
Ini merupakan berita baik buat semua pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara. Mereka boleh membuat pemohonan suntikan vaksin COVID-19 dengan lebih awal.
Menurut ciapan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), permohonan vaksin awal boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera.

Menurut ciapan ini, terdapat 3 langkah mudah. Pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara hanya perlu membuka aplikasi MySejahtera dan memilih ikon ‘Help Desk’.
Selepas menu mula, pemohon vaksin bakal dibawa ke halaman ‘Janji Temu Vaksinasi’ serta perlu mengambil pilihan A, khusus bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Korang hanya perlu mengisi maklumat bersama dokumen MySj ID, isikan nombor kad pengenalan atau pasport dan pilih, dan hantar dokumen berkaitan. Korang juga perlu memastikan maklumat yang telah diisi itu adalah tepat dan benar.
Dengan cara ini, korang boleh dapatkan vaksin dengan lebih awal dan ianya bakal memudahkan proses korang juga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada Lagi Raya Mengejut, Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 20 April

“Berlalulah sudah Ramadan, sebulan berpuasa“
Bait-bait lagu Suasana Hari Raya kini makin kerap bergemang di sana sini. Maklumlah kurang dari 10 hari sahaja lagi, seluruh umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Memandangkan tahun lepas, kita menyambut hari raya sehari awal dari yang dijangka maka pastikan tahun ini kita lebih peka dengan tarikh pengisytiharan Aidilfitri.
ARTIKEL BERKAITAN: 1 Syawal Jatuh Hari Jumaat? Pusat Astronomi Jangka ‘Raya Mengejut’ Bakal Berulang

Menurut Awani, tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada hari Khamis, 20 April atau 29 Ramadan 1444 Hijrah di 29 lokasi terpilih di seluruh negara.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja atas titah Yang di-Pertuan Agong dengan perkenan Majlis Raja-Raja.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan Majlis Raja-Raja telah bersetuju tarikh Aidilfitri akan diputuskan berdasarkan Rukyah (penglihatan anak bulan) dan Hisab (pengiraan astronomi).
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang terkini adalah Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sejak 10 Januari 2011.
Selain itu, penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan tarikh Aidilfitri pada malam yang sama menerusi siaran radio dan televisyen, baca kenyataan itu.
Sebanyak 29 lokasi telah dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal iaitu Pontian Kecil, Johor; Kompleks Astronomi Al-Khawarizmi di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal (Balai Cerap Telok Kemang) di Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting; Balai Cerap Sabak Bernam di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong di Perak; dan Pusat Falak Sheikh Tahir Falak Centre, Pantai Aceh di Pulau Pinang.
Lokasi lain ialah di Kampung Pulau Sayak Kuala Muda, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA di Setiu, Terengganu.
Pusat astronomi jajngka ‘raya mengejut’ bakal berulang.
Di Kelantan, lokasi untuk melihat anak bulan ialah di Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu; manakala di Sarawak, terdapat di Falak Centre, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu.
Lokasi penampakan di Sabah ialah di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan dan Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; manakala di Pahang pula terdapat di Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang dan Bukit Pelindong.
Tiga lokasi lain ialah di Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Tinjauan Masjid Al-Hussain di Kuala Perlis.
Haaa…bolehlah bersedia depan televisyen Khamis malam nanti tau dan semoga ibadah kita semua di bulan puasa ini diterima oleh Allah S.W.T.
BACA LAGI: 6 Tahun Naik Turun Mahkamah, Gwyneth Paltrow Menang Kes Saman Kemalangan Ski Dan Dianugerahkan 1USD
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Petrosains, Bernama, Kosmo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wakil Miss Grand Malaysia Catat Sejarah, Bolos Posisi TOP 10

Buat julung-julung kalinya, wakil Malaysia ke pertandingan Miss Grand International terpilih untuk menyertai senarai 10 peserta terbaik di pertandingan ratu cantik tersebut.
Bertempat di Bangkok Thailand, wakil negara iaitu Jasebel Robert terdahulu telah mencuri tumpuan dengan kostum nasional bertemakan Mak Young apabila ia tergolong dalam senarai lima kostum pilihan para juri di pusingan awal.
ARTIKEL BERKAITAN : Dari Kelantan Ke Miss Grand International, Kostum Malaysia Masuki TOP 5! – REMAJA

Biarpun tidak berjaya membawa pulang kategori kostum nasional terbaik, Jasebel mencipta keajaiban apabila dia berjaya melangkah ke pusingan 10 wakil terbaik setelah wakil negara berusia 25 tahun itu dinobatkan sebagai Miss Popular berdasarkan undian peminat dari seluruh dunia.
Kemenangan itu sekaligus membolehkan Jasebel membolosi posisi Top 10 dan meneruskan perjuangan dalam segmen ucapan (speech) bertemakan COVID-19.


