Baru-baru ini, beberapa wakil pelajar daripada Todak Academy berjaya mengharumkan nama Malaysia selepas mencatat kejayaan membanggakan di RoboG Asia Cup 2026 yang berlangsung di Lee Wai Lee, Hong Kong pada Jun lalu.
Difahamkan, pasukan kategori sekolah menengah berjaya meraih First Prize selepas menduduki tempat keempat daripada 35 pasukan bertanding, manakala pasukan kategori sekolah rendah pula membawa pulang Second Prize apabila menamatkan saingan di tempat kesembilan daripada keseluruhan 48 pasukan.
Menerusi sebuah kenyataan rasmi, Todak Academy memaklumkan bahawa pertandingan berprestij tersebut menghimpunkan bakat muda dari pelbagai negara termasuk Vietnam, Thailand, Hong Kong, Rusia dan Macau bagi menguji kemahiran peserta dalam bidang Robotik, Kecerdasan Buatan (AI) serta penyelesaian masalah.
Dalam pada itu, penyertaan di pentas antarabangsa berkenaan mencerminkan komitmen akademi berkenaan dalam memperkukuhkan pendidikan berasaskan STAiR (Sains, Teknologi, AI dan Robotik) sebagai pendekatan pembelajaran yang mampu melengkapkan generasi muda dengan kemahiran teknologi masa hadapan.
“Pasukan kita dibarisi oleh dua pelajar sekolah rendah dan dua pelajar sekolah menengah yang merupakan peserta program AI Robotik Todak Academy”
Ads
“Pihak kami telah menjalankan proses pemilihan yang rapi dan teliti bagi memastikan hanya peserta terbaik mewakili Todak Academy serta Malaysia di pentas antarabangsa ini,” kata Amirul Faez, iaitu salah seorang jurulatih Todak Academy.
Empat pelajar yang membawa cabaran Malaysia terdiri daripada Muhammad Rayyan Asyraf Shahizal Rizwan dari Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Ibnu Falah, Putrajaya dan Akhtar Muhammad Mohd Mukhlis dari Sekolah Kebangsaan Kompleks KLIA, Nilai bagi kategori sekolah rendah.
Bagi kategori sekolah menengah pula, pasukan diwakili oleh Muhammad Danish Aniq Abdul Qayyum dari SMK Desa Cempaka, Nilai serta Emir Firas Iman bin Mazlan dari SMK Bukit Jelutong, Shah Alam.
Ads
Di sebalik kejayaan tersebut, dua jurulatih Todak Academy iaitu Amirul Faez Md Daud dan Luqman Hakeem Ahmad Nazri telah memainkan peranan penting dalam menyediakan para peserta menghadapi pertandingan berkenaan. Melalui latihan intensif serta bimbingan berterusan, mereka membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang robotik dan AI bagi menghasilkan penyelesaian yang kreatif serta efektif.
@todakacademy ROBOG ASIA CUP 2026 Completed! Perjalanan yang penuh cabaran, pembelajaran dan pengalaman yang tidak ternilai buat semua pelajar dan trainer Todak Academy di pentas antarabangsa. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi sokongan sepanjang perjalanan ini. WE ARE PROUD OF YOU WELL DONE Ini baru permulaan. “We’ll come back stronger.” – Amirul (2026) #TodakAcademy#ROBOGAsiaCup2026#hongkong#airobotics♬ Epic Motivation – SILVANA INSPIRA
@todakacademyMALAYSIA ARE THROUGH Wakil Todak Academy terus menunjukkan prestasi cemerlang di ROBOG Asia Cup Hong Kong 2026 dengan menewaskan pasukan dari Thailand, Hong Kong dan Vietnam! Kini mereka berjaya mara ke peringkat seterusnya dan sedang memburu tempat dalam kelompok TOP 8 untuk ke Quarter Final. Perjalanan masih belum selesai. We have a mission! Doakan pasukan Malaysia terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa! #TodakAcademy #ROBOGAsiaCup2026 #AIRobotics #hongkong #RoboticsCompetition
Sementara itu, pencapaian di RoboG Asia Cup 2026 membuktikan bahawa pendekatan pembelajaran digital berasaskan STAiR yang diterapkan mampu melahirkan pelajar dengan kemahiran teknologi yang tinggi serta bersedia menghadapi perubahan dunia digital yang semakin berkembang.
