Meskipun pahit untuk ditelan akan kehilangan insan yang paling rapat, namun pelakon berbakat besar ini tetap perlu kuat dan kekal profesional dalam menjalankan tanggungjawab untuk menjayakan sebuah naskhah.

Pelakon Yuna Rahim, tampil mengenang semula disaat menerima khabar berita duka pemergian sepupu rapatnya ketika sedang di set pengambaran drama terbaharunya, Mystic Village.

“Sebenarnya semasa saya dalam pengambaran drama ini, ada satu malam itu saya kehilangan sepupu rapat, yang kami membesar bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Sejujurnya Saya Pernah Rasa Putus Asa, Tapi…’ -Suami Sumber Dorongan Intan Najuwa Untuk Terus Tamatkan Pengajian

“Kena Profesional & Kuat Sebab Kerja” -Yuna Rahim Kenang Semula Terima Berita Pemergian Sepupu Rapat Ketika Di Set

“Masa saya tahu berita itu ketika call time saya jam tujuh malam, ibu saya telefon memaklumkan ‘Una (nama panggilan keluarga), Ika dah tiada’,” katanya.

IKLAN

Yuna berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama Mystic Village yang ditayangkan setiap Isnin, jam 9 malam yang bersiaran di Astro Premier.

Justeru itu, atas dasar tanggungjawab dan profesionalnya sebagai pelakon, dia harus menguatkan hatinya yang duka sehingga tamat babak, pada masa itu.

“Kena Profesional & Kuat Sebab Kerja” -Yuna Rahim Kenang Semula Terima Berita Pemergian Sepupu Rapat Ketika Di Set

IKLAN

“Selepas itu, nak tak nak saya perlu teruskan berlakon jugalah. Pada ketika itu juga saya kena letak diri saya yang kita harus kuat sebab kerja kan.

“Saya tidak boleh nak menangis, saya menangis tetapi tidak boleh nak melayan sangat kerana kerja. Saya perlu profesional pada masa sama.

“Kita tidak boleh mementingkan diri, saya fikir juga apabila bekerja dalam industri ini, kita bekerja dalam kumpulan dan harus memikirkan semua orang juga,” ujarnya panjang.

IKLAN

“Kena Profesional & Kuat Sebab Kerja” -Yuna Rahim Kenang Semula Terima Berita Pemergian Sepupu Rapat Ketika Di Set

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Yuna Rahim

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI