Pelajar UiTM Dominasi Pertandingan ‘Do Good Challenge’ Musim Pertama Anjuran Good Virtues Co.

Share

Jenama penjagaan peribadi halal terkemuka, Good Virtues Co., bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) memuktamadkan Do Good Challenge dengan mengumumkan pemenang hadiah utama* bernilai RM30,000 dalam satu majlis pertandingan peringkat finale yang diadakan Selasa lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: “Settle!” Boleh Mohon Pasport Secara ‘Online’ Di 3 Pejabat Imigresen Ini Bermula 1 Jun

5 finalis yang bertanding untuk Grand Finale Do Good Challenge

Cabaran, yang direka oleh Good Virtues Co., dimulakan pada Julai 2022 dengan UiTM berperanan sebagai platform rakan kerjasama dalam memperkasakan belia Malaysia dengan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dunia sebenar.

Bertemakan “Dengan Melakukan Kebaikan, Kami Percaya Kebaikan akan Dibalas” (In Doing Good, We Believe That Good Is Returned), para peserta digalakkan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan pada masa sama bersaing dalam pertandingan ini.

“Bagi Good Virtues Co., kerjasama dengan UiTM adalah penting bagi membantu kami memberi inspirasi dan berhubung dengan pengguna Muslim kami. Kami amat berbesar hati menjadi jenama pertama yang berjaya diasimilasikan ke dalam Program SULAM UiTM yang diluluskan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia,” kata Lum Chong Heng, Pengarah Komersial Citychemo Manufacturing Sdn Bhd.

Dijalankan di 30 kampus UiTM, pertandingan ini meraih lebih 7,000 penyertaan. Para pelajar diberi peluang untuk mempraktikkan apa yang dipelajari di kelas ke dalam situasi dunia sebenar yang turut meningkatkan tanggungjawab sivik mereka.

Melibatkan empat fasa, peserta melalui peringkat penyertaan, bengkel dan latihan sehingga lima finalis dipilih untuk menerima dana awalan bernilai RM8,000.

Di peringkat pembentangan akhir, lima finalis berkenaan kemudiannya mempamerkan hasil cadangan perniagaan mereka untuk menarik perhatian panel penilaian bagi merebut peluang membawa pulang Hadiah Utama bernilai RM30,000 yang diumumkan pada majlis finale semalam. 

Barisan panel hakim dan finalis.

Kejayaan penganjuran Do Good Challenge telah meletakkan laluan kerjasama yang berterusan antara Good Virtues Co. dan UiTM bagi musim seterusnya. Musim Kedua ini akan bermula pada Oktober 2023 dan diperluaskan dengan melibatkan kampus-kampus UiTM di Malaysia Timur.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Good Virtues Co. atau Do Good Challenge, layari laman sosial @goodvirtuesco

di Instagram atau GoodVirtuesCo.MY di Facebook. Tanda pagar (hashtag) jenamanya termasuk #goodvirtuesco dan #celebrateyournoor, sementara tanda pagar pertandingan adalah #dogoodchallenge.

BACA LAGI: Mata Sukar Nak Lelap? Cuba Tips Ini Untuk Tidur Yang Lena

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Good Virtues Co.

 

IKLAN