Semalam tular di media sosial, seorang pelajar tingkatan 2, Muhammad Iman Danial meninggal dunia akibat minum air tuak bercampur air berkarbonat. Memandangkan berita ini heboh diperkatakan, bapa kepada arwah pelajar ini meminta masyarakat agar berhenti menyebarkan salah faham tentang punca kematian anaknya.
“Arwah meninggal bukan kerana minum air tuak seperti mana viral di media sosial. Kami mohon hentikan salah faham ini kerana ia bukan punca kepada kematian anak,” demikian pinta Ramzi Ibrahim, 53 yang meminta masyarakat berhenti menyebarkan berita tidak tepat ini.
Kes pelajar ini yang meninggak pada 1 petang Isnin lalu mula tular selepas dikatakan antara sebab dirinya meninggal adalah disebabkan meminum air tuak ketika berbuka puasa dan berita ini mula tersebar di laman sosial sejak semalam.
“Arwah meninggal bukan sebab air tuak. Kami sekeluarga mohon agar salah faham ini dihentikan. Kami tidak mahu memanjangkan lagi salah faham ini dan orang ramai tidak perlu lagi membuat tanggapan yang salah mengenai air tuak,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Banggol Pauh, di sini.
Ads
Menurut Ramzi, arwah anaknya itu ada mengadu sakit perut awal pagi Ahad lalu sebelum mengalami sesak nafas yang teruk.
Difahamkan, arwah Muhamad Iman menahan sakit perut dan sesak nafas hampir 12 jam sebelum menghembuskan nafas terakhir, Isnin lalu.
Ads
“Selepas menjalani bedah siasat, doktor mengesahkan anak saya meninggal dunia disebabkan kegagalan jantung berfungsi dan saluran darah tersumbat.
“Jadi saya minta orang ramai tidak lagi membuat andaian (tentang kematian Muhamad Iman) dan tularkan cerita tidak betul ini,” katanya.
Ads
Menurut bapa kepada tiga orang cahaya mata itu lagi, jenazah Muhamad Danial selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Pauh pada jam 1 pagi selepas selesai menjalani bedah siasat.
Dalam pada itu, berita kematian Muhamad Danial tular di laman sosial sejak semalam selepas dikatakan minum air tuak dan minuman berkarbonat.
Siapa sahaja yang tidak pernah merasai snek kegemaran rakyat Malaysia, Mamee Monster?
Setelah berpuluh-puluh tahun memperkenalkan jenama snek popular itu kepada pasaran Malaysia dan mengeksport ke 80 buah negara, pengasasnya Datuk Pang Chin Hin telah dilaporkan meninggal dunia, Sabtu lalu.
Mendiang Datuk Pang Chin Hin
Memetik laporan akhbar Sin Chew Daily, Chin Hin, 96 telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.03 pagi. Beliau meninggalkan tiga orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan.
Sebelum ini, tidak ramai sedar bahawa jenama Mamee Monster merupakan jenama ciptaan dan keluaran Malaysia disebabkan populariti yang diraih oleh Chin Hin. Begitupun , segalan kejayaan itu tidak datang bergolek apabila beliau perlu berusaha keras untuk membina empayar.
Chin Hin asalnya bermula sebagai seorang pengedar kereta terpakai sahaja. Hanya pada tahun 1971, beliau merealisasikan idea besarnya dengan membuka kilang kecil di bawah nama Pacific Food Products dekat Melaka untuk mengeluarkan produk mi segera.
Haa, sekarang baru korang tahu mengapa muzium Mamee Jonker House terletak di Jalan Hang Jebat.
Kilang itu melancarkan produk pertama, Lucky Instant Noodle setahun selepas itu namun ia tidak begitu popular dalam kalangan pembeli. Kegagalan itu tidak sesekali menjatuhkan semangan Chin Hin dan keluarga.
Anak lelakinya, Tan Sri Pang Tee Chew mendapat ilham untuk menghasilkan mi segera siap dengan perisa tambahan setelah melihat penoreh getah di Malaysia pada waktu itu menyukai mi segera bungkusan yang belum dimasak.
