Siapa sangka anak Malaysia menjadi antara pelajar cemerlang di universiti luar negara dan mampu bersaing di antara kalangan pelajar serata dunia.
Muhamad Saiful Hakimi Daud yang merupakan seorang pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.
Anak muda yang berasal dari Sungai Petani, Kedah, menerima anugerah Marshal Kehormat Kujureteraan College of Earth and Mineral Sciences dan merupakan pelajar Malaysia pertama yang dipilih untuk menerima anugerah tersebut dengan skor penuh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.0.
Kalau dalam negara sendiri k-6ita dapat 4 flat pun dah bangga habis, apa lagi kalau korang dapat keputusan cemerlang di luar negara kan? Confirm puas hati beb!
Ads
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan sememangnya kejayaan Saiful Hakimi ini dijadikan inspirasi buat remaja untuk berjaya.
Kemenangan Hidilyn Diaz dalam acara angkat berat telah melakar sejarah buat negaranya kerana kali pertama menerima pingat emas dalam sukan Olimpik untuk Filipina.
Atlet wanita itu berjaya menewaskan juara dunia Liao Qiuyun dari China bagi kategori 55 kilogram pada temasya Olimpik Tokyo baru-baru ini.
Kemenangan itu telah membawa tuah kepada Hidilyn apabila dia bakal menerima ganjaran daripada kerajaan Filipina berupa wang bernilai £477,000 (RM2.7 juta) dan sebuah rumah.
Selain itu, menerusi ciapan di Twitter AirAsia Philippines, atlet itu juga akan menerima hadiah penerbangan percuma sepanjang hayat sebagai penghargaan terhadap kejayaan yang dikecapinya ini.
Menurut jurucakap AirAsia Philippines, pihak AirAsia mahu rakyat ASEAN percaya bahawa mereka mampu merealisasikan apa sahaja walaupun berdepan dengan cabaran dan perjuangan semasa menjalani pemulihan dan kejayaan Hidilyn ini membuktikan bahawa tidak kira seberapa berat beban yang kita bawa, pasti akan membawa kepada kejayaan.
In recognition of her hard work, passion, and sportsmanship best exemplified during the 2020 Tokyo Olympics, AirAsia is awarding a LIFETIME FREE FLIGHTS to Olympic Gold medalist Hidilyn Diaz.https://t.co/mtEPhUYycJ
— airasia Philippines (@AirAsiaFilipino) July 27, 2021
Benarlah kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Hidilyn Diaz atas kejayaannya terbesarnya ini.
Keikhlasan seorang pendidik dalam menjalankan tanggungjawabnya nyata menyentuh hati ramai apabila seorang guru di Sekolah Kebangsaan Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi, Johor sanggup menggunakan duit bonus sebanyak RM2,000 demi mengubah suai dan menceriakan kelas muridnya.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di platform X, guru berkenaan yang dikenali sebagai Kamal Darwin memaklumkan beliau mengambil masa selama seminggu untuk menyiapkan proses menghias dan menyusun semula kelas tersebut agar lebih selesa serta kondusif untuk pembelajaran.
Apa yang lebih mengagumkan, Cikgu Kamal sebenarnya baru sahaja bertugas di sekolah berkenaan kurang daripada tiga bulan, iaitu bermula 28 Disember 2023. Namun, tempoh singkat itu tidak menghalang beliau daripada menunjukkan komitmen tinggi terhadap kebajikan dan keselesaan murid-muridnya.
Menurut Cikgu Kamal, usaha itu bukan dilakukan secara bersendirian. Beliau turut menerima bantuan daripada ibu bapa murid, kakitangan pembersihan serta guru-guru senior yang sama-sama berganding bahu menjayakan inisiatif tersebut.
Selain itu, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pentadbir sekolah juga turut menyumbangkan idea demi memastikan suasana kelas menjadi lebih ceria, bersih dan selesa untuk digunakan oleh murid setiap hari.
Sebagai seorang guru, Cikgu Kamal menganggap menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul demi perkembangan dan kesejahteraan murid.
Apa yang dilakukan oleh Cikgu Kamal ini wajar dijadikan inspirasi, bukan sahaja kepada warga pendidik tetapi juga masyarakat umum. Mengajar sambil memastikan murid belajar dalam suasana yang selesa dan positif sememangnya satu usaha murni yang patut dicontohi dan diberi perhatian.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kamal Darwin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Universiti Filipina (UP) menganugerahkan ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang atau Honoris causa kepada Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis yang diadakan di Manila, Filipina, hari ini.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Menteri Kewangan itu sendiri menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya sebentar tadi. Dalam hantaran berkenaan, Anwar memaklumkan beliau telah memulakan acara hari kedua di Republik Filipina dengan menghadiri majlis meletakkan kalungan bunga sebagai penghormatan kepada Jose Rizal di Taman Rizal di Manila.
“Taman itu dinamakan atas nama Jose Rizal sebagai mengingati beliau yang dihukum bunuh di kawasan taman tersebut. Ia adalah peristiwa terpenting dalam menyemarak obor Revolusi Filipina mendobrak imperialisme Sepanyol sekitar kurun ke-19.
“Kemudian, saya langsung ke UP untuk menyampaikan syarahan umum berjudul ‘30 Years After The Asian Renaissance: Strategic Takeaways for ASEAN sesudah menerima ijazah Doktor Kehormat (Honoris Causa) Doctor of Law dari universiti tersebut,” coretnya.
Selain itu, dalam ucaptamanya, beliau turut menyentuh sejarah penubuhan ASEAN serta kemajuan dan perubahan dari segi kerjasama antara negara tetangga di rantau Asia, dan menekankan bahawa perserikatan itu mesti terus terpahat atas hujah berkongsi identiti yang sama meski rencam bangsa dan budaya.
“Konsep ini dicerakinkan dengan baik oleh ‘The Great Malayan’ Dr. Jose Rizal dalam ‘The Philippines a Century Hence’ tatkala Filipina tertubuh kuat meski berlainan kepulauan, bahasa, budaya dan etnik.
“Selain itu, saya amat berharap ASEAN terus berpadu dan kukuh dalam menyikapi isu-isu mendesak terutamanya di rantau ini kerana berdiam diri tatkala berdepan kezaliman bukanlah pilihan,” katanya lagi.
Tambah Anwar, beliau turut mengimbau sejarah lampau tatkala sering ke Manila sebagai seorang mahasiswa dan UP adalah salah satu lokasi yang akan pasti dikunjungi untuk perbincangan berkaitan pelbagai hal bersama para sahabat di sana.
“Saya turut mengimbau sejarah lampau tatkala saya sering ke Manila di tahun-tahun lampau semasa masih sebagai seorang mahasiswa.
“Dan universiti ini adalah tempat yang akan pasti dikunjungi untuk perbincangan terkait pelbagai hal bersama sahabat-sahabat di sini. Justeru, Manila sangat istimewa dan bukanlah kota asing buat saya secara peribadi,” tulisnya panjang.
Sekadar informasi, Ahli Parlimen Tambun dianugerahkan penghormatan tersebut kerana disifatkan sebagai seorang sarjana dan memiliki kepakaran antarabangsa dalam bidang ekonomi, demokrasi, kebebasan, tadbir urus, Islam dan demokrasi serta keperluan akauntabiliti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika anda pernah mengulang lagu Tetap Dalam Jiwa berkali-kali atau kagum melihat evolusi muzik Isyana Sarasvati sejak album Explore! sehingga LEXICON, berita ini pasti...