terkini
• 30,000 baucar pelanggan baru
• 10,000 baucar pembelian oleh penerbit
• 20,000 diskaun seluruh platform
• 10,000 x Tawaran RM7.00
• 5,000 baucar pelanggan sedia ada
• 4,000 baucar permainan
• 4,000 baucar tempoh terhad
Jangan bersedih sekiranya korang tidak dapat ke PBAKL tahun ini kerana semuanya lebih mudah dibuat secara online. Tidak perlu berasak-asak dengan ramai orang, buat pembelian atas talian kan lebih selesa dan jimat masa.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 ini akan berlangsung pada 25 Jun sehingga 8 Julai 2020. Jangan lepaskan peluang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekali curang, dalam perhubungan perempuan boleh terima lagi.
Dua kali juga masih boleh terima (ini kata-kata Bella Astillah ya di mahkamah) kerana tiada manusia yang sempurna dan kita harus memberi peluang untuk orang lain memperbaiki kehidupannya kerana diri kita mungkin tidak sempurna juga.
Tapi kalau sudah lebih dua kali memasuki kali ketiga, ia adalah pilihan untuk sengaja melakukan kecurangan tersebut (tidak boleh diberi kemaafan lagi) yang dikatakan antara faktor paling menyakitkan hati bagi golongan wanita.
Bella akui sekali atau dua kali masih boleh diberi peluang namun kali ketiga, itu namanya pilihan dan sukar diterima
Kenapa kecurangan terjadi dalam perhubungan?
Pasangan ambil kesempatan
Lelaki ada ketikanya suka test market. Bila umpan mengena mereka akan berasa bangga dengan perbuatan tersebut dan menganggap ianya tidak salah. Masa yang sama, melihat “kelemahan”pasangan, mereka tahu cara terbaik untuk mengambil ruang dan peluang tersebut.
2) Sekadar suka-suka
Lelaki terkenal dengan egonya. Ada masanya lelaki curang untuk menguji sejauh mana pasangan menyayanyinya. Mereka juga hendak tahu sama ada mereka masih berkemampuan untuk memikat hati wanita lain. Ada ketikanya mereka curang sehingga mereka lupa sudah ada kekasih atau berkahwin.
3)Sudah tiada lagi rasa cinta
Di awal perhubungan, semua orang akan berasa bahagia dan perasaan sentiasa berbunga-bunga. Namun seiring masa yang berlalu, korang akan dapat menangkap kekurangan masing-masing.
Saat itu, tiada lagi percikan rasa cinta atau ghairah untuk meneruskan perhubungan. Kalau ada tanda-tanda ini, cepat-cepatlah berbincang ya.
4) Lelaki rasa diri mereka menarik
Age just a number. Ada sesetengahnya pula, walau usia semakin bertambah namun tidak menampakkan usia sebenarnya. Tetapi untuk lelaki yang walaupun suah tua, ada lelaki masih mampu untuk curang kerana mereka merasakan diri mereka punya tarikan dan nampak muda berbanding usia. Sebab itulah pasangan harus berhati-hati dan mesti selalu peka pada perubahan pasangan.
Kajian saintifik yang diterbitkan oleh sebuah jurnal, Frontiers In Psychology mengatakan lelaki yang kaya dan berduia akan lebih kerap beranggapan pasangannya kurang menarik dari segi kecantikan.
5) Lelaki curang selalunya mudah rasa bosan pada pasangan
Tak tahulah apa yang difikirkan oleh lelaki. Tapi kajian mendapati lelaki selalunya bosan dengan perempuan yang terlalu manja dan mengada-ngada. Mereka biasanya mahu pasangan yang ada sikap mandiri iaitu mampu berusaha melakukan sedikit sebanyak dan bergantung sepenuhnya kepada mereka.
Lelaki yang suka mencari keseronokan di luar biasanya sangat cenderung untuk berlaku curang. Mereka beranggapan, wanita di luar sana sangat menarik berbanding pasangan.
6) Cemburu
Cemburu adalah perasaan negetif yang membuat korang menyalahkan orang lain untuk melindungi diri sendiri. Biasanya mereka menzahirkan hal ini untuk menutup kelemahan diri sendiri atau pembohongan yang telah dilakukan. Kalau ini yang korang nampak berlaku semasa perhubungan, ia sebenarnya satu masalah serius yang banyak dihadapi dan perlu diselesaikan agar masalah tidak jadi semakin serius iaitu membawa kepada kecurangan.
7) Berterusan bertengkar
Pertengkaran yang berterusan adalah tanda hubungan cinta tidak sihat. Hubungan cinta yang kuat biasanya didasari boleh berkompromi. Tapi kalau dah selalu bertengkar hanya pada isu-isu remeh, sendiri boleh faham ya yang hubungan korang bermasalah. Bila bertengkar juga ia mengubah mencari orang lain dan seterusnya kecurangan boleh terbentuk.
8) Suka manipulasi pasangan
Memaksa orang lain mengikut kehendak kita adalah perkara susah kerana jika hal ini ditunjukkan secara terang-terangan, pasti hubungan cinta berantakan. Tanpa sedar ramai pasangan melakukanya dalam diam. Tapi kalau korang tersedar hal ini, lebih baik putuskan hubungan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...