Isu video Youth Talk yang dimuat naik menerusi akaun Instagram @majalahremaja pada hari Isnin lalu telah menarik perhatian para pelajar di media sosial.
Video berjudul ‘Perspektif Masyarakat Terhadap STPM’ itu telah dimuat naik oleh pihak produksi Majalah Remaja ke slot Instagram TV (IGTV) Dengan menampilkan 4 orang panel pelajar Tingkatan 5 dan Aziq Mukhriz yang bertindak sebagai moderator, topik tersebut dipilih selari dengan musim kemasukan pelajar ke pusat pengajian.
Pada peringkat awal, video tersebut telah mencetuskan perbandingan pendapat di antara pengikut akaun @majalahremaja di ruangan komen setelah mereka tamat menonton.
Jujurnya, REMAJA menghargai komen yang mereka berikan kerana wujud ‘komunikasi’ di antara remaja/pelajar di Malaysia. Ia membuktikan bahawa remaja kita berminat untuk membincangkan topik serius seperti pendidikan berbanding topik yang sinonim dengan mereka seperti hiburan dan hobi. Poin yang mereka berikan juga mempunyai basis kukuh dan bukannya sekadar omong kosong.
Ads
Bagaimanapun, setelah beberapa hari berlalu, ruangan komen mula dibanjiri dengan nada kecaman gara-gara poin salah diberikan oleh ahli panel di dalam video Youth Talk tersebut. Ada yang membangkang dengan cara berhemah dan ia disertakan dengan fakta.
Namun, suara kecaman dan penggunaan perkataan kesat tidak terkecuali ada di kalangan mereka.
Setelah meneliti isu ‘fakta salah’ ini, REMAJA mengambil keputusan untuk memadam video asal Youth Talk pada hari ini dan menggantikannya dengan video yang telah disunting semula.
Ads
Lewat petang tadi, salah seorang daripada ahli panel juga telah memuat naik video permohonan maaf secara terbuka di akaun Instagram miliknya dan ia telah mendapat respon yang rata-rata positif.
Menurut pelajar bernama Ahmad Luqman itu, dia meminta maaf atas kesilapan poin yang diberikan ketika sesi penggambaran. “Saya akui pelajar Politeknik juga merupakan pelajar berbakat dan bijak. Banyak penerangan yang telah diberikan kepada saya oleh para netizen dan kini saya lebih tahu mengenai sistem institusi tersebut.
“Saya juga ingin memohon agar kesilapan tutur kata saya di dalam video Youth Talk ini tidak dikaitkan dengan sekolah saya atau apa-apa anugerah yang pernah saya capai. Diharap kesilapan ini tidak dibawa ke luar konteks video. InsyaAllah lebih banyak yang boleh saya pelajari selepas ini,” katanya kepada kru produksi.
Bagi mewakili REMAJA sebagai pihak produksi, penulis juga berharap agar isu ini tidak dipanjangkan. Apa yang sudah berlalu itu seharusnya kita jadikan sebagai pengajaran. Kita sendiri kadangkala tak terlepas daripada tersalah mengeluarkan fakta.
Diharap, kami sendiri boleh memperbaiki proses penyuntingan dan kualiti inti pati video yang dihasilkan untuk tontonan remaja di Malaysia. Dan untuk Ahmad Luqman serta 3 lagi ahli panel lain, kami ucapkan selamat maju jaya dalam persediaan menghadapi peperiksaan percubaan sebelum disusuli dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, akhir tahun ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan pemenang anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Golden Globes 2022, Oh Young-soo telah didakwa oleh Pejabat Pendakwaraya Daerah Suwon (cawangan Seongnam) atas tuduhan salah laku seksual pada 25 November lalu.
Lapor Korea JoongAng Daily, pelakon senior berusia 78 tahun yang terkenal dengan watak sebagai Oh Il-Nam dalam drama hit Netflix, Squid Game didakwa melakukan sentuhan tidak senonoh kepada seorang wanita sekitar pertengahan tahun 2017
Wanita tersebut difahami telah menyerahkan laporan pada Disember 2021. Begitupun kes ditutup pada April 2022 tanpa sebarang pendakwaan terhadap Oh.
Memetik laporan Soompi dua hari lalu pula, Oh telah menepis segala dakwaan sepanjang proses siasatan dilakukan.
“Saya hanya memegang tangannya semasa ingin ‘guide’ di sekeliling tasik. Saya memohon maaf kerana dia berkata enggan memperbesarkan situasi itu. Bagaimanapun, itu tidak bermakna saya mengaku bersalah atas pertuduhan,” katanya.