Dalam segmen tersebut, Jasebel memulakan ucapannya dengan berharap agar masyarakat bersatu hati menangani pandemik COVID-19 yang masih menular di seluruh dunia.
“Sekiranya COVID-19 telah mengajar kita sesuatu, ia telah mengajar kita bahawa virus ini tidak mengenali warganegara, agama, jantina, orientasi seksual. Bilakah akan kita sedar mengenai perkara ini? Bilakah kita akan berhenti menumpukan pada perbezaan di antara kita dan fokus ke arah persamaan yang wujud?
“Bila kamu melihat orang di sebelah, kamu akan melihat penonton Miss Grand International.
“Namun, jika kamu boleh menukar mentaliti itu dan mula melihat mereka sebagai saudara, kamu boleh, ‘Go to the moon and beyond’, seperti yang dikatakan oleh (Albert) Einstein.”
“Jadi, saya ingin ‘memberitahu’ COVID-19 bahawa ia telah salah mencari mangsa kerana manusia adalah lebih kuat daripada segalanya jika kita bersatu hati. Kami lebih kuat disebabkan perasaan kasih sayang, prihatin dan kita semua adalah sama.
“Saya juga ingin mengajak semua orang untuk meraikan 64 wakil peserta (Miss Grand International) yang telah berkerja keras untuk berada di sini. Terima kasih,” simpul Jasebel.

Biarpun Jasebel tidak membolosi kedudukan 5 wakil terbaik selepas segmen evening gown, ia masih merupakan satu pencapaian yang membanggakan.
Secara peribadinya, penulis menggemari ucapan Jasebel kerana ia kedengaran hadir dari hatinya sendiri dan tidak dihafal perkataan demi perkataan.
Kejayaan ini wajar dijadikan penanda aras buat wakil ratu cantik Malaysia seterusnya ketika mengibarkan Jalur Gemilang di pertandingan masing-masing kelak.
*
Terdahulu, REMAJA pernah menemubual wakil Malaysia ke Miss Universe 2020, Francisca Luhong James dalam video empat bahagian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ibarat Adik-Beradik! Romeo Beckham & Ayahnya Segak Ketika Sokong England

Biarpun sudah agak lama meninggalkan padang sebagai seorang pemain bola sepak profesional England, lagenda kontemporari David Beckham masih tidak henti-henti menyokong pasukan negara kelahirannya itu dari belakang.
Setiap kali muncul acara atau kejohanan besar seperti UEFA EURO 2020 yang sedang berlangsung di sekitar benua Eropah, kelibat David di tempat duduk penyokong pasti dapat ‘ditangkap’ oleh peminat bola sepak.
Kali ini, David tidak keseorangan apabila beliau muncul bersama-sama anak terunanya, Romeo Beckham ketika perlawanan ‘Battle of Britain’ di antara England dan Scotland.

Bertempat di Stadium Wembley pada hujung minggu lalu, mereka berdua kelihatan persis abang dan adik apabila masing-masing segak menyarungkan sut biru gelap dan tali leher seiras.
Tambahan pula dengan warna rambut Romeo dalam tona bleached blonde, remaja berusia 18 tahun itu persis ayahnya sewaktu zaman muda.


Mereka berdua juga dilihat lebih selesa berdiri sambil menyaksikan aksi di padang Wembley. Ada ketikanya, jelas dari riak wajah mereka perasaan cemas semasa perlawanan berlangsung; namun masing-masing masih enjoy dengan prestasi kedua-dua buah pasukan biarpun terikat dengan skor 0-0.


ARTIKEL BERKAITAN : Anak Bujang David Beckham Selangkah Lagi Untuk Berkahwin! Ini 5 Fakta Tentang Tunangnya – REMAJA
Untuk pengetahuan, berbanding adik beradik lelakinya seperti Brooklyn, 22 dan Cruz, 16; Romeo lebih selalu tampil di stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak terutamanya yang melibatkan pasukan England.
Terdahulu, duta terbaru jenama YSL itu dilihat memberikan sokongan semasa England menentang Croatia pada 13 Jun dengan menyarungkan jersi pemain kelab England berusia 21 tahun, Phil Foden.
Kini setelah England layak ke pusingan kalah mati 16 pasukan terbaik dan bakal berentap dengan Jerman pada 30 Jun ini, mungkin sekali kita akan melihat kelibat Romeo yang setia memberikan sokongannya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

