“Kagum! Dalam isu menghafal ini, bukan tahap kelajuan menjadi ukuran. Tetapi saya tetap rasa nak tahu. Macam mana pelajar ini boleh hafal 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh sesingkat itu.”
Begitulah kenyataan Ketua Penolong Pengarah (Kaunseling) Bahagian Pendidikan Menengah MARA, Dr Zulkifli Hussain apabila menyentuh mengenai kejayaan seorang pelajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Putra (Ulul Albab) menghafaz Al-Quran, baru-baru ini.
Pelajar yang dikenali sebagai Dany Al Fathoni Khalid ini bukan sekadar menghafaz saja. Dia turut memahami kitab suci tersebut melalui cara murajaah dan mengulangi semula bacaannya. Dengan memerlukan tempoh sembilan bulan 22 hari saja untuk menghafaz, Dany telah berjaya menarik perhatian ramai pihak atas keupayaan luar biasanya itu.
Kata Dr Zulkifli, matlamat penubuhan MRSM Ulul Albab ini adalah jauh lebih besar dari sekadar menggalakkan pelajarnya menghafaz Al-Quran. Namun beliau sendiri tertanya-tanya bagaimana 30 juzuk tersebut mampu dihafaz dalam tempoh sesingkat itu dan ingin tahu rahsia Dany yang berasal dari Negeri Sembilan itu.
Ketua Penolong Pengarah (Kaunseling) Bahagian Pendidikan Menengah MARA, Dr Zulkifli Hussain. Sumber Foto : Facebook Dr Zulkifli
Menurut perkongsiannya lagi, Dany telah memulakan proses hafalan pada Februari 2017 sebaik mendaftarkan diri ke MRSM dan menamatkan sebanyak 30 juzuk itu pada November 2017.
Ads
Tiga faktorutama telah diletakkan oleh Dany sebagai ‘rahsia’ yang boleh diikuti oleh remaja lain.
Pertama adalah minat. Kemasukannya ke MRSM dan ingin mempelajari Al-Quran datang daripada dirinya sendiri tanpa perlu dipaksa oleh ibu bapa atau mana-mana insan lain. Perlu ada rasa teruja apabila melakukan sesuatu agar mental kita bertahan lama. Iyalah, bila ada minat semua benda pun akan ‘menjadi’ kan?
Kedua adalah faktor displinyang tidak semestinya dimiliki oleh semua remaja sebaya dengannya. Kata Dr Zulkifli, di MRSM Ulul Albab, pelajar perlu membahagikan masa antara sesi akademik dan sesi menghafaz Al-Quran.
Ads
Keupayaan Dany untuk fokus melakukan kedua-duanya setelah berjaya mendisplinkan penggunaan masanya adalah satu perkara yang harus dicontohi oleh remaja.
Dan akhir sekali, Dany telahpun meletakkan sasaranuntuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Pada awal percubaannya untuk menghafaz, remaja itu menyasar untuk menghafaz lima muka surat pada setiap minggu dan satu juzuk dalam tempoh sebulan.
Apabila khatam Al-Quran, Dany ingin sekurang-kurangnya telah berjaya menghafaz 10 juzuk.
Dengan ketentuan Allah SWT, usaha Dany itu bertambah berbaloi apabila dia diberikan kemudahan untuk menghafaz lebih laju daripada apa yang disasarkannya. Dia telah menghafaz empat muka surat sehari iaitu dua muka surat semasa waktu Subuh dan dua lagi muka surat semasa waktu Maghrib. Manakala pada waktu Zuhur pula, dia akan murajaah.
Biarpun kejayaan ini dicatatkan kira-kira empat tahun yang lalu, ia masih dianggap satu pencapaian hebat kerana tidak semua pelajar sekolah yang mampu melakukannya sambil terikat dengan sesi pembelajaran akademik dan aktiviti di asrama seperti yang dilakukan oleh pelajar lain.
