
Siapa sangka hanya mengunakan roti, pelajar sekolah mampu ‘melukis’ karya agung wajah Mona Lisa Leonardo Da Vinci.
Memetik portal The Indian Express, lukisan ini mengunakan 2,000 keping roti pada ketinggian 2.4 meter. Malah, seramai 30 pelajar mengambil masa kira-kira dua bulan untuk menyiapkan ‘lukisan’ selebar 1.5 meter.

Untuk mencipta karya seni, pelajar kulinari Nakamura membakar roti untuk kelihatan berwarna hitam dan kadang kala keperangan serta dicampur serbuk koko.
Ramai kata dia isteri orang kaya kat Itali, tapi sampai sekarang identiti sebenar dia masih misteri. Ada teori kata… itu sebenarnya Leonardo da Vinci dalam versi perempuan!
2. Senyuman Paling Mengelirukan
Kadang nampak senyum, kadang macam tak. Ini sebab Da Vinci guna teknik lukisan “sfumato” – dia blend bayang-bayang sampai muka Mona Lisa nampak hidup dan berubah-ubah ikut sudut kita tengok!
3. Ambil Masa Lama Gila
Da Vinci start lukis sekitar tahun 1503, tapi dia asyik touch-up sampai dia meninggal dunia tahun 1519. Kira lukisan ni macam masterpiece yang dia tak pernah puas hati nak siapkan.
4. Pernah Kena Curi & Buat Dunia Panik!
Tahun 1911, ada pekerja dari Muzium Louvre curi Mona Lisa sebab nak ‘balik kampung’kan lukisan tu ke Itali. Nasib baik 2 tahun lepas tu, polis jumpa balik.
5. Eh, Dia Takde Kening?!
Kalau zoom dekat, Mona Lisa takde kening atau bulu mata. Ada orang cakap sebab masa tu memang trend, tapi ada juga teori kata mungkin dah hilang sebab pembersihan atau masa.
Fun Fact Tambahan:
Lukisan Mona Lisa sekarang dijaga ketat kat Muzium Louvre, Paris, dalam bilik khas dengan kaca kalis peluru!
Sumber : TheIndianExpress
BACA LAGI : Lukisan Anak Kelahiran Malaysia Dipilih Sebagai Maskot Rasmi Sukan Komanwel Birmingham 2022
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
