Tahun demi tahun, pelbagai perubahan berlaku ke atas produk popular keluaran keluarga Chin Hin ini sehingga ia dikenali sebagai Mamee Monster yang dihasilkan oleh syarikat Mamee-Double Decker seperti yang kita semua ketahui sekarang.
Muzium Mameed di Jalan Hang Jebat, Jonker Street Bandaraya Melaka.
Kejayaannya cukup luar biasa sehinggakan ia tersenarai dalam Bursa Saham KuaLA Lumpur pada tahun 1992 sebelum diambil semula oleh keluarga sebagai perniagaan swasta pada tahun 2012.
Sehingga kini, terdapat lebih daipada 50 makanan ringan yang dipasarkan oleh syarikat tersebut. Antaranya termasuklah snek Double Decker dan Mister Potato. Malah, minuman berasaskan yogurt, Nutrigen dan mi segera Mamee Chef juga adalah produk keluaran syarikat itu.
Tiga generasi dalam perusahaan jenama Mamee Monster: dari Datuk Pang Chin Hin, anaknya Tan Sri Pang Tee Chew dan cucunya, Pierre Pang.
Dengan pemergian Datuk Pang Chin Hin dua hari lalu, kekayaan empayar ini kini diturunkan kepada anak-anaknya termasuklah Tan Sri Pang Tee Chew sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Pengurusan, Datuk Seri Pang Tee Nam sebagai Ketua Pegawai Operasi serta cucunya, Pierre Pang sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Semua kejohanan dunia perlu memberi jaminan kepada SEMUA negara dan atlet agar selamat dan bebas daripada diskiminasi semasa bertanding..”
Ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Internation Paralympic Council (IPC) menerusi presidennya, Andrew sewaktu mengumumkan pelucutan hak Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renanh Paralimpik Dunia 2019.
Malaysia sepatutnya dijadualkan untuk menjadi tuan rumah kejohanan tersebut di Kuching Sarawak bermula 29 Julai depan.
Namun, selepas keputusan Malaysia menerusi kerajaan Pakatan Harapan menolak kemasukan atlet Israel ke dalam negara sekaligus tidak membenarkan mereka mengambil bahagian, dunia terus menyoal keputusan negara tersebut.
Ini kerana sewaktu Malaysia menerima hak tuan rumah pada tahun 2017, kita sudah dimaklumkan untuk memberi jaminan kepada semua negara yang bertanding tanpa diskriminasi.
Dalam pada itu, masih belum ada kenyataan rasmi daripada Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkenaan isu ini.
Namun menerusi akaun Instagramnya beberapa hari lalu, rakyat Malaysia di Palestin gembira untuk mendengar ketegasan negara yang menolak kemasukan warga Israel kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, di hari Jumaat penghulu seluruh hari, sekali lagi seluruh dunia tertumpu ke New Zealand. Dalam keadaan sebak, sayu dan pelbagai lagi perasaan timbul tatkala satu persatu jenazah 50 mangsa korban tembakan pengganas dikebumikan.
Jika di Malaysia, kita begitu terasa dengan pemergian adik Mohd Haziq, 17 tahun yang turut menjadi korban dalam tragedi sukar dilupakan dunia ini.
Arwah adik Haziq antara korban tembakan pengganas di New Zealand. Di saat kepulangannya dinanti, rupanya arwah antara yang menjadi korban.Keprihatian Ayden mendapat perhatian dunia. Malah dirinya turut menerima ancaman bunuh ekoran sikap prihatinnya itu
Sikap prihatin ketua negara New Zealand yang diketui Perdana Menterinya, Jacinta Arden serta seluruh rakyatnya yang bertindak menjadi benteng tatkala umat Islam bersolat Jumaat semalam adalah satu pemandangan luar biasa sekali.
Di sebalik kisah ini, tentu ramai yang tertanya-tanya apa yang berlaku semasa proses memandikan 50 jenazah mati syahid inikan.