Sememangnya kisah ini bukan saja memberi inspirasi kepada remaja seperti korang tetapi juga kepada umat Islam dari segenap lapisan umur agar sentiasa terbuka hati untuk cuba menghafaz dan memahami kitab suci Al-Quran.
Menikmati minuman manis (sejuk pula) saat berbuka puasa sememangnya memberi kepuasan tatkala seharian menahan haus. Jika ke bazar Ramadan, jualan minuman pastinya ‘menangkap’ perhatian pengunjung kerana warnanya yang menarik disertai dengan ketulan ais.
Kali ini, kami nak kongsikan dengan korang antara minuman yang boleh dibuat sendiri untuk berbuka puasa nanti. Paling penting, resipinya mudah dan senang untuk disediakan.
Jom kita lihat resipi minuman susu strawberi Korea dengan jeli yang telah dikongsi oleh @cookingwithel
2. Kemudian, masak strawberi dan gula sehingga likat
3. Setelah masak, tuang adunan tersebut dalam gelas, masukkan jeli dan ais, seterunya tuang susu secukupnya
Note:
– Korang juga boleh menggunakan minuman yogurt bagi menggantikan susu full cream
– Minuman ini lebih sedap sekiranya korang simpan di dalam peti ais semalaman kerana ia akan jadi lebih creamy dengan gabungan strawberi dan susu itu. Jika korang sejukkan di dalam peti ais, sewaktu nak minum barulah minuman ini diletakkan ais
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bakat bermain bola sepak David Beckham nampaknya diturunkan kepada anak sulungnya, Romeo Beckham yang kini sedang berjinak-jinak dalam dunia sukan bola sepak.
Baru-baru ini, remaja berusia 19 tahun ini telah muncul dalam aksi sulung secara professional di perlawanan bola sepak Amerika Syarikat.
Romeo menandatangani kontrak dengan pasukan simpanan Inter Miami, Fort Lauderdale dengan menyarung jersi bernombor 11.
Sebelum ini, Romeo dikenali sebagai seorang model fesyen, namun kini dia nampaknya sudah bergiat aktif dalam bidang bola sepak kerana dia sering memuat naik foto di atas padang bola.
Setelah berbulan lamanya polemik politik di Malaysia berterusan, akhirnya pada hari ini keseluruhan Jemaah Menteri yang baru dilantik telahpun menghadiri mesyuarat pertama mereka yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula jam 10 pagi.
28 orang ahli politik berbilang parti dalam Kerajaan Perpaduan telah dilantik bagi mengisi Jemaah Menteri. Bagaimanapun pada mesyuarat pertama ini, ia gagal mendapatkan kehadiran penuh apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz tidak menghadirinya.
Ia berikutan keberadaannya kini di Abu Dhabi bagi menghadiri misi perdagangan di sana.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz.
Memetik laporan Berita Harian, Tengku Zafrul tidak berada di negara Qatar seperti yang didakwa oleh beberapa laporan media pada tengah hari tadi.
Dek laporan-laporan itu, warganet telah mencemuh Tengku Zafrul kerana mempercayai beliau berada di Qatar atas urusan peribadi untuk menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia.
Untuk pengetahuan, barisan Jemaah Menteri di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim terdiri daripada dua orang Timbalan Perdana Menteri dan 28 orang menteri seperti yang diumumkan pada hari Jumaat, minggu lalu.
Beberapa pemilihan tersebut telah menerima pujian dan kritikan.
Dalam pada pemilihan lima daripada 28 orang menteri dalam kalangan wanita telah menerima pujian, Anwar Ibrahim tidak terlepas daripada dikritik rakyat dan beberapa bekas menteri senior termasuklah Tan Sri Rafidah Aziz disebabkan perlantikan Tengku Zafrul yang tidak mendapat mandat sebagai Ahli Parlimen oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 lalu serta perlantikan ahli politik yang masih diselubungi kes mahkamah seperti Datuk Seri Zahid Hamidi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...