
Seorang lagi permata seni tanah air telah meninggalkan kita….
Hari ini industri seni dikejutkan dengan berita pemergian seorang pelakon veteran iaitu Badrul Muhayat yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 55 tahun.
Berita duka itu disampaikan oleh pelakon Anne Abdullah menerusi sebuah hantaran di platform Facebook miliknya.

“Assalammualaikum saya nak maklumkan yang Badrul Muhayat dah meninggal dunia di homestay Penang. Al-Fatihah,” coretnya ringkas.
Menerusi entri Instagram pula, Anne juga ada memuat naik hantaran yang memaklumkan bahawa pelakon veteran berkenaan telah meninggal dunia.

Sekadar info, Badrul Muhayat atau nama penuhnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani dilahirkan pada 18 April 1968 dan merupakan bekas peserta Hero Remaja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Facebook & Instagram Anne Abdullah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak Perlu Mandi Lama-Lama, Ini Cara Mudah & Ringkas Mandi WAJIB Yang Betul

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut dan nampak remeh tapi jangan terkejut kalau dikatakan mungkin ramai remaja di luar sana yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Tidak kira juga menggunakan air hujan, air paip atau air pancut shower, yang penting air tersebut ialah air mutlak. Tidak perlu mandi lama-lama. Biar cepat, mudah dan ringkas. Asalkan mandian itu sempurna. Panduan mandi wajib ini boleh digunakan untuk kedua-dua lelaki dan perempuan.
Untuk itu, ilmu cara mandi wajib ini perlu dipelajari.

Juga disebut mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Perkara Yang Diperlukan Mandi Wajib
1. Keluar sperma atau air mani
2. Hubungan seksual (Persetubuhan)
3. Terhenti keluarnya darah haid
4. Terhenti keluarnya darah nifas
5. Melahirkan
6. Meninggal Dunia

Langkah Dan Cara Mandi Wajib
1. Niat ketika air sampai ke tubuh
2. Membaca “Bismillah”
3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”
Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:
“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”
Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)
9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan
10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.
VIDEO CARA MANDI WAJIB YANG RINGKAS
Penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus tentang cara mandi wajib yang ringkas.
Semoga perkongsian ini mampu memberi manfaat buat semua remaja diluar sana. Ingat ye kalau mandi wajib tak betul semua ibadah yang dilakukan juga tidak sah.
Wallahu’alam
Sumber : Majalah Cahaya, Bil 106, Tahun 24, Isu 3/2012, Bahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Exercise Kecilkan Paha Yang Korang Boleh Buat Di Rumah

Bukan hanya wanita yang memiliki bentuk badan berisi saja mempunyai masalah ‘besar’ di bahagian paha, tapi ada yang bertubuh kurus juga tak lepas daripada masalah ini.
Jadi, ramai yang tanya macam mana nak kecilkan paha mereka. Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh korang lakukan hanya di rumah untuk mengecilkan paha.
1. Wall sit

– Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding
– Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan korang sedang duduk di atas kerusi.
– Bila dah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang boleh sebelum berdiri tegak semula. Kebanyakannya hanya mampu tahan beberapa saat saja pada mulanya tapi bila dah biasa buat, korang pasti dapat bertahan dengan lebih lama.
– Pasti kan badan tegak semasa ‘duduk’.
– Cuba buat selama 10 saat pada permulaan dan bertahan sehingga satu minit setelah melakukan beberapa kali. Lakukan lima kali setiap hari.
Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.
2. Pergerakan ‘menggunting’

Latihan ini menumpukan pada bahagian paha sebelah dalam dan sangat senang untuk melakukannya. Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah.
Bayangkan pergerakan seperti gunting yang memotong kertas. Silangkan kaki dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan.
Ulang langkah ini hingga 12 ke 15 kali untuk setiap set. Korang akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian paha.
3. Pusingan bulatan

Baring mengiring di atas lantai dengan posisi sebelah tangan ke atas dan letakkan tapak tangan yang sebelah lagi tu di atas lantai bahagian depan korang. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas dan pusingkan kaki yang diangkat itu mengikut pusingan jam.Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika mampu.
4. Pakai kasut tinggi

Ha, jangan terkejut. Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan paha. Walaupun amalan memakai kasut tinggi ni boleh beri kesan buruk kepada kaki dan postur, jadi korang kena la berhati-hati. Kajian menunjukkan bahawa perempuan tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit yang melebihi dua inci.
5. Melompat atas trampolin

Aktiviti ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolisme, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan selama setengah jam dan ia dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan.
Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya.
Tip ini dikongsi oleh seorang wanita yang pernah mengalami berat badan yang berlebihan dan sekarang telah pun berjaya mengekalkan berat badan ideal.
Sumber: kevinzahri.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tokti & Fattah Amin Bakal Perform Sesuatu Secara Live Di TikTok?

Ramai selebriti Malaysia yang telah memuat naik pelbagai jenis video TikTok sepanjang musim perintah kawalan pergerakan (PKP) ini.
Antara yang telah menjadi TikTok household names (hehe) dengan sekurang-kurangnya 1 video TikTok pada setiap minggu termasuklah pelakon, Aeril Zafril, Mawar Rashid dan Nora Danish.
Tapi tak sangka pula, akan muncul hari di mana penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Situ Nurhaliza dan pelakon kacak, Fattah Amin akan menggunakan aplikasi TikTok! And that day is coming closer guys.
Sepanjang PKP, TikTok Malaysia telah aktif berkolaborasi bersama selebriti tempatan untuk segmen TikTok #StayAtHome Live! Specials di platform media sosial mereka pada setiap minggu.
Khas untuk tontonan korang, TikTok akan menjemput Tokti dan Fattah untuk muncul berinteraksi untuk tempoh sejam.

Ia termasuklah sesi soal jawab bersama peminat, nyanyian secara live single Bebas dan 7 nasihat serta beberapa lagi cabaran khas yang disediakan oleh TikTok. Adakah mereka berdua akan menari mengikut beberapa tune popular di TikTok..?
Kami sendiri tidak boleh bayangkan Tokti menari untuk lagu Skechers oleh DripReport dan Fattah Amin pula menari untuk lagu Tiago nyanyian Tiagz.
(Berdekah kejap) – tapi tak mustahil kan?
Untuk mengetahuinya, korang kenalah tune in kepada live bersama Fattah Amin pada 21 April (9.00 malam – 10.00 malam) dan bersama Tokti pada 22 April (9.30 malam – 10.30 malam).
NEXT READ: Ahli SNSD Digelar Hyoyeon Rempit Disebabkan Video TikTok
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