Disebabkan laporan terhadap Oh ini juga, Kementerian Kebudayaan Seoul telah membuat keputusan menghentikan penyiaran iklan kerajaan mengenai inovasi pengawalseliannya yang menampilkan Oh.
Terdahulu, beberapa pelakon Korea lelaki lain juga pernah berdepan implikasi akibat pertuduhan jenayah atau salah laku terhadap mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang mengecam tindakan seorang pengasas produk kecantikan apabila beberapa video mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki yang dimuat naik oleh lelaki tersebut di akaun TikTok menjadi tular di media sosial baru-baru ini.
Tindakan tidak bermoral lelaki tersebut akhirnya mendapat perhatian pihak polis apabila pihak polis tengah giat mengesan pengasas produk kecantikan tersebut bagi membantu siasatan berhubung video aksi jelek berkenaan, menurut laporan daripada Bernama.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan, pihak mereka juga sedang mengesan kanak-kanak tersebut serta saksi kejadian.
“Siasatan kes berkenaan lebih kepada Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak dan memberi tumpuan dalam mengesan kanak-kanak berkenaan,” jelasnya.
Walau bagaimanapun, carian penulis di aplikasi TikTok mendapati koleksi video yang dimuat naik oleh lelaki tersebut di akaun TikTok miliknya kini sudah dinyahaktif.
Sebelum ini, seorang penceramah yang dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi telah melahirkan rasa terkejutnya melihat kanak-kanak dan remaja dipegang sembarangan lebih-lebih lagi mencium orang dewasa sebegitu rupa.
Menurutnya lagi, menerusi video yang tular tersebut, boleh jadi kanak-kanak dan remaja itu telah diganggu secara seksual.
Ya Tuhan, ni apa benda ni?
Mulut, dada, kemaluan, paha, punggung adalah private part.
Jangan kata orang lain, mak bapak sendiri pun tak boleh sembarangan memegang, menyentuh, mencium bahagian berkenaan.
Rentetan daripada kes amang seksual di kalangan kanak-kanak ini. Kami kongsikan kembali 6 Peringkat Modus Operandi Pemangsa Perkongsian Daripada Pakar Shafiq Supian.
Peringkat 1: Menentukan Mangsa.
Peringkat 2: Mendapatkan Kepercayaan Mangsa.
Peringkat 3: Mengisi Keperluan Mangsa.
Peringkat 4: Mengasingkan Mangsa.
Peringkat 5: Mengadakan Perhubungan Seksual.
Peringkat 6: Mengekalkan kawalan.
Sumber: Bernama, Facebook Shafiq Sufian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah jerebu bukan sahaja mendatangkan masalah buat kanak-kanak, namun individu dewasa juga tidak terkecuali daripada turut merasakan ‘kesesakan’ jerebu ini.
Lebih malang lagi, selepas isu jerebu yang melanda negara kita sejak beberapa minggu lagi, Malaysia menjuarai statistik global dan berada di kedudukan teratas dalam senarai negara dengan pencemaran tertinggi di rantau ASEAN dan di DUNIA.
Kredit foto: The Star
Walaupun punca kejadian berasal daripada kebakaran hutan di Indonesia, Malaysia mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi iaitu 266 berbanding Indonesia pada bacaan 207.
Sementara itu Afrika Selatan berada pada tangga kedua bacaan IPU (217) dan diikuti oleh beberapa lagi negara di benua Asia seperti India (194) dan China (178).
Negara sempadan seperti Singapura (102), Thailand (134) dan Vietnam (119) juga tergolong dalam senarai negara dengan kualiti udara tidak sihat.
Pada awalnya, kami juga keliru bagaimanakah Malaysia ‘mampu’ memintas Indonesia sedangkan itulah lokasi punca. Menurut penjelasan yang diberi, senarai ini berdasarkan kepada kualiti semasa udara sesebuah negara. Pergerakan udara yang bertiup dari Indonesia ke Malaysia jelas telah memudaratkan kualiti udara kita.
Keadaan cuaca panas yang berterusan juga menjadikan ketidakstabilan pada udara sehingga keadaan menjadi kering melampau.
Terbaru, negeri pantai timur seperti Terengganu juga sudah mula mencatatkan bacaan IPU tidak sihat pada pagi ini.
Berikut merupakan catatan IPU daripada beberapa negara yang turut tersenarai.
Rakyat Malaysia turut mengirim doa semoga masalah jerebu ini beransur pulih dan kita kembali dapat menghirup udara yang segar. InsyaAllah..
So guys, kalau korang nak keluar rumah pastikan memakai mask yang sesuai. Jika tidak ada hal penting, elakkan membuat aktiviti di luar.
Stay safe!
Sumber: ASTRO AWANI
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!