Ikuti pengalaman seorang sukarelawan yang berkongsi kenangannya.
Jika di negara ini, sebaik seorang meninggal dunia, beberapa jam kemudian jenazah akan dimandi, kemudian dikafan dan dibawa ke tanah perkuburan. Kurang dari 24 jam semua proses pasti selesai kerana tidak mahu menyeksa jenazah.
Jenazah diusung satu persatu untuk dikebumikan
Namun dalam kes di New Zealand ini, memandangkan jumlah jenazah banyak, para sukarelawan mengambil masa selama tiga hari untuk melakukan semua pengurusan jenazah.
Sebelum itu, satu pasukan khas dibentuk bagi memandikan 50 mangsa tembakan Jemaah Masjid Al Noor dan Linwood ini. Dalam satu temubual dengan AFP semalam, seorang sukarelawan yang mahu dikenali sebaga Mo berkata, dia sengaja datang dari Brisbane, Australia dan menjadi sukarelawan memandikan 50 mangsa tragedi menyayat hati ini.
Bersama pasukan yang dia tidak kenali pun yang terdiri dari 10 orang sukarelawan dan tiga orang doktor selain dibantu oleh ahli keluarga mangsa, Mo berkata, disebabkan skala jenazah agak besar, mereka memandikan 47 jenazah lelaki dan tiga lagi jenazah wanita dilakukan oleh sukarelawan wanita.
“Para doktor melakukan pekerjaan yang sangat luar biasa dengan membuat jenazah amat sempurna dipandang. Luka tembakan dijahit begitu sempurna menjadikan jenazah kelihatan amat elok dipandang,” katanya sambil menambah, jenazah dimandikan tiga kali.
“Pertamanya menggunakan air suam bagi membersihkan semua luka-luka ditubuh. Keduanya menggunakan air berasal dari pohon yang dianggap suci. Setelah itu, jenazah dimandikan menggunakan air beraroma wangi. Tubuh sebelah kanan merupakan bahagian pertama dimandikan dan kemudian di sisi kiri.
Penuh dengan umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat selama di New Zealand
Allah sebaknya bila baca perkongsian Mo ni.
Katanya, pasukan sukarelawan melakukan semua tugasan memandikan jenazah seperti keluarga sendiri. Saya mandikan mereka seperti saya memandikan jenazah ayah atau saudara saya,” kata Mo sambil menangis.
Selepas itu bahagian yang sering dikenakan ketika mengambil wuduk seperti kaki, tangan dan wajah dibersihkan untuk terakhir sekali dengan kain basah.
Selepas selesai, jenazah diberikan wangi-wangian. Tahap terakhir adalah mengapankan jenazah menggunakan kain kapan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Mo berkata, dalam kejadian itu, pasukannya turut memandikan seorang sukarelawan lain yang meninggal akibat kemalangan kereta di negara tersebut.
Mo mengakui, dia dan pasukannya tidak mendapat tidur yang cukup selama tiga hari ini kerana mereka mula memandikan jenazah pada jam 8 pagi di akhiri jam 2 pagi. Dan jenazah terakhir yang mereka mandikan adalah pada jam 2.00 petang hari Jumaat sekaligus menyelesaikan semua jenazah yang menjadi korban pengganas.
Mengakui suasana selepas selesai memandikan itu berlangsung penuh emosi, Mo mengakui seluruh anggota sukarelawan menangis berpelukan kerana mereka sudah menyelesaikan tugasan fardu kifayah ini dengan penuh rasa sebak.
“Ini adalah kenangan yang membahagiakan kerana kami tahu telah melaksanakan satu tugas mulia kepada para korban syahid ini. Biar saya hanya dapat tidur satu jam selepas proses selesai tetapi itulah tidur terlena yang pernah saya rasakan,” katanya penuh sebak.
Semoga Allah memberikan limpahan pahala berganda buat para sukarelawan yang membantu 50 korban ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!