Jika sebelum ini masyarakat Malaysia di’momokkan’ dengan perangai kluster oversea yang menjengkelkan, namun tidak semua mereka yang dari luar negara berkelakuan seperti itu.
Seorang pelajar jurusan Ekonomi di United Kingdom (UK) antaranya yang memuji kecekapan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia serta usaha yang diberi oleh barisan hadapan ketika menjalankan tugas menguruskan mereka yang baru pulang dari luar negara.
Shacind Ananthan berkongsi kisahnya di Facebook dan disebabkan postingnya itu menjadi viral, dia juga telah ditemu bual oleh stesen Bernama.
Jelasnya, sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 April, mereka disambut mesra oleh dua anggota beruniform yang sentiasa mengingatkan tentang jarakan sosial satu meter dan membawa mereka ke sky train.
Setiap pusat pemeriksaan, terdapat sekurang-kurangnya seorang atau dua pekerja yang melaksanakan tugas mereka dengan dedikasi dan segalanya berjalan dengan lancar. Seolah-olah prosedur ini dibuat secara teliti, telah berjalan bertahun-tahun.
Ads
Selepas melepasi kaunter Imigresen, seorang pegawai memberinya borang penilaian diri iaitu dia perlu memantau dan melaporkan simptomnya setiap hari.
“Keceriaan berterusan di wajahnya apabila memanggil saya sebagai ‘adik’ membuatkan saya rasa selamat,” catatnya dan menambah persoalan yang bermain dalam fikiran mereka ialah: “di manakah mereka akan dibawa?”.
Ads
“Saya terdengar mereka berharap agar ditempatkan di hotel lima bintang di KL. Walau dalam situasi ‘sekarang’, rakyat Malaysia masih mengharapkan kemewahan dan keselesaan, bukan?.
“Anggota polis dengan sopan menjawab bahawa dia tidak pasti di mana kami akan ditempatkan untuk dikuarantin, tetapi memberi jaminan kami akan tetap mendapat tempat yang baik,” kata Shacind dan menambah beliau sangat kagum dengan kecekapan setiap pegawai.
Setiap bilik tempat mereka dikuarantin, disediakan dua kotak air botol, beg plastik untuk pakaian kotor dan beg besar dipenuhi kopi dan makanan ringan, serta turut disediakan makanan berkhasiat tiga kali sehari, semuanya percuma.
Ads
Pasukan kuarantin itu turut memasukkan mereka dalam grup WhatsApp, dan mereka tidak putus-putus dibanjiri pesanan berbaur harapan, optimistik dan penghargaan untuk petugas barisan hadapan yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka.
Jelasnya lagi, dia menulis keterangan ini kerana menganggap Malaysia antara negara yang paling proaktif dalam menangani ancaman COVID-19. Oleh itu saya menyeru ‘armchair economists’ di rumah yang hanya pandai bercakap – pembantah berterusan – jika anda tidak dapat mengiktiraf kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan, sekurang-kurangnya janganlah jadi penghalang.
Nah, begitu matang sekali kenyataan yang diberikan oleh pemuda berusia 18 tahun ini. Sebenarnya kerajaan kita sudah melakukan sehabis baik demi menjaga kebajikan setiap rakyatnya. Jika mahu dibandingkan dengan negara lain, tidak keterlaluan jika kami katakan Malaysia adalah antara yang terbaik dalam menangani situasi sekarang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap pelajar mempunyai cara mereka sendiri untuk mendapatkan ketenangan agar lebih fokus untuk belajar. Ada yang suka belajar dalam keadaan senyap dan ada juga yang suka mendengar lagu.
Itulah yang dikongsikan oleh Tee Ker Yin, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Infant Jesus Convent, Melaka. Peminat tegar grup Super Junior dan juga muzik K-pop ini mendapat keputusan sangat cemerlang iaitu 11A+.
Super Junior
Keputusan SPM yang dikeluarkan semalam menyaksikan Tan Ker Yin menjadi salah seorang pelajar paling cemerlang di sekolahnya. Berkongsi kegembiraannya, Tan Ker Yin berkata, “saya mendengar muzik daripada artis K-pop terutamanya dari Super Junior sambil membuat latih tubi dan mengukangkaji pelajaran. Selain itu saya menumpukan sepenuh perhatian ketika guru mengajar di dalam kelas”.
