Tahniah diucapkan kepada pelajar dari Design School Taylor’s University kerana berjaya menganjurkan sebuah pertunjukan fesyen, ‘The Show’ dengan mengangkat tema ‘Love, Earth’.
Taylor’s University, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW), Life Line Clothing Malaysia Sdn Bhd (LLCM) bersama FASHINFIDELITY dan pereka fesyen Hatta Dolmat, telah bekerjasama dalam satu inisiatif untuk memperagakan pengeluaran pakaian lestari sebagai usaha menyokong fesyen ‘sustainable’ di Malaysia.
Acara itu dibahagikan kepada tiga segmen yang mempamerkan secara rasminya koleksi Experimental Art-to-Wear (ATW) (Seni Untuk Dipakai Eksperimental) daripada bahan denim dan potongan kain kitar semula, koleksi Zero Waste Fashion (Fesyen Sifar Buangan) menggunakan Teknik Melukis Corak Inovatif Taylor’s yang menggunakan setiap bahagian tekstil, dan koleksi Fashion Revolution (Revolusi Fesyen) untuk menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (SDG) dengan mengguna semula tekstil daripada bahan buangan.
Ads
Bagi ketiga-tiga segmen The Show, LLCM menyediakan lebih 150kg fabrik dan denim kitar semula untuk digunakan oleh pelajar. The Design School di Taylor’s University memperlihatkan koleksi readyto-wear (RTW) kontemporari yang memperagakan hampir 60 rekaan yang dihasilkan oleh 24 orang pelajar program Teknologi Reka Fesyen merangkumi tiga semester.
Pelajar juga diberi peluang bekerjasama dengan pemain industri seperti jurutera alam sekitar Najah Onn dan pereka lestari tempatan Hatta Dolmat, selama 14 minggu. Mentor industri ini menjadi penasihat kepada pelajar dalam menyediakan konsep, membangunkan, mewujudkan dan menggayakan bentuk koleksi pakaian The Show.
Hatta Dolmat turut menambah bahawa beliau gembira menjadi mentor dan bekerja dengan pelajar FDT Taylor’s.
Ads
“Mereka adalah golongan muda yang berinspirasi dan terbuka untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang fesyen lestari dan beretika, dan memberi tumpuan untuk menangani isu alam sekitar dan sosial dengan menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) melalui pakaian yang direka,”
“Saya gembira untuk bekerjasama dengan Taylor’s University kerana ia memberi peluang bermakna kepada saya untuk berkongsi pengalaman industri dengan pelajar reka fesyen yang baru meningkat naik ini, lebih-lebih lagi kerana mereka yang akan menerajui industri ini ke arah lebih baik,” kata Hatta.
Ads
Orang ramai boleh membeli label fesyen pertama Taylor’s, MAYAMODE, yang mengemukakan fesyen rekaan pelajar, melalui platform jualan dalam talian yang juga mempunyai ruang jualan pertama di Mayamode, Taylor’s University Lakeside Campus.
Untuk maklumat lanjut mengenai program Teknologi Reka Fesyen Taylor’s University, sila layari di sini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, penyanyi terkenal dan juga anggota BTS, Jin telah diangkat sebagai Duta Global untuk jenama terkenal Gucci.
Pengarah Kreatif Gucci, Sabato De Sarno berkata, “Gucci adalah salah satu jenama ikonik penuh warisan lengkap dengan kemodenan yang sudah lama ada. Ini sangat bermakna dan mendebarkan apabila menjadi sebahagian daripada ‘rumah’ seperti itu”.
Dalam pada itu, Sabato turut meluahkan rasa senang dan gembira apabila penyanyi Korea berkenaan menjadi sebahagian daripada jenama Gucci.
“Saya sangat gembira menyambut Jin sebagai Duta Jenama Global. Sikapnya yang sangat hangat dan baik hati betul-betul menarik hati. Juga gayanya sangat unik”
“Dia juga adalah seorang artis yang murah hati dan luar biasa yang boleh mempengaruhi orang melalui karya muziknya,” tambah Sabato lagi.
Difahamkan, sebagai Duta Global jenama Gucci, Jin BTS akan mewakili ‘House’ dalam pelbagai acara jenama berkenaan untuk menunjukkan semangat inovatif bagi pihak mereka. Selain itu, penggemar antara jenama dan artis tersebut juga boleh menantikan kerjasama antara Jin dan Gucci pada masa akan datang.
Sekadar info, Jin BTS akan mengeluarkan album solo pertama pada suku tahun keempat tahun ini iaitu antara Oktober hingga Disember 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa pernah kena demam denggi? Azabnya hanya Allah yang tahukan. Seluruh sendi dan badan sakit-sakit termasuk tak terdaya nak makan pun.
Kalau kena demam denggi pun dah sakit sangat-sangat, kalau korang terkena penyakit chikungunya yang simptomnya nampak seakan sama tetapi berbeza rasa sakitnya di mana sakitnya berkali-kali ganda.
