Tembikai antara buah menjadi pilihan ramai apabila tibanya bulan Ramadan. Sering dijadikan jus minuman dan pencuci mulut ketika berpuasa, buah ini penuh dengan vitamin A, B6 dan kaya dengan antioksidan.
Tembikai, semangka atau nama saintifik Citrullus lunatus adalah antara makanan sunnah dan merupakan makanan kegemaran Rasullah SAW.
Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud dan Tirmizi bahawa Aisyah r.a. berkata ” Rasulullah pernah makan buah tembikai bersama buah tamar basah ” Ada juga yang meriwayatkan Rasulullah makan timun bersama tamar. Apapun , kedua-duanya (tembikai dan tamar) bersifat sejuk dan mengandungi banyak air.
Khasiat Tembikai
Khasiatnya yang cukup menambat hati buat penggemar buah ni.
1. Melawaskan buang air kecil Jika mengalami masalah buang air kecil yang tidak lancar, boleh mencuba terapi buah tembikai yang memiliki kandungan air yang tinggi, sehingga boleh meningkatkan pengeluaran urin dalam badan. Tembikai juga boleh membantu membuang racun di dalam hati sehingga melancarkan sistem dalam ginjal manusia.
2. Menurunkan tekanan darah
Orang yang memiliki penyakit hipertensi atau tekanan drah tinggi disarankan untuk makan buah tembikai. Ia mempunyai kesan yang sangat baik pada pembuluh darah dan mengatasi tekanan yang terlalu berat pada pembuluh darah di jantung.
Ads
3. Mengelak dari kanser
Tembikai memiliki kandungan vitamin C dan Lycopene, kedua zat ini sangat penting untuk melindungi tubuh badan dari serangan radikal bebas yang menyebabkan kanser. Walaupun tidak dimaksudkan sebagai ubat kepada penyakit kanser tetapi mengamalkan nya insyallah dapat mencegah dari penyakit itu.
4. Mengatasi sembelit
Tembikai adalah buah yang memiliki kandungan serat dan air dalam jumlah yang tinggi. Jika mempunyai masalah sukar buang air besar insyallah serat yang terkandung dalam buah tembikai ini boleh diatasi. Terutama jika kekurangan serat larut dalam usus.
5. Mencegah dehidrasi
Kekurangan air boleh menyebabkan tubuh badan menjadi lemah, selain itu juga kekurangan air boleh menyebabkan ginjalberkerja dengan lebih kuat sehingga menyebabkan ganguan pada ginjal. Oleh sebab itu memakan tembikai dapat mencegah dehidrasi tubuh kerana lkandungan airnya yang banyak.
6. Mengatasi kekejangan otot
Ads
Pernahkah anda mengalami kekejangan otot? Cubalah makan tembikai untuk meredakannya!. Asid asimo citrulina yang terkandung dalam tembikai memiliki kesan yang baik bagi meredakan kekejangan otot. Ia boleh membuat tubuh badan menjadi lebih santai sehingga otot diredakan.
7. Mengurangi risiko hipertensi dan strok Pada buah tembikai terdapat unsur yang mencegah pengerasan dinding pembuluh arteri mahupun vena yang dapat menyebabkan hipotensi. Tentu saja manfaat ini dapat dirasakan jika diamalkan pemakanannya secara rutin. Kalium yang terkandung dalam buah tembikai juga menyihatkan jantung.
Resepi Tembikai Laici Penghilang Dahaga
Bahan-bahan:
1.0 kg tembikai ( ditimbang termasuk kulit )
1 tin laici
1 botol air lemon (Houseboom)
Cara membuat:
1. Masuk tembikai dalam pengisar, letak air lemon, kisar dan tapis untuk buang sedikit hampas/buih. Lebih kurang 1/3 hampas untuk elak dari jus pekat bersalut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahukah anda menderma darah dapat menyelamatkan mereka yang memerlukan.
Sebelum ini, terdapat beberapa hospital yang menjelaskan bahawa bekalan darah berkurangan dengan ketara . Terdapat banyak kegunaan darah antaranya menyelamatkan nyawa semasa pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, pesakit jantung, penyakit hati, hemophilia dan lain-lain.
Dengan menderma darah, mungkin kita mampu menyelamatkan nyawa seseorang kerana hospital sentiasa kekurangan darah dan disebabkan itulah pentingnya buat kita semua, sekiranya layak dan dibenarkan untuk menderma darah, patut menderma darah setiap 3 bulan. Jadi, untuk korang yang masih sihat dan layak untuk menderma, tidak salah sekiranya kita bantu orang yang memerlukan.
Terbaru, KKM menyeru orang ramai untuk tampil menderma darah. Terbaru, Pusat Darah Negara memaklumkan platelet darah jenis A diperlukan.
Sumber : Facebok KKM
Status stok bekalan platelet A di Pusat Darah Negara semain berkurangan. Dengan jangka hayat hanya selama 5 hari, komponen platelet memerlukan pendermaan yang berterusan supaya status bekalan kumpulan darah ini sentiasa optimum.
Komponen platelet amat penting dalam perawatan pesakit seperti wanita bersalin yang kehilangan darah, mangsa kemalangan jalan raya dan juga kes-kes pembedahan.