Selain menguji kebolehan membina dan mengendalikan robot, pertandingan seperti ini turut memberi pendedahan kepada peserta untuk mengembangkan daya tahan mental, kreativiti dan kemahiran berfikir secara kritis dalam menghadapi cabaran teknologi yang dipacu oleh AI.
Dalam usaha memperkukuhkan lagi ekosistem pendidikan teknologi, Todak Academy akan terus memperkasa program Robotik dan AI bagi memberi peluang kepada lebih ramai pelajar meneroka bidang berteraskan inovasi. Kejayaan di RoboG Asia Cup 2026 ini sekaligus menjadi bukti bahawa pendedahan awal terhadap teknologi mampu melahirkan bakat muda Malaysia yang berdaya saing di pentas global. Tahniah!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkataan “kolaborasi” dipinjam daripada perkataan bahasa Inggeris, collaboration manakala “kolaboratif” daripada perkataan collaborative. Kedua-dua patah perkataan ini sebenarnya berasal daripada kata yang sama, iaitu collaborate (kata kerja).Collaboration ialah kata nama manakala collaborative ialah kata adjektif.
Apabila perkataan-perkataan ini dipinjam dan diserapkan ke dalam bahasa Melayu, golongan katanya masih kekal, iaitu “kolaborasi” ialah kata nama manakala “kolaboratif” ialah kata adjektif. Namun begitu, barangkali disebabkan oleh penggunaannya yang masih kurang popular pada ketika Kamus Dewan Edisi Keempat mula-mula diterbitkan, iaitu pada tahun 2005, maksud “kolaborasi” tidak diberikan pendefinisian yang lengkap.
Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, “kolaborasi” membawa konotasi yang negatif dan hanya mempunyai satu definisi, iaitu “subahat dengan musuh atau orang jahat, subahat dalam perbuatan jenayah dan sebagainya”.
Padahal, collaboration dalam bahasa Inggeris sebenarnya membawa dua makna, iaitu the action of working with someone to produce something, iaitu tindakan untuk bekerjasama dengan seseorang untuk menghasilkan sesuatu di samping makna subahat sebagai makna kedua. Perkataan “kolaboratif” dalam Kamus Dewan Edisi Keempat didefinisikan dengan tepatnya, iaitu “erat (dari segi kerjasama antara dua pihak ataupun lebih)”. Daripada definisi ini, amat jelas bahawa “kolaboratif” memang tergolong sebagai kata adjektif.
Melalui pendefinisian ini, segelintir pengguna bahasa terus menolak penggunaan kata “kolaborasi” sebaliknya menggunakan perkataan “kolaboratif” sebagai kata nama di samping “mencipta” perkataan baharu yang tidak gramatis, iaitu “berkolaboratif” untuk membawa makna bekerjasama. Maka, wujudlah ayat yang tidak gramatis seperti yang berikut:
*Kolaboratif antara pihak sekolah dengan ibu bapa amat penting untuk menjamin kualiti pembelajaran murid.
Melalui aktiviti seperti ini, murid-murid dapat *berkolaboratif untuk meningkatkan kefahaman mereka.
Di sini, penulis ingin menarik perhatian pembaca bahawa kekeliruan dan kesilapan ini sepatutnya sudah tidak berlaku kerana dalam kamus rujukan terkini, iaitu Kamus Dewan Perdana (tahun 2020), kedua-dua patah perkataan ini telah diberikan pendefinisian yang lengkap dan mantap, iaitu “kolaborasi” membawa dua makna seperti definisinya dalam bahasa sumber dan mempunyai kata terbitan “berkolaborasi” manakala “kolaboratif” tetap tergolong sebagai kata adjektif dan tidak ada kata terbitan “berkolaboratif”.
Oleh itu, mulai hari ini, marilah kita menggunakan kedua-dua patah perkataan ini dengan tepatnya, iaitu “kolaborasi” ada dua maksud, bukan hanya yang negatif, “berkolaborasi” itu tepat, dan jangan sekali-kali kita menggunakan perkataan “berkolaboratif”.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Alex Leong Jun Wei.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pasukan karate Labuan mencuri perhatian selepas berjaya mencatat pencapaian membanggakan di pentas antarabangsa apabila membawa pulang dua pingat emas dalam Kejohanan Karate Terbuka Antarabangsa ke-24 Universal Shotokan Karate Union (USKU) di Takanabe, Miyazaki, Jepun.
