Selepas viral video Tik Tok yang dilakukan oleh ahli program Running Man, Ji Suk Jin pada bulan lalu, kini tiba giliran seorang lagi selebriti K-pop yang memilih lagu berbahasa Melayu di aplikasi tersebut.
Hyoyeon yang juga merupakan ahli kumpulan Girl’s Generation (SNSD) memilih lagu popular di Tik Tok, Sekejam Itu Kau Fitnahkan yang sering menjadi pilihan warga Tik Tok di Malaysia.
Menariknya, Hyoyeon tampil bersama 2 orang rakan lelakinya dan salah seorang daripada dikenali sebagai personaliti dari Indonesia bernama Boy William.
‘Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa’
Tidak seperti kebanyakan ibu bapa, penoreh getah Jaliusih Madakol terpaksa meminjam wang dari orang kampungnya untuk menghadiri pengumuman keputusan STPM anak perempuannya di Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu.
Namun segala penat lelahnya untuk menyara pelajaran anak perempuannya tidak berakhir dengan sia-sia apabila anak perempuannya, Arnie Jaliusih meraih purata mata gred kumulatif (CGPA) 4.0 untuk peperiksaan STPM.
Arnie yang merupakan pelajar SMK Tun Fuad Stephens adalah antara 75 pelajar yang menerima penghargaan daripada timbalan pengarah Pendidikan (Perancangan dan Pengurusan Sektor PPD) Sabah Mohd Zaini Yanin di Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu.
Penoreh getah itu turut berkata, dia sanggup berusaha dengan pelbagai cara untuk memastikan Arnie, dirinya dan isteri tetap hadir meraikan pencapaian membanggakan tersebut.
“Saya hanya ada motosikal dan Proton Saga yang selalu rosak. Kereta saya dari era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri pada 1990-an.
“Paling jauh yang ianya boleh capai adalah sehingga ke pekan Tamparuli, kira-kira 30 minit dari rumah kami,” katanya sambil menambah mereka terpaksa menyewa teksi dari pekan itu untuk menyambung perjalanan ke sekolah tersebut.
Jaliusih yang berasal dari Sinansag Kiulu di Tamparuli hanya memperoleh pendapatan antara RM200 dan RM300 sebulan. Manakala kos tambang teksi untuk pergi dan balik dari sekolah tersebut mencecah RM120.
“Saya tiada pilihan lain selain meminjam wang daripada beberapa orang kampung semata-mata untuk memastikan kami berjaya sampai ke sini. Ia adalah satu majlis yang menggembirakan.
“Tetapi apabila Arnie melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, memandangkan dia bercita-cita menjadi seorang guru, kami sekeluarga perlu mendapatkan sokongan kewangan daripada saudara-mara yang lain,” katanya.
Arnie, anak ketiga daripada lima beradik, merupakan pelajar tunggal SMK Tun Fuad Stephens yang mendapat 4.0 dalam peperiksaan STPM.
Sekadar info, seramai 7,618 calon mendaftar untuk peperiksaan STPM di Sabah namun hanya 7,001 yang mendudukinya. Manakala, 59 sekolah mencapai kadar kelulusan 100 peratus tahun lepas.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: NST & Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain daripada teruja dengan The Avengers, Hell boy dan drama siri Korea, filem BU yang bakal menemui pemonton di pawagam pada 11 April sangat ditunggu-tunggu dari peminat filem industri melayu. Meskipun trailer filem ini tidak viral dan tidak mendapat sambutan luar biasa, filem yang penuh dengan mesej dan beremosi ini sesuai benar ditonton oleh semua lapisan masyarakat.
Filem yang berkisahkan beberapa individu yang melalui liku-liku kehidupan yang penuh dengan cabaran. Tentu sekali dalam sesebuah keluarga, akan wujudnya konflik yang membawa kepada keretakan rumah tangga. Jika kamu pernah menonton filem Sepi, Cinta dan Pulang, pasti kamu akan faham dengan genre filem ini.
Filem ini dimulakan dengan kemalangan yang melibatkan pelakon-pelakon utama, namun siapa mangsa yang dilanggar masih menjadi misteri sehingga minit terakhir filem ini.