Orang ramai dinasihatkan untuk terus menderma darah di Pusat Pendermaan Darah Statik PDN atau lokasi yang berhampiran.
Untuk info PENDERMA DARAH dapat mengurangkan kalori di dalam badan.
Seriuslah?
Kajian mendapati menderma darah dapat membakar 650 kalori dalam badan seseorang dalam satu sesi; membantu penderma mengurangkan berat badan, kekal sihat dan ramping, serta mencegah obesiti.
Namun begitu, menderma darah ada hadnya di mana penderma hanya boleh menderma sekali dalam tiga bulan, bergantung kepada status kesihatan, hemoglobin darah dan tahap zat besi penderma.
Malah, kos rawatan percuma juga akan diberi kepada penderma darah tegar mengikut kepada berapa kali pendermaan dilakukan. Biasanya bagi yang pertama kali, kos rawatan ini akan tamat tempoh 4 bulan dari kali terakhir menderma. Tapi kalau sudah menderma 50 kali ke atas, percuma bagi tempoh 10 tahun di kelas pertama dan percuma seumur hidup di kelas dua dari tarikh akhir menderma.
Mungkin ramai yang menganggap aktiviti menghendap atau ‘stalk’ seseorang individu di media sosial adalah perkara biasa. Hal ini sering berlaku apabila seseorang itu ingin mencari tahu tentang individu yang mungkin tidak dikenalinya semata-mata untuk ‘kepuasan’ diri sendiri.
Namun begitu, tahukah korang perbuatan menghendap secara maya berulang kali adalah satu jenayah menurut Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574).
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, walaupun perbuatan menghendap secara maya tidak melibatkan sentuhan atau mendatangkan kecederaan, tetapi ia boleh menganggu mental dan emosi mangsa.
Sebagai contoh, berlaku insiden A telah berpisah dengan B, namun B sering menganggu A dengan pelbagai mesej dan sebagainya.
Apabila A tukar nombor di telefon, B masih lagi menghubungi A di media sosial dengan mengubah pelbagai nama samaran sehingga ada sampai 10 ke 20 akaun (media sosial) hanya untuk memastikan hidup A tidak tenteram.
Apabila (mangsa) pergi ke balai polis untuk membuat laporan, polis tidak boleh ambil tindakan.. Sebab tidak mendatangkan kecederaan kepada mangsa. Disebabkan itu (ada) mangsa yang sampai berhenti kerja dan sanggup keluar negara kerana diekori lagi.
Oleh yang demikian, Datuk Mas Emieyati merasakan adalah penting dan tepat pada masanya untuk meluluskan rang undang-undang ‘anti menghendap’ itu untuk melindungi mangsa secara menyeluruh dan bukan hanya daripada yang mendatangkan kecederaan semata-mata.
Ha, mesti ada warganet yang dah mula ‘cuak’ sekirannya stalk juga dikira sebagai satu jenayah kan? Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak semalam kecoh di media sosial apabila pelanggan CIMB membuat semakan di akaun masing-masing dan mendapati di transaksi tertulis “direct debit”. Ada memakan jumlah ribu, ada yang ratus mahupun cecah belasan ringgit. Tertanya-tanya apa yang berlaku kerana bank sudah tidak dibuka malam, pengguna CIMB meluahkan rasa marah dan kecewa atas kejadian yang berlaku dan mendakwa kejadian seumpama ini bukan kali pertama berlaku di CIMB.
Bagaimana pun pagi ini di fb CIMB, pihak bank berkenaan telah memuat turun kenyataan yang memaklumkan bahawa Direct Debit yang dipotong dari akaun pengguna adalah transaksi debi sah yang telah dibuat oleh pelanggan. Malah pihak CIMB turut meminta maaf di atas kekeliruan yang timbul kerana direct debit itu adalah transaksi-transaksi tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan-pelanggan dengan peniaga luar negara seperti langganan/ perkhidmatan penstriman dalam talian.
Kenyatan penuh pihak CIMB berkaitan isu ini sejak dua jam lalu (ketika artikel ini ditulis).
Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan-pelanggan yang terbabit bahawa transaksi-transaksi ‘direct debit’ baru-baru ini merupakan transaksi kad debit sah yang telah dibuat oleh pelanggan. Insiden-insiden terpencil ini adalah berkenaan dengan transaksi-transaksi tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan-pelanggan dengan peniaga luar negara seperti langganan / perkhidmatan penstriman dalam talian.
Walau bagaimanapun, transaksi-transaksi tersebut telah dilabel semula sebagai ‘direct debits’, menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan-pelanggan kami.
Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan dan kami akan menghubungi pelanggan-pelanggan yang terbabit secara langsung.
Walau pun pihak CIMB sudah mengeluarkan kenyataan, tapi nampaknya rasa tidak puas hati pelanggan kerana ada sebahagian dari mereka mendakwa tidak ada pun membuat sebarang pembelian. Jadi bagaimana akaun mereka ada direct debit seperti kenyataan yang CIMB keluarkan.
So korang, kalau ada masalah dengan akaun tu please check la ya. Mana tahu berlaku hal yang sama juga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!