Pelajar yang turut aktif dengan aktiviti luar seperti kelas renang dan taekwondo ini sedang menjalani kursus A-Level di sebuah kolej swasta dan merancang untuk melanjutkan pelajarannya di United Kingdom dalam jurusan Sains.
Woahh, hebatnya peminat K-pop ini!
Kamu jadikanlah kecemerlangan Tan Ker Yin sebagai contoh. Dia telah buktikan minat kepada muzik tidak menghalangnya untuk berjaya dalam pelajaran. Jika muzik dapat membantu kamu lebih fokus ketika belajar, go for it! Namun jika ia menggangu tumpuan lebih baik cuba cara lain.
Masalah jerebu bukan sahaja mendatangkan masalah buat kanak-kanak, namun individu dewasa juga tidak terkecuali daripada turut merasakan ‘kesesakan’ jerebu ini.
Lebih malang lagi, selepas isu jerebu yang melanda negara kita sejak beberapa minggu lagi, Malaysia menjuarai statistik global dan berada di kedudukan teratas dalam senarai negara dengan pencemaran tertinggi di rantau ASEAN dan di DUNIA.
Kredit foto: The Star
Walaupun punca kejadian berasal daripada kebakaran hutan di Indonesia, Malaysia mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi iaitu 266 berbanding Indonesia pada bacaan 207.
Sementara itu Afrika Selatan berada pada tangga kedua bacaan IPU (217) dan diikuti oleh beberapa lagi negara di benua Asia seperti India (194) dan China (178).
Negara sempadan seperti Singapura (102), Thailand (134) dan Vietnam (119) juga tergolong dalam senarai negara dengan kualiti udara tidak sihat.
Pada awalnya, kami juga keliru bagaimanakah Malaysia ‘mampu’ memintas Indonesia sedangkan itulah lokasi punca. Menurut penjelasan yang diberi, senarai ini berdasarkan kepada kualiti semasa udara sesebuah negara. Pergerakan udara yang bertiup dari Indonesia ke Malaysia jelas telah memudaratkan kualiti udara kita.
Keadaan cuaca panas yang berterusan juga menjadikan ketidakstabilan pada udara sehingga keadaan menjadi kering melampau.
Terbaru, negeri pantai timur seperti Terengganu juga sudah mula mencatatkan bacaan IPU tidak sihat pada pagi ini.
Berikut merupakan catatan IPU daripada beberapa negara yang turut tersenarai.
Rakyat Malaysia turut mengirim doa semoga masalah jerebu ini beransur pulih dan kita kembali dapat menghirup udara yang segar. InsyaAllah..
So guys, kalau korang nak keluar rumah pastikan memakai mask yang sesuai. Jika tidak ada hal penting, elakkan membuat aktiviti di luar.
Stay safe!
Sumber: ASTRO AWANI
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mengabadikan kenangan bersama pasangan sebelum diijabkabul antara perasaan terindah yang sukar dilupakan. Ini kerana gambar-gambar sebelum perkahwinan atau disebut pre wedding dengan pelbagai konsep dan gaya antara impian setiap pasangan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Ini jkerana gambar inilah bakal disimpan sehingga anak cucu.
Saksikan lebih 40 keping gambar pre wedding serata dunia yang kelihatannya agak pelik serata dunia hingga menimbulkan bahan jenaka lucu kerana cara pasangan ini bergambar. Kena scroll paling bawah gambar paling pelik di mana pasangannya dari Malaysia.
Mungkinkah ini gambar pre wedding paling pelik yang datangnya dari Safiey Illias dengan couplenya yang tular di media sosial mulai semalam. Atau ia sekadar dakwaan semata-mata. Waallualalam!. Biar tiada kata rasmi atas perbuatan keduanya tetapi perbuatan ini sama sekali dianggap sangat pelik dan melanggar norma agama. Jadi korang boleh tahulahkan siapa paling pelik di dunia nie.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rita Rudaini CSR Sekolah menjadi perhatian apabila pelakon itu meredah hujan menyertai pelajar Ulul Albab mengagihkan makanan berbuka puasa dan sahur di sekitar Jalan TAR.