Sejak semalam kerajaan membuat satu pengumuman penting bahawa mana-mana individu yang baru balik dari Hatyai, desitinasi pelancongan popular di kalangan rakyat Malaysia untuk membuat pemeriksaan di klinik atau hospital jika mempunyai tanda-tanda demam melebihi 3-7 hari.
Ini kerana di Hatyai sekarang, beratus-ratus penduduknya dimasukkan ke hospital selepas penularan penyakit chikungunya ini. Disebabkan mudah dimasuki sama ada melalui bas, keretapi, bawa kereta sendiri ditambah limpahan makanan mewah yang dijual pada harga murah, Hatyai menjadi destinasi pilihan orang Malaysia.
Floting market antara destinasi pilihan orang ramai membeli belah di Hatyai. Bukan saja enak tapi makanan juga sangat sedap serta murah
Mesti korang nak tahukan bagaimana chikungunya ini merebak?
Penyakit ini adalah bawaan dari nyawa aedes. Jika seorang individu itu dihinggapi nyawa yang sudah ada kuman chikungunya, maka individu lain boleh dijangkiti.
Jom baca lebih lanjut tentang penyakit chikungunya supaya korang lebih berhati-hati.
Penyakit Chikungunya adalah penyakit viral yang menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk yang telah dijangkiti.
Tanda dan Gejala
Masa inkubasi/peram demam chikungunya biasanya 3-7 hari. Gejalanya adalah amat serupa dengan demam denggi tetapi demam chikungunya jarang diikuti oleh pendarahan atau sindrom shock (shock syndrome).
Orang yang dijangkiti mungkin mengalami gejala berikut :
Demam melebihi 38 darjah celcius atau lebih
Kesejukan
Sakit kepala
) Letih
) Loya
) Muntah
) Sakit otot
) Ruam pada tangan, kaki dan tangan
) Sakit sendi terutama di hujung jari, pergelangan tangan, buku lali dan rasa ngilu pada tulang
Rawatan
Masa kini tiada ubat atau vaksin untuk rawatan demam chikungunya. Walau bagaimanapun dengan banyak berehat, memakan makanan berzat, banyak minum air dan mengambil ubat penahan sakit, boleh mengurangkan gejala demam dan sakit badan. Jika anda mempunyai gejala tersebut di atas, anda dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera.
So pada yang baru balik dari Hatyai, adalah lebih baik korang disarankan membuat pemeriksaan di hospital atau klinik jika alami tanda-tanda ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dapat dinafikan, Indonesia banyak melahirkan ratu cantik bertaraf dunia. Baik dalam pertandingan mana pun, wakil negara ini sentiasa mendapat tempat sebagai semifinalis dan menjadi sebutan dalam satu-satu pertandingan. Sebelum ini pun Indonesia pernah membawa pulang mahkota berprestij seperti Miss International dan Miss Grand International.
Terbaharu, penampilan Carla Yules atau nama penuhnya Pricillia Carla Yules mencuri tumpuan dalam pertandingan Miss World 2021 yang di adakan di Puerto Rico.
Walaupun wanita berusia 26 tahun ini tidak berjaya menggondol gelaran juara, namun dia menyudahi saingan sebagai peserta top 6 dan kemudiannya diumumkan sebagai Queen of Asia Continent. Menerusi kemenangan itu dia memegang gelaran sebagai Miss World Asia yang akan turut serta mengiringi Miss World dalam aktiviti-aktiviti yang bakal dilakukan kelak.
Berasal dari Surabaya, Jawa Timur, Carla merupakan seorang seorang graduan dalam bidang bakeri dari William Angglis Institute, Melbourne. Disebabkan dia sangat suka memasak, dia kerap melibatkan diri sebagai sukarelawan memasak dalam kegiatan sosial membantu gelandangan.
Ketika diumumkan sebagai top 6 Miss World 2021. Kredit foto: Instagram Miss World
Miss World Indonesia Organisation mula menghantar wakil mereka ke pentas antarabangsa bermula tahun 2006, namun sebelum itu Indonesia pernah bertanding di pentas Miss World sebanyak tiga kali pada 1982, 1983 dan 2005 di bawah organisasi berbeza.
Kini bergelar hos, model dan cef, kecemerlangan Carla dalam pertandingan Miss World 2021 menjadi penyambung legasi peserta-peserta sebelum ini.
Biarpun masih boleh dikatakan baru, namun organisasi Miss World Indonesia boleh dipuji usaha dan latihan yang diberikan kerana berjaya mengekalkan 10 tahun berturut-turut berjaya mara ke peringkat dalam pertandingan seterusnya dan bukar sekadar menjadi peserta sahaja.
Sepanjang tempoh sepuluh tahun itu, Miss World Indonesia pernah tiga kali disenaraikan antara sepuluh peserta terbaik dan dua kali sebagai pemenang tempat ketiga.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!