Rashidi Ishak, Nadiya Nisaa dan Tia Sara merupakan sebuah keluarga yang mempunyai masalah dan jarang berkomunikasi. Berlainan pula dengan keluarga Dian P.Ramlee, Iedil Putra dan Mawar Rashid yang nampak bahagia namun sebenarnya banyak rahsia yang terpendam. Sementara Remy Ishak dan Nadia Brian yang inginkan sebuah keluarga besar, namun tidak punya rezeki. Tidak seperti filem melodrama yang lain, watak keluarga dalam cerita ini tiada kaitan antara satu sama lain.
Sesuai dengan nama BU, filem ini banyak mengetengahkan elemen kekeluargaan dan pengorbanan seorang ibu membesarkan anak, sehingga terpaksa mengetepikan cita-cita. Filem ini juga memperlihatkan bagaimana seorang ibu pempertahankan maruah anak yang bersalah. Watak yang dipikul oleh Dian P.Ramlee dan Nadiya Nisaa amat besar kerana ia merupakan inti kepada filem ini.
Menjadi seorang ibu bukan satu kerjaya yang mudah. Ia merupakan kerjaya sepanjang hayat. Berjayanya seorang anak adalah dari pengorbanan seorang ibu yang sentiasa menyokong dari belakang. Tentu kamu masih ingat bila mana kamu dalam kesusahan, ibu orang pertama yang akan backup kamu meskipun kamu salah! Hebat kan ibu? REMAJA nak ingatkan semua, hargailah pengorbanan ibu. Tanpa mereka siapalah kamu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak semalam, tular di media sosial mengenai berita syarikat akhbar tempatan Utusan Melayu Berhad secara officialnya ditutup dan ditamatkan operasinya kerana tidak mampu untuk membayar gaji pekerjanya dan kos operasi.
Terkesan dengan berita tersebut ramai netizen terutamanya selebriti-selebriti tanah air berasa sedih dengan perkhabaran itu.
Bagi mereka, Utusan merupakan antara ‘tapak’ permulaan mereka di dalam industri hiburan yang banyak menaikkan nama mereka. Antara selebriti-selebiti tanah air yang menyatakan rasa sedih dan terkejut mereka dengan perkhabaran ini termasuklah Khai Bahar dan Nabila Razali.
Tidak ketinggalan pelantun lagu Luluh, Khai Bahar turut bersimpati dengan apa yang terjadi kepada rakan-rakan dan sahabat media yang berasa di Utusan Dan Kosmo..
“Saya rasa amat bersimpati dengan rakan-rakan di Utusan dengan apa yang berlaku semalam, dan saya juga mendoakan agar semua wartawan-wartawan utusan agar dipermudahkan segala urusan dan terus tabah dengan ujian dan dugaan semua warga Utusan,” ujar Khai Bahar
Penyanyi manis, Nabila Razali pula rasa sedih kerana Utusan merupakan antara ‘tapak’ permulaan Nabila di dalam industri hiburan yang banyak menaikkan nama dan support apa yang beliau lakukan .
“Sesungguhnya Bella rasa terkejut. Bella sedih sebenarnya sebab pihak Kosmo dan Utusan banyak membantu dalam menaikkan nama Nabila Razali dari awal sampai sekarang. Tak henti-henti support Bella walau apa yang Bella hadapi. Tetap support!
Di kesempatan itu, Nabila Razali turut rasa sedih dan ingin membantu jika diberi peluang dan jika ada rezeki yang lebih.
“Bella betul-betul rasa sedih dengan berita tergempar ni. Bella pun risau dengan nasib 700 orang staff Utusan. Sebab Bella pun rasa yang sama, yela tiba-tiba kita hilang punca pendapatan dengan komitmen yang hendak dibayar tiap bulan. Nak cari kerja bukan mudah sekarang. Bella sedih dan tumpang simpati dengan nasib kesemua staff yang terlibat. But of course, kalau Bella ada rezeki untuk Bella bantu mereka, Bella teringin nak bantu.”
“Apa-apa Bella akan just update. Semua staff Utusan macam kawan-kawan Bella. Kita kena percaya dengan takdir ini. InsyaAllah Bella tak segan silu untuk membantu,”
Sebagai info, Utusan adalah antara syarikat akhbar paling lama di Malaysia yang kini mencecah 80 tahun. Jangan kata Khai dan Bella, penulis pun sedih mengenangkan kawan-kawan di Utusan dan Kosmo. Moga mereka tabah hadapi dugaan ni. Kita doa yang baik-baik sahaja je la untuk mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...