Memetik laporan Bernama, barisan jaguh karate Labuan yang beraksi penuh semangat juang itu terdiri daripada beberapa atlet berbakat yang turun beraksi sepanjang kejohanan yang berlangsung dari 27 hingga 29 Mac lalu, membuktikan keupayaan mereka bersaing di peringkat global.
Secara keseluruhan, skuad Labuan berjaya mengutip dua pingat emas, dua perak dan empat gangsa dalam kejohanan berprestij itu, sekaligus mengharumkan nama negara di bumi Jepun.
Pingat emas pertama berjaya diraih menerusi acara kata berpasukan wanita senior yang dibarisi oleh Syarulniza Abdul Jamil, Nur Aleesya Dayana Asmadie dan Nur Ariesya Dayana Asmadie selepas mempamerkan persembahan yang cukup kemas dan bertenaga.
Momentum kecemerlangan itu diteruskan apabila Martina Anne Jipaun, Hazimah Jamil dan Syarulniza sekali lagi mencuri tumpuan dalam acara kumite berpasukan wanita senior untuk menghadiahkan emas kedua buat kontinjen Labuan.
Dalam pada itu, Syarulniza dan Nur Aleesya turut menyerlah dalam acara individu masing-masing apabila Syarulniza membawa pulang pingat perak dalam kumite serta gangsa dalam kata, manakala Nur Aleesya pula meraih perak dalam kata dan gangsa dalam kumite bagi kategori junior bawah 15 tahun.
Sumbangan pingat gangsa turut diperoleh menerusi aksi Mohamad Aqib Aimar Mohamad Affendi dalam acara kata lelaki bawah 10 tahun, yang juga melengkapkan pencapaian cemerlang pasukan Labuan di kejohanan tersebut.
Sementara itu, menurut Presiden Persatuan Karate Labuan, Renshi Aswadee Taba, beliau memuji prestasi anak buahnya dan menyifatkan kejayaan itu sebagai hasil dedikasi tinggi serta disiplin yang ditunjukkan sepanjang latihan.
Tegasnya, bersaing di Jepun dan membawa pulang pingat merupakan satu kebanggaan buat Labuan serta membuktikan atlet tempatan mampu berdiri sebaris dengan pesaing di peringkat antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Inilah perumpamaan yang boleh dikatakan terhadap kejayaan anak sulung Allahyarham Aziz Desa, Mas Zharif Zhafri Abdul Azid apabila berjaya menggondol anugerah Wartawan TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2022.
Zharif,29, yang merupakan wartawan penyiaran dan juga penyampai berita di saluran TV9 cemerlang mengetepikan saingan empat lagi finalis lain untuk menerima anugerah tersebut.
Dia mememangi kategori tersebut menerusi hasil laporan bertajuk ICU Seluruh Negara Melebih Kapasiti.
Saat ditemubual media, Zharif berkata, “Sesuatu yang sangat luar biasa, ya lah kita daripada background teknikal kemdian cuba menjadi seorang wartawan yang baik, yang mampu menyampaikan laporan kepada masyarakat dan juga kepada kerajaan.”
Bergelar wartawan sejak tahun 2017 apabila menerima latihan industri di bilik berita TV9 dan kemudiannya diumumkan sebagai wajah baharu TV9 ketika itu, Mas Zharif terus cemerlang dalam liganya tersendiri.
“Hadiah ini saya tujukan kepada semua yang membantu, menaikkan nama saya sebagai seorang wartawan dan juga hadiah ini saya tujukan kepada ayah saya, Allahyarham Aziz Desa,” ujarnya mendedikasikan kemenangan tersebut kepada mereka yang banyak berjasa kepada dirinya.
Mas Zharif merupakan graduan lulusan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam jurusan Diploma Filem dan Video serta Ijazah Sarjana Muda Filem dan Televisyen.
Selain Mas Zharif, finalis lain yang turut tersenarai dalam kategori Wartawan TV Terbaik ialah Juliana Shahrin (Buletin Utama TV3), Khairul Rizuan Azizan (Buletin Utama TV3), Mohan Chinnasamy (Berita Perdana RTM) dan Nursyamimi Syahira Saripan (Berita Perdana RTM).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!